Jun 08, 2016

MOIST SAVOURY MUFFIN


ALHAMDULILLAH...
Selesai sudah berbuka puasa untuk hari ketiga RAMADHAN. Selera makan pun berkurangan mungkin terlalu lewat masa berbuka. Plan awalnya nak buat nasi goreng sempoi je tapi suami sue cakap nak makan muffin. Terfikir juga kalau buat savoury muffin mungkin sedap kan?. Bacon ayam yang sue beli di kedai arab ahad lepas masih elok lagi dan sue olah mengikut citarasa anak tekak. Kejadian yang begitu moist sekali dan sedap. Bahan pun tak banyak cuma bermodal sedikit untuk cheese saja. 
Untuk acara party ataupun minum petang memang cun sekali. Boleh juga buat dalam paper cups kecil dan pasti comel hihihi.. Makanya menu berbuka kami hanya muffin dan orange juice sempoi.



Tada.. inilah hasilnya dan teman mesti cuba ye dan pasti berpuas hati..


MOIST SAVOURY MUFFIN
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
185g tepung halus (kalau guna tepung gandum ayak 2 kali)
2 sdt serbuk penaik
20g gula halus
1/2 sdt garam halus

(B)
1/2 biji bawang besar - cincang halus
2 ulas bawang putih - cincang halus
30g mentega

(C)
Halal bacon (sue guna bacon ayam) - potong halus

(D)
1 biji telur ayam gred B
170ml susu segar sejuk

(E)
40g mazzarella parut
Sedikit parmesan cheese - parut
Sedikit daun bawang - potong halus

Sampingan
Paper cups secukupnya (anggaran 9-10)
Acuan muffin





Cara
*Panaskan oven pada suhu 180-185 degree api bawah*
1)  Satukan bahan A dan ketepikan.
2) Tumis bahan B sehingga bawang kuning dan masukkan bahan C. Tumis sehingga bacon seakan garing dan tutup api.
3) Tuang kedalam bahan A tadi dan gaul sebati.
4) Masukan bahan D, susu terlebih dan diikuti telur dan kacau sebati.
5) Akhir sekali masukkan setengah bahan E dan kaup balik. (setengah bahan lagi untuk ditabur diatas muffin)
6) Rehatkan seketika dalam 7-8 minit dan kaup 2-3 sudu makan aduan dan letak kedalam paper cups sehingga adunan habis. Tabur lebihan bahan E tadi.
7) Bolehlah dibakar sehingga keperangan dipermukaan muffin anggaran 15-20 minit bergantung pada oven masing-masing.



SELAMAT MENCUBA!








Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...