Jun 08, 2016

IKAN SEBELAH PANGGANG BERSAMBAL



Hari ni sue berkesempatan entri resepi KIV yang menti giliran untuk di update. Seperti biasa ikan panggang style sue adalah salah satu menu win untuk famili sue terutama anka-anak sue. Dengan aroma yang wangi dan sambal yang cukup rasa (3 rasa) menjadi menu wajib setiap bulan puasa. Ikan ini juga sue buat ketika masih di malaysia tempoh hari.. Nak rasa keenakkannya jom tengok resepi..



IKAN SEBELAH PANGGANG BERSAMBAL
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
1 ekor ikan sebelah yang telah dibersihkan
Sedikit garam
1sdm jus limau kasturi/ lemon / lime
Daun pisang secukupnya

P/S: Sediakan sambal terlebih dahulu


Cara
1) Sapu garam pada keseluruhan ikan dan perah jus. Perap dalam 10 minit dan bolehlah di panggang sehingga masak @garing kulitnya.
2) Letak atas daun pisang dan tuang sambal dan limau kasturi untuk sampingkan kalau mahu sambal yang lebih masam.
(Sue guna non stik pan untuk memanggang dan letak sedikit minyak atas daun pisang)


SAMBAL IKAN PANGGANG
Resepi: Sue Norrman

Bahan kisar
2 biji bawang besar
1 biji bawang holland
2 biji bawang putih
1 inci halia
2 batang serai - hiris halus dahulu

(A)
1 senduk cili giling
1 inci belancan bakar
Sedikit serbuk kunyit
Minyak secukupnya untuk menumis 

(B)
Air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air

Cara
1) Tumis bahan A sehingga cili pecah minyak dan masukkan bahan kisar.
2) Kacau sehingga garing dan bawang masak kemudian masukkan bahan B secukup rasa (masam, masin, manis). Kalau pekat tambah lagi sedikit air.
3) Biarkan seketika dengan api kecil dan tutup api. Sedia untuk digunakan.

P/S: Lebihan sambal boleh disimpan di dalam peti sejuk.


SELAMAT MENCUBA!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...