Oktober 02, 2015

IKAN SELAR GORENG SAMBAL AJVAR


Hari ni Sue entri awal mana tak nya masak dan makan sebelum tengahari lagi. Nanti petang nak buat kerja da review paper semua dari sekolah. Menu hari sejuk yang membuatkan nasi bertambah dan berpeluh. Sambal yang unik rasanya kombinasi terung, cili benggala, fefforoni, tomato dan bahan lain. Memang sesuai untuk ayam, ikan mahupun seafood. 
Idea timbul bila minggu lepas pergi beli barang dapur ternampak paste dalam botol tulis ajvar beserta gambar. Ajvar merupakan menu Serbian dan salah satu paste yang digunakan untuk makan bersama pasta. Tertarik dan Sue terus tengok bahan asas yang diperlukan belakang botol. 
Biasalah kalau part macam tu cepat je keluar handphoone dan snap. Hari ni Sue mencuba dengan olahan sendiri dan ternyata ianya amat sedap sekali. Boleh lah mencuba pasti bertamabah nasi dibuatnya.


IKAN SELAR GORENG SAMBAL AJVAR
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
5-6 ekor ikan selar - cuci bersih
Tepung kunyit dan garam secukupnya
(A)
1 biji terung ungu
1/2 biji cili benggala merah
2 biji tomato ranum
2 biji fefferoni@ cili hijau 
* Semua dipotong kecil dan digoreng. Kemudian dikisar kasar*

(B) Sue tambah sendiri
2-3 lembar daun limau purut - buang tulang tengah
1-2 batang daun ketumbar - potong halus*
1 sdm air asam jawa (bergantung pada citarasa)
1 sdm jus limau nipis
1 sdm atau lebih gula merah
Garam secukup rasa

Bahan Kisar - Sue tambah
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci belacan
1 batang serai
1 sdm cili giling (Kalau nak pedas tambah lagi)

Cara
1) Satukan ikan, garam dan serbuk kunyit. Goreng ikan jangan terlalu kering dan ketepikan.
2) Tumis bahan kisar sehingga kuning dan masukan bahan (A). kacau menggunakan api kecil sehingga pecah minyak.
3) Kemudian bila kuah dan pekat masukan bahan (B) kecuali yang bertanada (*) dan kacau lagi hingga masak dan cukup rasa.
4) Tutup api dan masukan (*) daun ketumbar. Kacau sekejap dan tuang kuah atas ikan yang sudah di goreng tadi.

SELAMAT MENCUBA!

 KRAM


Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...