Jun 08, 2016

PUDING OREO KASTAD YUMMY


ALHAMDULILLAH DAN SELAMAT PAGI SEMUA!
Resepi terlepas pandang yang tertidur dalam folder lupa nak entri. Puding ini sue buat ketika masih di Malaysia hari tu. Teringin sangat nak makan kita gagahi juga buatkan untuk melepas kempunan hihihi.
Resepi yang mudah dan dijamin sedap sekali manakala warnanya pula sue suka-suka buat layer putih dan kuning. Terpulanglah pada citarasa sendiri ye nak buat cara mana.. Jom..


PUDING OREO KASTAD
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
15g agar-agar serbuk
200g gula pasir - kalau manis kurangkan 
750ml air 

(B)
1/2 tin susu cair @ 200ml
3 biji telur

(C)
45g tepung kastad + 60g air - untuk membancuh sahaja

Sampingan
2 sdm milo + 1sdt coklat paste
Pewarna kuning sedikit
1 bungkus biskut oreo (Inti terpulang suka yang mana) - patah 2

Cara
*Sejukkan loyang 8 inci terlebih dahulu*
1) Masak bahan A sehingga gula hancur sepenuhnya, tutup api dan ketepikan seketika.
2) Kacau sebati bahan B dan masukkan bahan C. Tapiskan kemudian tuang kedalam bahan A yang telah di masak tadi dan panaskan semula diatas api sederhan. Kacau supaya ianya tidak hangus dan sehingga naik wap.Tutup api.
3) Bahagi kepada 2 atau 3 bahagia. 
4) Untuk lapis coklat ambil 2 cawan  adunan puding dan campur dengan milo dan coklat paste.
5) Adunan selebihnya dibahagi lagi untuk warna kuning dan warna asal.
6) Sediakan loyang 8 inci yang telah disejukkan dan tuang satu cawan adunan coklat dan biarkan sejuk/ mengeras seketika. (jangan terlalu keras nanti ianya terbuka bila dipotong. Cukup bila di sentuh permukaan inya tidak melekat di jari)
7) Carik sedikit dipermukaannya dengan garpu kemudian tuang adunan warna kuning 1 cawan juga dan susun oreo.
8) Ulang cara yang sama kecuali aduana coklat untuk lapis atas sekali.
9) Bila dan siap bolehlah disejukkan sepenuhnya dan baru dipotong.
10) Sedia untuk dihidang dan dinikmati untuk pencuci mulut di bulan puasa.


SELAMAT MENCUBA!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...