Ogos 19, 2015

KETAM MASAK TELUR BERKARI


Ketam memang sedap dimakan tapi bab nak menggorek tu yang malas. Bila masak ketam ni teringat dengan anak-anak Sue di Malaysia. Ni lah feveret mereka dan masak cara gini juga yang mereka suka. Bermacam-macam cara Sue buat untuk perubah resepi tapi ini tetap jadi pilihan. Rindu teramat dengan anak-anak tak tertanggung rasanya tapi Allah lebih maha mengetahui.
kadang-kadang apa yang Sue masak membuatkan Sue menanggis sendirian lebih-lebih lagi makanan kegemaran mereka. Syukur Alhamdulillah dengan peredaran zaman yang serba canggih kini kami dapat berhubung antara satu sama lain tiap-tiap hari. Terubat rasa kerinduan dan kita tahu perkembangan mereka. Insyallah very soon Sue akan balik Malaysia kebetulan suami Sue ada kerja di kuching selama sebulan. Doakan Sue semoga semuanya dipermudahkan.
Ni cerita semalam bila kawan datang rumah. Sue masak ketam dan ulam timun je. Dia pun tak cerewet so senang nak makan. Bertambah-tambah dia makan dan bila ketam habis diratah dia makan kuahnya lagi. Licin mak oiii.. memang sedap kuahnya kerana ada telur dah tak membazir. Resepi asal dari bonda Sue dan turun kepada kami anak-anak semua. Sue dah guna resepi dalam 20 tahun dan rasanya ini yang menepati citarasa kami..



KETAM MASAK TELUR BERKARI
Resepi: Bonda Sue
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
1 kg ketam- potong 2, cuci dan toskan*.
Minyak secukupnya untuk menumis
Cili giling secukupnya*
1 biji bawang besar- hiris bulat nipis

Bahan kisar
10 biji bawang merah (Sue guna 1 biji bawang bombay)
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 -2 batang serai
2 biji buah keras

(A)
1 sdm kari daging adabi
2 sdm kari daging babas
( Bancuh dengan sedikit air jadi paste)

(B)
5 sdm sos cili
1-2 sdm sos tomato
1-2 sdm kicap lemak manis
1 sdt serbuk perasa
Garam dan gula secukup rasa

(C)
2 biji telur- pukul hancur 

Cara
1) Panaskan minyak dan masukan cili giling serta bawang hiris. Tumis hingga bawang layu dan masukan bahan kisar.
2) Tumis lagi hingga pecah minyak dan masukan bahan (A). Kecilkan api dan sentiasa dikuar supaya kari tidak hangus dan sampai kari betul-betul masak dan pecah minyak.
3) Masukan bahan (B) dan rasakan secukupnya baru masukan (ketam*). jangan masukan air dahulu kerana ketam akan mengeluarkan air dan takut kuar menjadi cair. Kuar sebati dan tutup supaya ketam cepat masak.
4) Bila ketam dan keluar air balik-balikan supaya sebati. Nampak isi ketam dan 3/4 masak, masukan Bahan (C) tuang memusing dan biarkan masak dengan sendiri. Tutup kan lagi. (Jangan dikacau dahulu biarkan dalm 5 minit baru di kacau).
5) Masak sepenuhnya dah sedia untuk dimakan.

*Kuahnya mesti rasa manis-manis pedas sedikit baru sedap*

SELAMAT MENCUBA!

KRAM




Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...