Alhamdulillah.. Cantik dan sedap kejadiannya. Resepi asal dari Puan Norzalina dan Sue cedok dari rumah Ros Jintan Manis dan sumber dari Che Mat Gebu.. Memang tidak menghampakan seri kaya ni sebagai anak rantau.
Ianya amat di perlukan untuk kek dan roti sapu untuk sarapan. Sue menggunaka microwave untuk memasaknya dan putar setiap 2 minit.
Sue pun masukan tepung gandum macam yang Ros katakan. Ianya tidak terlalu pekat dan cair.
SERI KAYA KARAMEL YANG SEDAP
Resepi : Puan Norzalina
Sumber : Che Mat Gebu
Oleh: Sue Norrman
Bahan- bahan
3 biji telur Gred A (sue guna 2 biji telur +3 biji kuning telur ) telur saiz A
300 ml pati santan (sue etak 400ml santan pekat dalam kotak)
240 g gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
300 ml pati santan (sue etak 400ml santan pekat dalam kotak)
240 g gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
UNTUK KAREMEL
60 g gula pasir (Sue guna 80g gula)
125 ml air panas
Cara
60 g gula pasir (Sue guna 80g gula)
125 ml air panas
Cara
1)
Satukan telur, gula dan pati santan dalam satu bekas, kacau menggunakan
wisk hingga gula hancur. Tapis adunan ke dalam periuk.
2) Masukkan gula pasir ke dalam periuk lain dan tenggekkan atas
dapur. Masak hingga gula mencair, kacau selau. Bila guna menjadi perang,
perlahan2 masukkan air panas dan terus mengacau. Matikan api.
3)Kacau adunan no 1, dgn wisk dan masukkan karemel tadi sambil terus
mengacau. Masukkan daun pandan dan masak atas api sederhana sambil
terus mengacau dengan wisk sehingga adunan menjadi pekat. Berhati2
kerana adunan yg pekat akan memercik semasa proses memasak. Sejukkan
sebelum disimpan dalam bekas botol.
SELAMAT MENCUBA!
KRAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan