Ini pun cerita semalam.... nak di pendekkan cerita, tak sempat nak baking atau buat puding apa segala so kita hentam buat cokodok buat matsalleh hihihi.. Ini pun suami Sue yang tolong lenyek dan sue perap tak berapa lama pasal nak ready semua sebelum depa datang.
Punya lah sedap depa makan dengan air kopi. kat mana2 pun memang depa tak akan dapt cari orang jual cokodok kan. ipar Sue dah berumur 78 tahun baru pertama dalam hidup makan cokodok atau apa2 kelainan yang berasaskan pisang. kalau muffin atau kek memang depa tau. So kena penagan orang Malaysia baru hang tau.
Kalau suami Sue memang dah lali dengan cokodok ni. Biasa kami berdua makan cicah dengan lingon jem.. sedap tau masam manis. So semalam pun Sue jamu depa dengan jem. Cokodok ni memang sedap. Tekstur dalam nya seakan kek, lembut dan gebu tapi luaran ranggup. Lama juga sue buat experimen dengan cokodok ni. Akhirnya time di sweden ni baru dapat hasil yang terbaik untuk. Rahsianya adalah kena di perap semalaman dalam petiais.Alhamdulillah hasilnya tak menghampakan. apa je kalu nak ranggup kena aiskan dulu gitu juga dengan kalau nak buat ayam krispy. kenak perap tepung yang dah di salut kering dengan ayam semalam dalam petiais. Memang ranggup bila di goreng.. resepinya mudah dan sue olahkan dengan sukatan gram untuk memudahkan kerja... Jom tengok resepinya ye..

CEKODOK PISANG
Resepi: Sue Norrman
Resepi: Sue Norrman
Bahan-bahan
350g pisang embun/hotel/berangan
200g tepung gandum
100g gula
1 sdtsoda bicarbonate
1 sdm minyak
Sikit garam
Kelapa parut sedikit jika suka
Cara
1) Lenyek pisang hingga hancur kesemuanya dan masukan gula diikuti bahan-bahan yang lain.
2) Sebatikan rata dan tutup dengan plastik atau simpan dalam kontena dan sejukkan dalam peti sejuk.
3) Keluarkan 10-15 minit sebelum menggoreng.
4) Panaskan minyak, bila minyak dah betul-betul panas turun ke api sederhana.
5) Cedok guna tangan sahaja ikut suka saiznya supaya kejadiannya cantik dan bulat. Jangan terlalu besar kerana ianya akan mengembang.
6) Balik-balikkan supaya masak sekata dan buat sampai habis.
SELAMAT MENCUBA!
KRAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan