Semalam bila kawan datang rumah kita sempat buat bun. Mula kita sembang pasal buku resepi dan dia nampak buku resepi yang Sue dapat hadiah Kristmas daripada menantu tiri. Resepi dalam nya memang menarik semua berkenaan festival yang di sambut di Sweden dan setiap festival ada makan nya tersendiri. 'KANELBULLAR' atau cinnamon roll merupa salah satu yang femes di Sweden. biasanya depa makan untuk fika@ tea time So banyak buku resepi yang Sue dapat hadiah dari menantu tiri dan semuanya buku masakan juga yang pening ianya dalam bahasa swedish. Lepas tu Sue cakap dari dok cakap baik kita buat bun so u boleh bawa balik nanti kasi ur swedish man hahahha..
Dia memang tak pernah buat roti dan semalam kita buat sama-sama. Sue pun bukan nya pandai sangat tapi kalau untuk makan bolehlah. Nak buat cinnamon roll dah bosan makan dan dia cakap kalau boleh buat butter bun. Sue mencelah lagi bagus buat red bean lagi sedap! Inti nya Sue guna kacang yang dah memang direbus empuk dalam tin cuma Sue buang airnya dan kisar halus. Masak dan masukan minyak serta gula hingga kering. Gitulah ceritanya.. Bila dah siap semua, makan pun sudah dia pun balik dalam jam 9pm. Kami ada assigment yang dibuat dan mesti di hantar sebelum hujung bulan. Dia tak berapa pandai swedish lebih lagi nak buat essey, menanggis dibuatnya. Semua berujuk dengan kawan dan translate je.
Resepi ni Sue guna resepi cinnamon roll tapi ubah menjadi bun. Basic bun tu semua sama tapi sapu rata resepi bun depa ni guna susu suam. Kejadiannya memang lembut dan moist cuma yang jual di supermarket kita tak tau bahan yang depa guna. Kalau buat sendiri memang kita tahu jaminan halalnya..
BUN KACANG MERAH
Resepi: Tradisi Swedish Festival
Oleh: Sue Norrman
Bahan-bahan ROTI
(A)
220 ml susu segar
35g mentega
(B)
35g gula pasir
1-1/2 sdt instant yis
(C)
300g tepung roti
1 sdt serbuk penaik
1/3 sdt garam
(D)
1 biji telur C- hancurkan sebati sahaja
Untuk Sapuan
1 biji telur C- hancurkan
bijan secukunya
Cara
1) Panaskan bahan (A) hingga mentega cair dan tutup api. Ketepikan hingga suam.
2) Kemudian masukan bahan (B) kuar sebati hingga hancur kedua-duanya.
3) Masukan bahan (C) kedalam bread maker atau mixer diikuti susu suam tadi dan bahan (D). Set setting dough untuk bread maker dan uli sampai elastik dalam 30-40 minit manakala low speed dahulu untuk mixer bila dah sebati baru ke high speed. Uli sampai elastik.
4) Bila dan cukup tempoh mengguli rehatkan hingga naik 2 kali ganda.
5) Tumbuh doh buang angin dan boleh di timbang dalam 30-40g setiap satu dan bulat-bulatkan.
6) Sediakan loyang dan sapu sedikit minyak untuk melekat bun nanti.
7) Gelek doh yang dah ditimbang dengan pencanai supa leper sedikit dan bolehlah di isi inti. Cantumkan dan bulat-bulatkan lagi dan letak dalam loyang yang sudah disapu minyak. Buat hingga kesemuanya habis.
*Sementara menunggu bun direhatkan lagi, panaskan oven pada suhu 180-190 degrees*
8) Rehatkan lagi bun sekitar 20-25 minit dan bolehlah disapu telur dan tabur sedikit bijan. Bakar dalam 20-25 minit hingga kuning. Bergantung pada oven masing-masing. ( Oven sue guna 220 degree api atas bawah)
9) Bila bun dah masak keluarkan dan sapu lagi dengan mentega supaya berkilat dan lembut.
INTI KACANG MERAH
Oleh: Sue Norrman
Bahan-bahan
230g kacang merah( Sue guna yang dah empuk dalam tin)
150g gula pasir
2-3 sdm minyak
Cara
1) Toskan kacang dan cuci kan sekejap.
2) Kisar halus kacang tadi bersama dengan minyak hingga betul-betul halus (Jangan tambah)
3) Masukan kedalam periuk dan masak menggunakan api kecil hingga likat dan masukan gula.
4) Kuar hingga kering dan tutup api. Biarkan sejuk/suam bolehlah digunakan.
SELAMAT MENCUBA!
KRAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan