Ogos 26, 2015

STREUSEL TOPPED ALMOND PLUM MUFFINS



Memang sedap tak terkata. Resepi asal dari majalah Sweden tapi Sue ubah jadi muffin dan tambah streusel. Memang sedap bila siap first round dah kena cedok 10 biji. Makan suam-suam bersama air kopi hmmm. haruman bila dibakar dah menggoda. Buah plums sue ambik dari rumah kawan Sue hari ahad lepas. rasanya dalam 5 kilo. Semuanya manis-manis belaka. Sayang tengok yang jatuh ketanah. Dia bagi je sesiapa yang nak ambik. Tak habis makan lain lagi dengan pokok epalnya bermacam jenis. Macam sakai kami yang berkeliaran depan rumah bawa beg plastik hihihi.. 


 STREUSEL TOPPED ALMOND PLUM MUFFINS
Resepi: Majalah Sweden
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
3 biji telur A
250g gula kaster

(B)Ayak
200g tepung gandum
2 sdt serbuk penaik
1 sdt serbuk kayu manis
100g serbuk almond
2 sdt gula vanila/ esen vanila 

(C)
150ml krim putar/double krim

(D)
100g mentega - Cairkan dan biarkan sejuk

(E)
300-400g buah plums - potong dadu halus
Muffin cups secukupnya 



 STREUSEL 
Oleh: Sue Norrman

 Bahan-bahan
30g mentega - suhu bilik
1-2 sdm gula perang
1 sdt gula vanila ( kalau tak ada abaikan)
60-70g tepung gandum
* Satukan kesemua sehingga menjadi macam serbuk roti*

Cara
*Panaskan oven pada suhu 180-200 degree api atas bawah*
1) Pukul bahan (A) hingga kembang.
2) Kemudian masukan bahan (B) sedikit-sedikit hingga sebati.
3) Masukan bahan (C) dan kuar sebati.
4) Akhir sekali masukan bahan (D) dan kuar rata dan sebati.
5)  Cedok 1-2 sdm adunan ke dalam muffin cup, tabur buah plums yang sudah dipotong dan tabur streusel di atasnya.
6) Bakar selama 20-25 minit sehingga naik dan keperangan.
7) Ulang proses yang sama dan bakar sampai habis.
8) Bila dah masak keluarkan dan sejukan atas radai.

SELAMAT MENCUBA!


KRAM

CLASSIC APPLE PIE YANG SEDAP



Alhamdulillah..  Semalam balik sekolah siap makan apa semua terus menyambung buat pie. Siang lagi dah siapkan jem dan pastry nya. Memang sedap dan harum jem nya semerbak dalam rumah bila dibakar. Juga pastrynya memang sedap!!! Tak sabar nya menunggu sejuk lahab je lah bila suam. rasanya lagi sedap bila makan suam-suam. Resepi Sue ambik dari majalah makanan Sweden dimana minggu buah apple dan plums. So banyak versi tapi Sue tertarik dengan pie hihi.. Ni kena translate bahasa so terpaksa guna cara yang mudah.


CLASSIC APPLE PIE 
Resepi: Majalah Sweden
Oleh: Sue Norrman


Bahan-bahan
DOH
240g tepung gandum
120g icing sugar
150g mentega- sejuk
1 biji telur + 1 kuning telur (gred B)
1 sdm air sejuk

Cara
1) Satukan tepung gandum dan icing sugar sehingga sebati.
2) Kemudian masukan mentega dan gaul sehingga menjadi macam serbuk roti.
3) Diikuti telur dan air. Uli sebati hingga menjadi doh.
4) Bulatkan ikut saiz yang dikehendaki dan balut dengan plastik foil dan sejukan 30 minit.
*Panaskan oven pada suhu 180 degreesapi atas bawah*
5) Bila dan cukup masa bolehlah di terap dan letak kedalam pie plate. Buat kesemua dan cucuk dengan garpu.
6) Bakar 5-10 minit sahaja dan keluarkan dari oven sehingga suam/sejuk sebelum dibakar lagi bersama apple jem.

APPLE JEM 
Oleh: Sue Norrman


Bahan-bahan
1 kg epal- buang kulit dan potong dadu
100ml air
200g gula kasar (+/-)
2 sdt serbuk kayu manis
1 sdt serbuk buah pelaga
1 kuning telur*

Cara
1) Satukan kesemua kedalam periuk kecuali (*)dan gaul rata.
2) Guna api kecil masak hingga apple hancur dan menjadi jem sebati kurang lebih dalam 30 minit.
3) Biarkan suam/sejuk dan boleh digunakan.
4) Masukan jem kedalam pie pastry yang sudah siap tadi, Buat anyaman diatas atau ikut kreativiti sendiri.
5) Sapu dengan kuning telur dan bakar lagi pada suhu 180 degrees 20-25 minit sehingga masak.
6) keluarkan dari oven dan sediaa untuk dimakan.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM


Ogos 24, 2015

CHICKEN & SPINACH PIZZA


Pizza ni Sue buat Lunch sabtu lepas. Lunch yang simple dan kenyang. Mozarella Sue guna yang fresh dan campur denngan cheddar parut. Biasa dari doh dan sos memang Sue buat sendiri dan menepati citarasa yang dikehendaki. 

Sementara mengguli doh sambil tu mendobi baju yang Suami bawa balik satu beg besar dari Jamaica. Kalau ditangguh jadi bertambah kerja dan semakin malas. kali ni Sue buat jeruk bawang instant yang digunakan untuk makan murtabak. Sedap juga disatukan dengan pizza buat sampingan..

 
PIZZA DOH 
Resepi: Sue Norrman


Bahan-bahan
 (A)
1/4 biji bawang besar- hiris nipis
1 sdm minyak zaitun 
Oregano secukupnya 

(B)
300g tepung roti
1 sdm gula pasir
1 sdm tepung susu
2 sdt instant yis
1 sdt baking powder
150-200 ml air
Sedikit garam
1/2 sdm mentega/marjerin*

Cara
1) Tumis bahan (A) hingga bawang layu dan ketepi hingga suam.
2) Satukan bahan (B)ke dalam bread maker kecuali (*) dan uli sebati dahulu.
3) Kemudian masukan bahan (A) tadi dan (*). Uli lagi hingga elastik.
4) Bila dah berhenti, rehatkan doh hingga naik 2 kali ganda.
5) Bolehlah dibahagi ikut saiz yang diperlukan dan bulat-bulatkan dan giling. 
6) Sapu sedikit marjerin dalam loyang dan tabur tepung. Sebatikan tepung baru masukan doh yang digiling tadi.
7) Cucuk dengan garpu supaya tidak menggelembung bila dibakar nanti.
8) Rehatkan lagi dalam 20-25 minit sementara itu bolehlah menyiapkan sos untuk sapuan atas pizza.


SOS PIZZA

Bahan-bahan
1 biji tomato- kisar kasar/halus (Ikut suka)
2 sdm tomato puree
4 sdm tomato sos
1/2 sdt daun basil kering
1/2 sdt daun parsley kering
1-2 sdt gula
Gram secukupnya
Air sedikit - Jika perlu
1 sdt minyak zaitun/sayur 

Cara
1) Satukan kesemua bahan-bahan dan masak atas api hingga sebati. Kalau pekat boleh tambah air dan kuar hingga masak secukupnya.
2) Tutup api dan biarkan suam baru digunakan.

 
BAHAN TABURAN 
(A) 
1/2 ketul dada ayam (isi) - potong dadu
Sedikit lada hitam kasar
Garam secukup rasa
Serbuk paprika sedikit 
*Tumis sehingga ayam masak dan biarkan suam baru digunakan*

(B)
Daun bayam secukupnya
Mozarella dan cheddar parut secukupnya
(Sue guna fresh mozarella dan cheddar)

Cara
*Panas oven pada suhu 200 degrees api atas bawah*
1) Sapu pizza pastry dengan sos pizza, tabur bahan-bahan semua dan bolehlah dibakar selama 15-20 minit dan keluarkan dari oven.
2) Bolehkan dimakan ketika masih suam.

*kalau dohnya tidak di letak topping, bolehlah dibakar dalam 10 minit dan bila sejuk boleh di frozen*

SELAMAT MENCUBA!

KRAM



WHOLEMEAL BUN


Assalammualaikum.. wholemeal bun ni sue buat hari jumaat lepas bila suami cakap nak makan fresh bun sampai rumah. Simple bun yang biasa dijual di supermarket dan tidak menggunakan bahan-bahan macam roti di Malaysia. Beginilah roti breakfast disini. Resepi Sue guna basic simple bun cuma campuran tepung wholemeal je. Sue buat adunan sedikit untuk 2-3 kali makan. Nanti buat banyak simpan lama dah tak sedap.



WHOLEMEAL BUN
Oleh: Sue Norrman

200g tepung roti
100g tepung wholemeal
200ml air suam*
2 sdt instang yis*
1 sdm gula*
11/2 sdt serbuk penaik
 2 sdm tepung susu
3/4 sdt garam
1-2 sdm mentega

Kuaci- secukupnya kalau suka
Bijan putih dan hitam-secukupnya

Cara
1) Satukan yang bertanada (*) dan biarkan berbuih.
2) Satukan bahn kering yang lain kedalam bread maker dan masukan bahan yis tadi.
3) Uli sebati dan masukan mentega dan uli lagi hingga elastik.
4) Setelah bread maker berhenti dan biarkan doh rehat sehingga naik 2 kali ganda.
5) Bolehlah dibahagi ikut saiz yang disuka. Bulat-bulatkan dan letak dalam dulang pembakar yang dilapik dengan kertas kek.
6) Rehatkan lagi hingga naik dalam 20-30 minit.
*Panaskan oven pada suhu 180-200 degress. Bergantung pada oven masing-masing.*
7) Sapu dengan sedikit air dan tabur bijan dan apa-apa yang disukai dan bakar 20-25 hingga keperangan. Tutup api dan keluarkan dari oven.


SELAMAT MENCUBA!

KRAM


Ogos 20, 2015

KRIM KASTAD CHEESE PUFF


Alhamdulillah.. Memang sedap dan tak rugi mencuba. Manakala cream nya resepi Sue sendiri menggunakan kastad dan cheese. Kombinasi rasa yang cocok gitu hihihi.. Rasanya lama tak buat cream puff tapi biasa buat edisi puff yang lembut Kali ni Sue ubah selera  guna yang crispy. Insyallah akan dibawa bersama untuk potluck grill petang karang. Resepi choux Sue ambil dari Youtube je. Yang penting mudah dan sedap!




CRISPY CREAM CUSTARD CHEESE PUFF
Resepi: Youtube
Oleh Sue Norrman

CHOUX PASTRY

Bahan-bahan
(A)
200ml air
75g mentega
Secubit garam
1 sdt gula (Sue tambah)

(B)
130g tepung gandum

(C)
3 biji telur B- pukul hancur sebati saja

Cara
* Panas oven pada suhu 200 degrees api atas bawah. Bergantung pada oven masing-masing*
1) Didihkan bahan (A). (Seeloknya guna air panas dan sukat). Bila dah mendidih tutup api terus masukan bahan (B).
2) Kacau sebati dan hidupkan api lagi sekejap dan masak dalam 3 minit.
3) Salinkan kedalam bekas dan terus putar guna mixer elektrik dalam 3 minit dengan kelajuan sederhana.
4) Masukan bahan (C) dan putar lagi dengan kelajuan sederhana dan bila telur dah sebati tukar ke speed laju dan putar dalam 5 minit hingga sebati dan berkilat.
5) Masukan kedalam piping beg. Sedia dulang pembakar dan letak kertas kek. Pipe ikut suka besar mana dan spray dengan air sedikit permukaan choux.
*Tukar setting oven lagi kepada api bawah sahaja*
6) Bakar 25 minit hingga betul-betul nak dan keperangan. Tutup suhu oven dan biarkan choux didalam dalam 5-10 minit lagi tamnpa menghidup suhu.
7) Bolehlah dikeluarkan dan sejukan atas radai.


CUSTARD CHEESE CREAM 
Resepi: Sue Norrman


Bahan-bahan
(A)
200ml susu cair/segar
2 biji telur B
1 sdm tepung kastad (Sue guna jenama bird's)
1/2-1 sdm tepung gandum
1 sdt esen vanila
100-120g gula pasir (Ikut kemanisan sendiri)

(B)
100g krim cheese- suhu bilik
100ml krim putar/double krim

Cara
1) Satukan bahan (A) dan kacau rasa dalam periuk terlebih dahulu. 
2) Kemudian masak atas api sederhana hingga pekat dan tutup api. Ketepikan biar sejuk.
3) Bila dan sejuk putar kastad tadi mengguna mixer hingga sebati lagi supaya tidak berketul bila dimasukan cheese nanti.
4) Dalam bekas lain, Putar bahan (B)- cheese dahulu hingga sebati dan masukan krim putar. Putar menggunakan speed sederhana hingga pekat dan masukan kedalam kastad tadi.
5) Putar lagi sekali hingga menjadi krim. Sejukan dahulu atau boleh digunakan segera.

SELAMAT MENCUBA!



KRAM

APAM BERAS SEDAP DAN GEBU


Seminggu dah sebenarnya teringin nak makan apam nasi@ apam beras tapi nak buat takut tak habis. Sendirian dirumah sayang pula takut membazir. kebetulan semalam jiran datang kerumah dan menjemput Sue datang join mereka grill petang nanti. Biasa kami memang macam tu dan semua potluck. Tak join tak sedap pula rasa hati tapi memang Sue tak makan apa yang depa panggang. 
Sue ikut serta dan makan kek, minun teh dan ikut sembang je hihihi.
Bila dah tau berapa orang join Sue pun terfikir nak buat apam. Depa ni makan tak memilih dah apam ni memang sedap dan gebu. Kelapa pula Sue guna yang fresh dan parut sendiri. Alhamdulillah Banyak juga jadinya sebab sue buat 11/2 adunan. Malam tadi siap-siap masak nasi dan selepas subuh terus blend semua dan perap. Resepinya Sue cedok dari dapur kak AZIE.



APAM BERAS
Sumber: AZIE KITCHEN
               IZZAH MUFFIN LOVER
Oleh: Sue Norrman

 Bahan-bahan
1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula putih
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil yis
1 paket kecil eno - tanpa perisa
Pewarna - merah dan hijau

Caranya:
Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam atau semalaman.

Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan. Masukkan pewarna yang disukai  dan biar sebentar.

Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil yang telah disapu sedikit minyak. Isikan hanya 1/2 penuh sahaja. Kukus selama 15 minit  dengan api kuat.

Boleh di makan dengan kelapa parut yang digaul dengan garam dan dikukus sebentar, jika suka.

SELAMAT MENCUBA!


KRAM



Ogos 19, 2015

PASTA FARFALLE & MUSSELS BERKRIM


Alhamdulillah.. Hari ni lunch dengan baked pasta dan mussel. Simple dan kenyang yang pasti tak muak. Stok pasta banyak dan Sue suka beli bila tengok cantik je bentuk nya. kali ni Sue guna farfalle@ bow tie tapi bila dan makan sama je rasanya. Ini resepi ikut selera dan kreativiti sendiri. Pasta memang banyak jenis dan terpulang pada kita sendiri nak pelbagai memasaknya.
Dalam freezer masih sikit mussel yang dibeli time Sue buat seafood paella. Nak habiskan nanti lama-lama memang tak sedap lagi rasanya. Dimasak cara berkrim memang lumayan dan sedap. Bakar pun tak ambil masa lama nanti terlebih masak kecut pula isi mussel. So.. resepinya jom.


PASTA FARFALLE & MUSSELS BERKRIM
Oleh. Sue Norrman

SOS CHEESE
Bahan-bahan
(A)
1 sdm mentega
1/2 sdm tepung gandum

(B)
300ml susu segar
100ml krim putar
1/2 sdt gula
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
1/2 cawan parutan cheedar*
1/2 sdm daun basil kering

Cara
1) Bahan A- Cairkan mentega dalam periuk menggunakan api kecil dan masukan tepung gandum. Kacau hingga  tepung cair dan masukan bahan (B) ikut turutan kecuali(*).
2) Bila dan cukup rasa dan mendidih baru masukan parutan cheedar(*). Kuar sekejap dan tutup api. Angkat dari dapur, ketepikan.



PASTA FARFALLE DAN MUSSEL
Bahan-bahan
2 cawan pasta farfalle- rebus 10 minit dan toskan

(A) 
3 ulas bawang putih- cincang halus
1-2 sdm minyak zaitun  

(B)
300g mussel (nak lebih pun boleh)
*Cuci bersih kulitnya dan toskan*
1 sdt lada hitam kasar
1/3 daun pasrley cincang
Garam sedikit

(C)
Smoked tomato- hiris panjang

Cara
*Panaskan oven pada suhu 180-200 degree terlebih dahulu api atas bawah*
1) Tumis bahan (A) hingga kuning dan masukan bahan (B) satu persatu hingga sebati dan tutup api.
2)  Guna casserole, sapu butter dan letak pasta setengah bahagian. Kemudian letak mussel diatasnya dan tuang sos cheese setengah bahagian. Ulang cara yang sama dan selepas sos cheese baru taburkan bahan (C).
3) Bakar selama 20-25 minit hingga keperangan dan bila dah cukup masa terus keluarkan takut ianya menjadi kecut dan kering.
4) Sedia untuk dimakan dan lebih sedap ketika masih panas.

SELAMAT MENCUBA!


KRAM




KETAM MASAK TELUR BERKARI


Ketam memang sedap dimakan tapi bab nak menggorek tu yang malas. Bila masak ketam ni teringat dengan anak-anak Sue di Malaysia. Ni lah feveret mereka dan masak cara gini juga yang mereka suka. Bermacam-macam cara Sue buat untuk perubah resepi tapi ini tetap jadi pilihan. Rindu teramat dengan anak-anak tak tertanggung rasanya tapi Allah lebih maha mengetahui.
kadang-kadang apa yang Sue masak membuatkan Sue menanggis sendirian lebih-lebih lagi makanan kegemaran mereka. Syukur Alhamdulillah dengan peredaran zaman yang serba canggih kini kami dapat berhubung antara satu sama lain tiap-tiap hari. Terubat rasa kerinduan dan kita tahu perkembangan mereka. Insyallah very soon Sue akan balik Malaysia kebetulan suami Sue ada kerja di kuching selama sebulan. Doakan Sue semoga semuanya dipermudahkan.
Ni cerita semalam bila kawan datang rumah. Sue masak ketam dan ulam timun je. Dia pun tak cerewet so senang nak makan. Bertambah-tambah dia makan dan bila ketam habis diratah dia makan kuahnya lagi. Licin mak oiii.. memang sedap kuahnya kerana ada telur dah tak membazir. Resepi asal dari bonda Sue dan turun kepada kami anak-anak semua. Sue dah guna resepi dalam 20 tahun dan rasanya ini yang menepati citarasa kami..



KETAM MASAK TELUR BERKARI
Resepi: Bonda Sue
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
1 kg ketam- potong 2, cuci dan toskan*.
Minyak secukupnya untuk menumis
Cili giling secukupnya*
1 biji bawang besar- hiris bulat nipis

Bahan kisar
10 biji bawang merah (Sue guna 1 biji bawang bombay)
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 -2 batang serai
2 biji buah keras

(A)
1 sdm kari daging adabi
2 sdm kari daging babas
( Bancuh dengan sedikit air jadi paste)

(B)
5 sdm sos cili
1-2 sdm sos tomato
1-2 sdm kicap lemak manis
1 sdt serbuk perasa
Garam dan gula secukup rasa

(C)
2 biji telur- pukul hancur 

Cara
1) Panaskan minyak dan masukan cili giling serta bawang hiris. Tumis hingga bawang layu dan masukan bahan kisar.
2) Tumis lagi hingga pecah minyak dan masukan bahan (A). Kecilkan api dan sentiasa dikuar supaya kari tidak hangus dan sampai kari betul-betul masak dan pecah minyak.
3) Masukan bahan (B) dan rasakan secukupnya baru masukan (ketam*). jangan masukan air dahulu kerana ketam akan mengeluarkan air dan takut kuar menjadi cair. Kuar sebati dan tutup supaya ketam cepat masak.
4) Bila ketam dan keluar air balik-balikan supaya sebati. Nampak isi ketam dan 3/4 masak, masukan Bahan (C) tuang memusing dan biarkan masak dengan sendiri. Tutup kan lagi. (Jangan dikacau dahulu biarkan dalm 5 minit baru di kacau).
5) Masak sepenuhnya dah sedia untuk dimakan.

*Kuahnya mesti rasa manis-manis pedas sedikit baru sedap*

SELAMAT MENCUBA!

KRAM




BUN KACANG MERAH

 Semalam bila kawan datang rumah kita sempat buat bun. Mula kita sembang pasal buku resepi dan dia nampak buku resepi yang Sue dapat hadiah Kristmas daripada menantu tiri. Resepi dalam nya memang menarik semua berkenaan festival yang di sambut di Sweden dan setiap festival ada makan nya tersendiri. 'KANELBULLAR' atau cinnamon roll merupa salah satu yang femes di Sweden. biasanya depa makan untuk fika@ tea time So banyak buku resepi yang Sue dapat hadiah dari menantu tiri dan semuanya buku masakan juga  yang pening ianya dalam bahasa swedish. Lepas tu Sue cakap dari dok cakap baik kita buat bun so u boleh bawa balik nanti kasi ur swedish man hahahha..
Dia memang tak pernah buat roti dan semalam kita buat sama-sama. Sue pun bukan nya pandai sangat tapi kalau untuk makan bolehlah. Nak buat cinnamon roll dah bosan makan dan dia cakap kalau boleh buat  butter bun. Sue mencelah lagi bagus buat red bean lagi sedap! Inti nya Sue guna kacang yang dah memang direbus empuk dalam tin cuma Sue buang airnya dan kisar halus. Masak dan masukan minyak serta gula hingga kering. Gitulah ceritanya.. Bila dah siap semua, makan pun sudah dia pun balik dalam jam 9pm. Kami ada assigment yang dibuat dan mesti di hantar sebelum hujung bulan. Dia tak berapa pandai swedish lebih lagi nak buat essey, menanggis dibuatnya. Semua berujuk dengan kawan dan translate je.
Resepi ni Sue guna resepi cinnamon roll tapi ubah menjadi bun. Basic bun tu semua sama tapi sapu rata resepi bun depa ni guna susu suam. Kejadiannya memang lembut dan moist cuma yang jual di supermarket kita tak tau bahan yang depa guna. Kalau buat sendiri memang kita tahu jaminan halalnya..

BUN KACANG MERAH
Resepi: Tradisi Swedish Festival
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan ROTI
(A)
220 ml susu segar
35g mentega

(B)
35g gula pasir 
1-1/2 sdt instant yis

(C)
300g tepung roti
1 sdt serbuk penaik
1/3 sdt garam

(D)
1 biji telur C- hancurkan sebati sahaja

Untuk Sapuan
1 biji telur C- hancurkan
bijan secukunya

Cara
1) Panaskan bahan (A) hingga mentega cair dan tutup api. Ketepikan hingga suam.
2) Kemudian masukan bahan (B) kuar sebati hingga hancur kedua-duanya.
3) Masukan bahan (C) kedalam bread maker atau mixer diikuti susu suam tadi dan bahan (D). Set setting dough untuk bread maker dan uli sampai elastik dalam 30-40 minit manakala low speed dahulu untuk mixer bila dah sebati baru ke high speed. Uli sampai elastik.
4) Bila dan cukup tempoh mengguli rehatkan hingga naik 2 kali ganda.
5) Tumbuh doh buang angin dan boleh di timbang dalam 30-40g setiap satu dan bulat-bulatkan.
6) Sediakan loyang dan sapu sedikit minyak untuk melekat bun nanti.
7) Gelek doh yang dah ditimbang dengan pencanai supa leper sedikit dan bolehlah di isi inti. Cantumkan dan bulat-bulatkan lagi dan letak dalam loyang yang sudah disapu minyak. Buat hingga kesemuanya habis.
*Sementara menunggu bun direhatkan lagi, panaskan oven pada suhu 180-190 degrees*
8) Rehatkan lagi bun sekitar 20-25 minit dan bolehlah disapu telur dan tabur sedikit bijan. Bakar dalam 20-25 minit hingga kuning. Bergantung pada oven masing-masing. ( Oven sue guna 220 degree api atas bawah)
9) Bila bun dah masak keluarkan dan sapu lagi dengan mentega supaya berkilat dan lembut.


INTI KACANG MERAH
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
230g kacang merah( Sue guna yang dah empuk dalam tin)
150g gula pasir
2-3 sdm minyak

Cara
1) Toskan kacang dan cuci kan sekejap.
2) Kisar halus kacang tadi bersama dengan minyak hingga betul-betul halus (Jangan tambah)
3) Masukan kedalam periuk dan masak menggunakan api kecil hingga likat dan masukan gula.
4) Kuar hingga kering dan tutup api. Biarkan sejuk/suam bolehlah digunakan.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM
 

Ogos 18, 2015

FILO CHEESE ROLLS YANG SANGAT SEDAP


Hari ni tak de sekolah dan nanti petang kawan nak bertandang kerumah. Sebenarnya nak buat spring rolls untuk kudapan nanti tapi bila godek freezer tak jumpa pulak. Rasanya memang masih ada dan bila diingat kembali habis digunakan buat hari tu. Nak buat camne cuma ada filo pastry dan danish pastry je dalam peti.
Filo pastry ni Sue beli kedai arab 2 minggu lepas. Harga pun tak mahal 400g rm15 je. Kat sini senang je nak dapat ada yang frozen dan ada yang fresh. Yang ni Sue beli yang fresh dan plan nak buat filo pai tapi tak berkesempatan. Sebenarnya filo pastry jarang di buat gorengan tapi kali ni Sue cuba buat goreng macam spring rolls.
 Rupanya sedikit hodoh tapi rasanya pulak memang sedap! Sue sms kawan Sue yang Turkish tanya macamana sedap nak buat filo goreng? So dia cakap guna daging cincang macam buat turkish kebab dan idea yang bernas. Sebenarnya Sue malas nak keluarkan daging cincang dan nak tumis itu ini. Kira nak ambik jalan mudah buat apa yang ada tak nak main tumis-tumis. Sue cakap ok je dan dipendekkan cerita Sue buat ikut sukahati akulah jawabnya.
Kalau part cheese memang lumayan dalam peti sejuk. Stok fetaost@ cheese feta ada 2 bekas dan Sue nak cuba buat filling cheese juga ala Turkish style. Bila teringat pernah ternampak resepi Arab foods dalam majalah Sue cuba recall mana letaknya majalah tu. Akhirnya Sue jumpa dan terus cuba tapi asal resepi versi bakar. Kita ni kalau bab resepi tak sah kalau tak derhaka. Masakan arab ni memang tak lari dari daun parsley dan mint kan??. Memang tengok rasa tak percaya menjadi kerana intinya sebelum digoreng cair semacam je. Alhamdulillah..Syukran.. Filo cheese goreng Sue menjadi dan rasanya lemak cheese dan aroma pun harum.. mai tengok resepi..


FILO CHEESE ROLL YANG SEDAP
Resepi: Majalah Masakan Sweden
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
Filo pastry secukupnya
( Sue guna 20 keping, potong 2 dan ambik setiap 2 helai dan lipat lagi jadi segiempat macam kulit popia. Kalau sehelai terlalu nipis dan pecah bila digoreng)
200g cheese feta
1 biji telur
1 cawan daun parsley-cincang halus
Segenggam daun mint- cincang halus
Garam secukup rasa 
Gula sedikit (Sue tambah)
Sedikit lada hitam kasar
Marjerin secukupnya- cairkan untuk dijadikan pelekat pastry
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara
1) Lenyek cheese feta dan masukan bahan-bahan yang lain.
2) Gaul sebati dan sediakan pastry.
3) Ambik Pastry yang siap dipotong dan masukan inti. Lipata macam cara menggolong popia dan hujungnya sapu marjerin dan golong lagi.
4) Buat sampai habis dan panaskan minyak.
5) Pastikan minyak panas baru masukan Filo.
6) Goreng hingga keperangan  dan bila dah masak angkat dan letakan atas tisu dapur secara menegak untuk menurunkan minyak.
7) Goreng sampai habis dan sedia untuk di makan.

SELAMAT MENCUBA!




ZUCCHINI PLATELETS SEDAP (TURKISH)


Zucchini Plalelets pertama kali makan bila classmate Sue dari Turkey bawa ke sekolah. Time tu cikgu buat high tea la kiranya so semua student kena bawa pot luck. Dalam kelas ada lebih kurang 35 orang dan kami datang dari berbilang negara. Majoriti dari Syria dan tanah arab yang lain. Bila break time Semua keluar harta karun yang dibawa dari rumah. Terbeliak biji mata tengok meja penuh je. Alhamdulillah 99% food halal. Yang bukan Islam bawa biskut dan soft drink gitu termasuk cikgu depa sediakan coffee & tea serta plate bagai. 
Semua di cuba dan satu ni yang membuatkan Sue makan non stop asyik ambik je. Ada juga ambik yang lain tapi biasalah dessert arab memang manis belaka. Dengan muka tak malu depan geng semua bertanya siapa yang bawa plalelets ni. Yang mengaku tu gentleman rupanya dan cakap bini dia yang buat. Tak dapat nak tanya panjang bila dah tau bini yang buat tapi dari fahaman rasa tau gak isi kandungannya. Rasa parsley, mint tu memang terang juga zucchini parutnya. Kalau kat sini depa panggil zucchini tu squash. Yang lain tak tau apa pulak campurannya.
Bila kami habis sessi makan-makan semua biasalah ready to back home. Sue pergi kat dia dan tanya boleh tak nak tau resepinya hihihi.. Memang humble je dia jawab, Insyallah nanti saya tanya isteri saya dan esok saya bagitau. Memang keesokannya dia datang terus bagi kertas yang tertulis resepi dalam bahasa swedish.. Jazakallahu Khairan... Bininya pun jadi sahabat baik Sue dan kalau ada apa masakan arab Turkey dan Syria yang ingin Sue nak tanya terutama bab rempah dan bahan-bahan mana nak beli dialah orang yang setia bertanya sampai siap masakan baru dia puas hati hihihi.
Sue buat ni banyak kali untuk kudapan petang kami. Ala-ala bergedil tapi rasanya lebih sedap dari bergedil. Ada yang Sue tambah sedikit dari resepi asal dan Sue panjangkan disini resepinya atas keizinan tuan punya tapi dia tak nak nama di highlight. Semoga rezekimu bertambah dan diberi kekuatan untuk menempuh hidup di Sweden.


ZUCCHINI PLATELETS SEDAP (TURKISH)
Resepi: Turkish Family
Oleh: Sue Norrman 

Bahan-bahan
1-2 biji Zucchini- Parut dan gaul dengan sedikit garam. Rehatkan 20 minit
1/2 biji bawang besar- cincang halus
60g tepung gandum
1 biji telur
1/2 cawan daun parsley segar- cincang halus
Sedikit daun mint- cicang halus (anggaran 1-2 sudu makan)
Sedikit daun dill (Sue tambah)
1 sdt gula (Sue tambah)
1/2 sdt serbuk paprika (Sue tambah)
1/2 sdt lada hitam kasar (Sue tambah)
1/2- 1 sdt serbuk parasa
Garam jika perlu (rasakan terlebih dahulu sebelum masukan)
Minyak zaitun/ sayur secukupnuya untuk menggoreng

Cara
1) Zucchini yang direhat tadi masukan kedalam penapis dan tekan-tekan untuk membuang air hingga kering (Jangan dicuci).
2) Kemudian masukan kedalam bekas dan masukan bahan-bahan yang lain.
3) Gaul sebati dan rehat 10 minit.
4) Guna non stik pan, masukan minyak zaitun secukupnya, agak-agak cukup untuk menggoreng (Grill) dan bukan keadah menggoreng deep fry. (Jangan terlalu banyak nanti menakung minyak didalamnya) dan panaskan menggunakan api sederhana.
5) Masukan satu sudu makan (atau lebih besar terpulang) dan buat sampai dalam 6-7 ketul terlebih dahulu. bagi jarak sedikit dan biarkan kuning sebelah baru balikan sebelah.
6) Pastikan kering baru balikan. Jika dibalik ketika belum kering ianya akan terburai.Bila dah masak letakkan diatas tisu dapur supaya minyak meresap dan buat sampai habis.
7) Bolehlah dimakan bersama sos cili thai atau begitu sahaja.

SELAMAT MENCUBA!


KRAM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...