September 04, 2015

MIHUN SUP EKOR

Sarapan pagi ni dengan mihun sup ekor kaw. Pagi-pagi selepas subuh dah tang tung di dapur mana taknya dapat notis dari EON(letrik) hari ni dari jam 8am sampai jam 3pm tak ada letrik. Bila dah tau kita siap-siap semua apa yang perlu. sup ni Sue dah siap masak malam tadi dan pagi tinggal panaskan saja.
 Waalaa.. makan dengan kicap bawang putih pedas dan cili jeruk berpeluh dibuatnya. Cili tu rasa nya 5 bulan dalam peti sejuk masih elok dan masih ranggup. Petua cili tahan lama sue dapat dari seorang bibik, pembantu rumah Sue dulu. Nanti bila Sue buat jeruk lagi kita entri ye.


MIHUN SUP EKOR
Resepi: Sue Norrman
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
2-3 sdm rempah sup baba's + sedikit air untuk jadi paste

(B)
1 kg ekor lembu - cuci dan toskan
4 inci lengkuas - ketuk
1 batang serai - ketuk
1 batang saleri - potong 2-3 inci
1 biji bawang besar - potong panjang 
2 helai daun bay
 1500ml air 
2 ketul kiub lembu
Garam secukup rasa
Gula sedikit

(C)
1sdt jintan putih
1/2 sdt jintan manis
1/2 sdt biji ketumbar
1/2 sdt lada putih (biji)
1 sdt lada hitam (biji)
*Sangai dan bungkus dengan kain kasar*
(Sue guna pengganti sup bunjut. Kalau ada sup bunjut guna 1-2 bungkus)

Bahan Kisar
1 biji bawang bombay
5 ulas bawang putih
3 inci halia

Bahan Tumis
2 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga anis
3 biji bunga pelaga
6 biji cengkih 
Minyak secukupnya untuk menumis

Sampingan
Mihun
Tauge
Tahu goreng 
Daun bawang dan sup
Bawang goreng

Cara
1) Panaskan minyak dan masukan bahan tumis. Tumis sampai naik bau dan masukan bahan kisar. Kecilkan api dan kacau sehingga bawang kuning/ layu.
2) Kemudian masukan bahan (A). Kuar sehingga pecah minyak dan masukan bahan (C) dan (D).
3) Rebus sehingga daging empuk dan rasakan secukupnya.
*Untuk memudahkan dan daging cepat empuk guna pressure cooker kalau ada*
4) Bolehlah dimakan bersama bahan sampingan.

SELAMAT MENCUBA!


KRAM

September 03, 2015

Kaswi lembut Dan Sedap


Lately keinginan nak makan kuih tradisional makin menjadi. Kosui ni merupakan kuih kesukaan Sue. Resepi asal dari emak  Sue dan menggunakan gula apong. Memandangkan stok gula apong tak banyak stok so Sue tukar guna gula merah dan gula melaka sikit. Alhamdulillah rasanya tetap sedap dengan aroma daun pandan.
 Biasalah kalau orang dulu mereka membuat kuih menggunakan anggaran tapi sekarang tidak semudah untuk difahami lebih-lebih lagi menggunakan belakang senduk untuk menentukan kepekatan tepung. banyak tips sebenar orang dulu-dulu yang boleh diguna pakai. Dulu sebelum mendapat sukatan yang betul Sue cuba banyak kali untuk rujukan sendiri.

KOSUI GULA MERAH
Resepi: Bonda Sue
Oleh: Sue Norrman 

Bahan-bahan
(A)
200ml air masak
100g gula merah
2 keping kecil gula melaka
*Masak sehingga gula hancur - ketepikan sebentar biar suam*

(B)
180g tepung gandum
100g gula pasir
500ml air masak

(C)
1 sdm air kapur
 *Jangan terlalu pekat nanti kuih menjadi keras*


(D)
300ml air masak
10 helai daun pandan
*Kisar halus dan tapis- ambil jusnya*

Cara
*Didihkan air dalam kukusan terlebih dahulu.Tutup tudung pengukus dengan kain*
1) Satukan bahan (A) dan (B) dan kuar sehingga giula pasir hancur.
2) kemudian masukan bahan (C) dan kuar sebati.
3) Akhir sekali masukan bahan (D) dan sebatikan lagi.
4) Sedia loyang 7atau 8 inci, sapu sedikit minyak dan lapik dengan plastik. Sapu lagi sedikit minyak atas plastik tadi.
5) Tuangkan adunan kedalam loyang dan kukus 40-50 minit sehingga masak.
*20 minit pertama buka tudung pengukus untuk membuang air wap pada kain. kemudian selang 10 minit dan kukus lagi sehingga masak. Bila kuih dah masak buka terus tudung supaya air tidak menitis diatas kuih*
6) Biarkan sejuk dan bolehlah dipotong dan tabur kelapa parut.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM

 

September 02, 2015

COD SWEET AND SOUR



Menu yang simple untuk dinner malam ni. Lama tak makan sweet and sour dan bila makan sendirian tak syok pula. Bahan-bahan semua ada dan tak fikir dua kali untuk membuatnya. Hari ni suami tak ada pilihan nak tak nak makan nasi juga. Ikan Sue guna frozen cod dan potong menjadi jejari. 


COD SWEET AND SOUR
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
400g ikan kod fille - cuci dan potong macam jejari
1/2 sdt lada sulah
Garam secukup rasa 

(B)
Tepung jagung secukupnya
1-2 biji putih telur - pukul hancur
Minyak untuk menggoreng

(C)
3 ulas bawang putih - cincang halus
1 tin kecil nanas- ambil airnya dan isi diguna kemudian
400ml air masak
5 sdm sos tomato
1 sdm sos tiram
1 sdt sos ikan
1 sdm plum sos
Gula dan garam secukup rasa

(D)
 1 biji bawang besar - potong dadu
1 biji paprika - potong dadu
Nanas- potong segitiga
1 batang saleri - potong rencong
10 biji buah tomato ceri

(E)
2 sdt tepung kentang/jagung + sedikit air untuk memekat kuah
1/2 biji limau nipis- perah ambil jus
(Boleh ganti dengan limau kasturi 3 biji tapi aroma tidak sama)

*Taburan terpulang apa yang disuka*

Cara
1) Gaul rata bahan (A).
2) Bahan (B)- Panaskan minyak dengan api sederhana. Kemudian gelek kesemua ikan tadi kedalam tepung. Bila nak menggoreng baru celupkan ikan kedalam putih telur. Goreng hingga keperangan dan jangan lama.
3) Goreng sampai habis dan ketepikan.
4) Bahan (C)- Tumis bawang putih terlebih dahulu hingga kuning dan masukan air nana dan air masak. Diikuti bahan-bahan lain dan biarkan memdidih dan rasakan secukupnya (MASAM MANIS).
5) Masukan bahan (D) dan kuar sekejap dalam 3 minit dan masukan bahan (E)- bancuhan tepung dahulu. Bila dan cukup pekat tutup api baru masukan jus limau nipis.
6) Kuah boleh di gaul bersama dengan ikan atau curah atas ikan. Terpulang pada cara sendiri.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM



BINGKA TELUR KASTAD


Tak keruan dibuatnya bila dalam kepala duk fikir nak makan bingka. Untuk melepas hajat Sue buat bingka telur je untuk minum petang kami. Resepi hasil ilham Sue sendiri dan bertahun menggunakan resepi yang sama untuk semua jenis bingka cuma kalau ada tambahan puree, ianya menjadi semakin sedap.
Resepi ni dah jauh merantau dan menjadi feveret keluarga kawan Sue di Turkmenistan. Tiap kali menggadakan apa-apa keramaian dan jamuan dia tetap membuat bingka dengan berbagai jenis perasa. Alhamdulillah dan syukur.. Sini Sue panjangkan lagi ilmu semoga memberi manfaat kepada semua teman-teman..


BINGKA TELUR KASTAD
Resepi: Sue Norrman


Bahan-bahan
(A) 
4 biji telur ayam 'A'
150g gula pasir

(B)
180g tepung gandum
50g tepung kastad 
1/2 tin kecil susu pekat manis (kalau tak nak manis kurangkan gula)

(C)
400ml santan pekat
200ml susu cair
100g mentega- cairkan
Pewarna kuning sedikit

(D) 
200ml air panas mendidih

Cara
*Panaskan oven pada suhu 180 degrees*
1) Satukan bahan (A) dan kuar menggunakan senduk kayu sehingga gula hancur sahaja.
2) Kemudian masukan bahan (B) satu persatu dan kuar sebati.
3) Masukan bahan (C) dan sebatikan lagi dan akhir sekali masukan bahan (D). 
4) Sapu loyang 9 inci dengan mentega dan lapik dengan kertas mintak. Tuang adunan dan bakar selama 40-50 minit api bawah (bergantung pada oven masing-masing. Kalau nak lebih keperangan lebihkan lagi masa membakar). 10 minit terakhir guna api atas bawah sehingga permukaanya  keperangan.
5) Rehatkan sekejap dalam oven setelah masak baru keluarkan dan biarkan sejuk sepenuhnya.

*Adunan memang agak cair dan jangan tambah apa-apa tepung. Kalau di tambah tepung lagi ianya menjadi keras.*

SELAMAT MENCUBA!

KRAM

September 01, 2015

TEPEK UBI KAYU SEDAP


Sebenarnya ubi kayu ni plan nak buat bingka untuk minum petang@ fika. Tapi bila dah diparut cuma dapat 1 gelas je. Insyallah nanti kita beli lagi untuk buat bingka. Yang ni Sue guna frozen ubi kayu dan Sue buat ala vadai. Rasanya memang sedap kenyal tekstur isinya manakala luarannya ranggup. 


TEPEK UBI KAYU SEDAP
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
1 gelas ubi kayu - parut halus
2 biji bawang merah - cincang halus
1 biji cili merah - cincang halus
1/2 sdt jintan manis - tumbuk kasar
1/2 sdt jintan putih - tumbuk kasar
1/2 sdm udang kering - rendam dan tumbuk halus
Daun bawang dan sup secukupnya - potong halus
 Sedikit serbuk perasa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara
1) Satukan kesemua bahan-bahan dan secukup rasa.
2) Ambil 1 sudu makan dan kepal-kepalkan. Letak dalam talam dan buat sehingga habis.
3) Panaskan minyak, bila nak menggoreng baru di tekan supaya leper dan goreng sehingga kuning.
*Jangan goreng terlalu lama nanti menjadi keras*
4) Pastikan minyak  betul-betul panas dengan api sederhana.
5) Angkat dan letak atas tisu dapur. Goreng sehingga habis dan sedap bila dimakan suam.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM

OVEN GRILLED BEEF & PEPPER SAUCE

 

Semalam menu western atas permintaan. Sue masuk oven je dan menggunakan suhu rendah Alhamdulillah sedap. Manakala sos Sue buat pepper sos menggunakan 4 jenis pepper. Roasted dulu untuk ambik aroma tapi sedikit pedas. Tekak melayu tetap nak ngap nasi juga dan ratah daging je. Sayur sampingan semua masuk oven termasuk labu. Untuk mendapat daging yang lembut pastikan menggunakan daging yang tak ada urat. Sue guna kalvkött dalam bahasa swedish kalau translate daging muda maksudnya (Anak lembu). Sue perap terlebih dahulu untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap.


OVEN GRILLED BEEF & PEPPER SAUCE
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
1/2 kg daging batang pinang - cuci dan tos kering

(A)
4-5 ulas bawang putih - tumbuk halus
1 sdt jintan manis - tumbuk kasar 
2 sdm madu
1 sdt Lea & perrins
Sedikit serbuk paprika
Sedikit lada hitam kasar
Sedikit daun thye dan rosemary 
Garam secukup rasa
2 sdm olive oil

Cara
1) Satu bahan (A) dan gaul sebati pada daging tadi. Ikat menggunakan Tali kahas untuk memanggang dan letak dalam casserole atau dulang pembakar. Perap selama 3-4 jam.
2) Panaskan oven pada suhu 180 degree 15 minit dan turunkan suhu pada 140-150 degrees. Sebelum memasukan daging kedalam oven, tutup permukaan daging dengan aluminum foil  dan bakar selama 40 minit atau 1 jam. Bergantung pada oven masing-masing.
3) Selepas masak keluarkan daging terus sapukan madu dan olive oil sedikit. Bolehlah dihidangkan.


PEPPER SAUCE
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan 
(A)
2 sdm green peppercorn
2 sdm white peppercorn
1 sdm rose peppercorn
1 sdm black peppercorn
*Sangai 5-8 minit terlebih dahulu dan tumbuk kasar*

(B)
3 biji bawang merah - cincang halus
2 sdm olive oil
1/2 sdt brown sugar*

(C)
1/2 sdm balsamic vinegar 
300ml krim putar
Sedikit garam

Cara
1) Tumis bahan (B) kecuali (*) terlebih dahulu sehingga kuning baru masukan (* brown sugar). Kecilkan api kuar sehingga gula cair.
2) Masukan bahan bahan (A) dan kuar sebati baru masukan bahan (C). biarkan mendidih sehingga pekat. 
*Pastikan api mesti kecil supaya tidak hangus*
3) Sedap di makan bersama daging steak lain.

SELAMAT MENCUBA!


 KRAM






HOMEMADE ROTI CANAI SEDAP


Semalam sarapan pagi Sue dengan homemade roti canai. Lama sebenarnya nak makan roti canai tapi masa tidak mengizinkan. Nak dapatkan yang instant memang menangis lah jawabnya.
 Juga sue buat simple dhalca  bersama sambal bilis  DISINI yang memang dah sedia ada untuk nasi lemak tempoh hari. 
Resepi asal dari abang Sue yang dulu berjual roti canai dan sambutan Alhamdulillah sehingga sue buka restoren pun menggunakan resepi yang sama. Sehingga kini abang Sue masih membuat canai instant dengan harga yang murah, 5 keping rm2.50 sahaja.
Walaupun dah sejuk ianya masih kekal lembut. 
Kalau dulu di restoren Sue roti canai menjadi satu top menu sarapan pagi dan roti bom juga yang pertama di miri. Tak lain juga roti TISU yang berbentuk macam kon juga menjadi kegilaan  customer. 
Kesian pekerja Sue tiap hari mengguli 5-8kg tepung dan itu cuma untuk sehari. Kalau katering mereka mengguli sampai 20kg. Ada mesin tapi mereka tak nak guna sebab tekstur doh bila dah siap tak sama macam di uli dengan tangan. 
Itu mereka yang cakap.. 
Kalau malam roti tisu yang banyak keluar dan majoriti pelajar dari Curtin Universiti yang datang jauh semata-mata untuk roti tisu. 
Walaupun  mengambil sedikit masa mana tak satu plate besar cuma untuk satu roti je. 
Disitu bermula femes roti tisu di Miri. Pada yang tahu restoren sue memang sudah pasti kami mempunyai our own speciality's menu. 
Dhal pada awalnya Sue buat sendiri dan bila dan kenkangan masa Sue ajar pekerja Sue untuk ambil alih tugas. Alhamdulillah rasanya tetap sama hari-hari kerana sukatan yang sama harus dipatuhi. 

HOMEMADE ROTI CANAI SEDAP
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
500ml air suam
1 biji kuning telur A
3 sdm sus pekat manis
2 sdm mentega/marjerin
Garam secukup rasa

(B)
1 kg tepung gandum (Green label)

Cara
1) Satukan bahan (A) dan rasakan lemak manis dan garam secukupnya.
2) Tuang ke dalam bahan (B) dan uli hingga doh lembut. (Sue guna bread maker untuk mudah) Rehatkan doh selama 30 minit. Bila dan siap tumbuk buang angin dan uli lagi sekejap.
3) Bolehlah di bahagi ikut saiz yang disuka. Biasa 1 kg tepung dapat 20-23 biji dan terpulang pada saiz yang disuka.
4) Sapu marjerin dalam kontena dan bolehlah di bulat-bulatkan doh tadi.
5) Bila dan siap semuanya, sapu lagi marjerin pada keseluran doh, pastikan semuanya menutupi dan bolehlah disejukan.
6) Keluarkan doh biar lembut terlebih dahulu sebelum digunakan.
7) Untuk yang tak pandai menebar, Sediakan talam besar dan sapu minyak. Ambil sebiji doh dah tekan-tekankan dengan jari supaya nipis. Pastikan jangan terlalu kering nanti susah untuk di tarik.
8) Letakkan lagi sedikit minyak atas doh dan tarik-tarikan hingga ke hujung permukaan talam.  Tarik perlahan-lahan supaya tidak koyak. Kalau doh betul-betul lembut ianya mudah dan tidak koyak bila ditarik.


9) Kemudian boleh lah di angkat dari talam dan ianya akan menjadi panjang. Golongkan doh yang sidah di canai tadi dan letak dalam talam yang di sapu minyak. (Gambar diatas)
10) Sediakan non stik pan dan letak sedikit minyak, Ambik doh yang sudah di canai tadi dan tekan-takan nipis disekeliling dan letak dalam pan. Siram sedikit minyak atasnya supaya ianya garing diluar dan tidak kering. Guna api kecil dan masak hingga kekuningan sebelah menyebelah.


11) Angkat dan letak atas kertas minyak dan tepuk canai tadi supaya ianya mudah dimakan (gambar diatas).
* Untuk frozen pula masak sekejap atas api sebelah menyebelah dan biarkan sejuk. Bolehkan di masukan dalam plastik dan bekukan.*

KARI DHAL SIMPLE DAN SEDAP
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
 (A)
1 cwn kacang dhal- rendam semalam 
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 biji cengkih
1 batang kulit kayu manis
1/2 sdt serbuk kunyit
Air secukupnya untuk merebus

(B)Kisar
1 biji bawang bombay
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji buah keras
Minyak secukupnya untuk menumis

(C)
Cili giling sedikit
1 sdm serbuk kari daging adabi
1 sdm serbuk kari daging baba's
(Serbuk kari tambah sedikit air untuk menjadi paste)
1 sdm udang kering- rendam dan tumbuk

 (D)
1-2 ketul tulang dada ayam- potong kecil
3 biji kentang- potong dadu
5 cawan air*

(E)
Garam, gula , air asam jawa dan serbuk perasa secukupnya
1/2- 1 cawan santan pekat
*Jangan terlalu lemak* 
4 batang kacang panjang- potong pendek (1 inci)

Cara
1) Rebus bahan (A) sehingga kacang dhal lembut. Nak guna pressure cooker lagi cepat.
2) Kemudian buangkan rempah tumis tadi dan ketepikan sementara menyedia bahan-bahan lain.
3) Tumis bahan (B-Kisar) hingga kuning. Kecilkan api dan masukan bahan (C) ikut turutan. Pastikan kari pecah minyak dahulu baru masukan udang kering.
4) Selepas itu masukan bahan (D) kecuali (*)dan kuar hingga sebati baru masukan (*).
5) Biarkan mendidihkan sehingga kentang empuk dan masukan kacang dhal yang sudah direbus tadi. Kuar sebati dan kalau masih pekat tambah air lagi. 
6) Akhir sekali masukan bahan (E) dan rasakan secukupnya.
7) Sedia untuk dijamau juga sedap dimakan bersama roti canai dan sambal bilis.
SELAMAT MENCUBA!


CABBAGE ROLLS@ KÅLDOLMAR


Cabbage rolls ni Sue buat hujung minggu lepas. Memang sedap dan tekstur kobis yang lembut. Kalau di Sweden mereka panggil Kåldolmar dan asal membawaan resepi dari Turkey abad ke 16 dulu. Så sekarang menjadi salah satu makanan tradisi swedish. Lazimnya mereka makan bersama lingon jem dan brown sos DISINI. Resepi kat google bermacam-macam tapi resepi ni Sue ambik dari Swedish Tradision Book yang menantu tiri hadiahkan kepada Sue. Ada yang Sue tambah mengikut selera tekak.

 

CABBAGE ROLLS@ KÅLDOLMAR 
Resepi: Swedish Tradision Book
Oleh: Sue Norrman


Bahan-bahan
(A)
12-15 keping daun kobis
Air seckupnya untuk merebus

(B)
*Masak bubur nasi terlebih dahulu*
400g daging kisar
50g bubur nasi pekat
100ml susu segar (Sue tambah)
100ml krim putar (Sue tambah)
1 biji telur B
1/3 serbuk lada hitam
1 sdt kryddpeppar@ mixed spice (Sue tambah)
1 sdm stok lembut pekat
1 sdt gula
Garam secukup rasa

(C)
1/2 biji bawang besar - dadu halus
1/2 sdm mentega

(D)
2 sdm golden syrup/ madu (Sue guna golden syrup)

Cara
*Untuk mengopek helaian kobis - Potong tangkai kobis terlebih dahulu kemudian rendamkan sebiji kobis tadi dalam air sejuk yang bercampur ais dan garam secukupnya selam 20 -25 minit. Kobis mesti tenggelam keseluruhannya dan air mesti betul-betul sejuk. Bila dah cukup masa bolehkah di tanggalkan dan sekiranya bahagian yang masih melekat potongkan lagi tangkainya sehingga cukup diperlukan*

1) Bahan (A)- rebus air sehingga mendidih dan masuk 2-3 keping kobis dan biarkan layu dalm 5 minit. Angkat dan toskan. rebus sampai habis.
2) Satukan bahan (B) dan rasakan secukupnya. Tumis bahan (C) sehingga kuning dan masukan kedalam bahan (B) tadi. Gaul sebati lagi.
*Panaskan oven pada suhu 180 degrees api atas bawah*
3) Ambil 1 keping daun kobis, kepal-kepalkan daging tadi dan letak di hujung bahagian kobis yang lembut. Buat macam menggolong popia dan dan bahagian tangkai kobis nanti berada di bahagian bawah selepas digolong. (jangan kepal daging terlalu besar)
4) Buat sampai habis. guna casserole dan sapu mentega terlebih dahulu dan bolehlah disusun kobis tadi. Siram bahan (D) diatas kobis dan bolehlah dibakar dalam 20-30 minit sehingga kobis keperangan.
5) Sedia untuk dimakan bersama jem dan brown sos.

SELAMAT MENCUBA!







Ogos 28, 2015

THAI PAD WOON SEN



Semalam pergi Malmö ambik IC baru so lepas tu terus ke China market beli barang dapur dan sayur-sayur. banyak juga yang masig dalam chiller dan Sue pun angkut segala tempe dan apa dalam kepala untuk masak seterusnya. kalau dekat tempat Sue tinggal susah nak dapat kalau datang hujung minggu. Alhamdulillah dinner Sue makan ni je dan suami makan beef stew. resepi asal dari tukang masak di restoren Sue dulu Sue dari Thailand. dan yang ni memang top dalam ala-carte menu. Sampai sekarang Sue lebih suka makan pad woon sen berbanding mihun..Walaupun cuma menggunakan sepeket kecil tang honn tapi bila dan dicampur dengan sayuran lain jadi banyak juga. Dapat makan 2 orang kalau yang bukan kuat makan hihi..

THAI PAD WOON SEN
Resepi: Suriyon Thongsawat
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
2 ulas bawang putih - cincang halus
1/4 bawang besar - potong dadu halus
3 biji cili padi

(B)
1 sdt paste tomyam
Udang dan sotong secukupnya
2 biji telur-pukul hancur sahaja

(C)
1/2 sdm sos tiram
1/2 sdm sos ikan
1/2 kicap manis

(D)
1 batang kecil lobak merah- potong panjang (2 inci)
1/2 mangkuk kecil kobis hiris

(E)
1 bungkus tang hoon- rendan dengan air biasa sahaja dalam 10 minis dan toskan
1 mangkuk kecik tauge
1/2 mangkuk kecik daun kucai

Cara
1) Tumis bahan (A) hingga kuning dan masukan bahan (B). Kuar sebati dan masukan bahan (C).
2) Bila dah sebati masukan bahan (D). Tumis dalam 3 minit dan rasakan lagi baru masukan bahan (E). 
3) Goreng sekejap sahaja dalam 3-4 minit sahaja. Jangan terlalu lama nanti tang hoon jadi lembik dan bergolong. Cukup bila sebati dan tutup api.
4) Sedia untuk dimakan.

SELAMAT MENCUBA! 

KRAM

ALMOND BUN


Alhamdulillah.. Almond bun ni Sue buat semalam. Sambil masak dan uli doh masuk dalam bread maker je. Resepi doh basic yang Sue ambik dari rancangan tv masakan pagi di Sweden dan tak menggunakan bread improver juga ada pengubahan bahan-bahan. Semuanya terpaksa di translate untuk memudahkan kita semua. Sue ganti dengan baking powder dan tambah sour cream untuk melembut tekstur doh. Intinya memang sedap dan ini merupakan kali ke 4 Sue buat bun yang sama..


ALMOND BUN
Resepi. TV Sweden 
Oleh: Sue Norrman

ALMOND FILLING
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
150g serbuk almond
100g mentega
80g gula kaster
1 sdm gula vanila (Kalau tak ada boleh ganti esen vanila 1/2 sdm)

Cara
Satukan sebati semua bahan-bahan sehingga menjadi paste.



Bahan Doh
(A)
150ml susu suam ( tak kesah apa jenama)
10g instant yis (Sue guna fresh yis)
30g gula kaster

(B)
350g tepung roti
11/2 serbuk penaik@baking powder (Sue tambah)
2 sdm tepung susu (Sue tambah)
1/2 sdt garam

(C)
1 sdm sour cream (Sue tambah)
1 biji telur + 1 kuning telur (saiz c) - Sue tambah
50g mentega

Sapuan
1 biji kuning telur
Sedikit gula pasir

Cara
1) Satukan bahan (A) dan rehat 5-10 minit sehingga yis berbuih.
2) Masukan kedalam bread maker dan masukan bahan (B).
3) Tekan setting dough dan uli sebati baru masukan bahan (C) satu persatu.
4) Kemudian biarkan mesin mengguli hingga elastik.
5) Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda. Kemudian tumbuk untuk membuang angin dan bahagi kepada 2-4 bahagian. (Terpulang pada masing-masing)
6) Tabur sedikit tepung supaya tidak melekat ketika menggiling. Giling memanjang dalam 20-25cm manakala lebar dalam 30cm. Ratakan bahagian tepi selepas digiling.
*Sedia dulang pembakar dan lapik dengan kertas kek*
7) Sapu filling tadi dengan rata dan golong dari sukatan lebar ke arah menajang.
8) Letak dalam dulang pembakar. jangan meletak terlau rapat nanti selepas dibakar ianya akan kembang takut melekat.
9) Gunting doh yang sudah digolong tadi secara merencong,jangan sampai putus ye. Gunting satu dan pusing ke kanan, kemudian gunting lagi pusing ke kiri sampai habis.
10) Selesai semuanya rehatkan lagi doh dalam 20 minit.
*Panaskan oven pada suhu 180-200 degrees (oven Sue 200 degrees) api atas bawah*
11) Sapu roti tadi dengan bahan sapuan (telur) dan tabur sedikit gula. masuk kedalam oven dan bakar 20-25 minit sehingga keperangan.
12) Bila dan masak sapu lagi dengan sedikit mentega untuk mengilat dan melembut bahagian atas bun.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM







STEW DAGING YANG SEDAP


Stew daging ni merupakan salah satu masakan yang paling anak-anak Sue suka. Cukup masak ni dan nasi sudah pasti bertambah-tambah. Dulu semasa masih ada restoren stew ni juga salah satu menu yang wajib setiap kali ada katering. Masak sampai 50kg daging. Regular customer yang tak pernah jemu makan, branch manager Bank Rakyat hari-hari lunch di restoren walaupun terpaksa menungu. 
Resepi Sue olah sendiri dari masa ke semasa mengikut citarasa. 
Alhamdulillah yang ni sue sudah ubah lagi mengikut citarasa orang disini terutama suami sue. Ianya menepati citarasa semua juga tetamu kalau Sue masak untuk mereka. Untuk memudahkan kerja Sue guna pressure cooker je 25 minit dah siap. Tapi kalau tak ada pressure cooker boleh rebus je dulu dagingnya supaya empuk bila dah dimasak sekali lagi dengan bahan-bahan yang lain. Semenjak berhijrah belum rasanya Sue makan stew ni dengan nasi.

Tiap kali ni sue masak swedish style memang makan dengan kentang dan jeruk beetroot. Rasanya lagi sedap makan dengan kentang dan juga Sue pernah buat Stew ni untuk pie filling, Memang Sedap!!.



STEW DAGING
Resepi: Sue Norrman


Bahan-bahan
(A)
500g daging batang pinang - potong dadu
Sedikit garam
Sedikit tepung gandum
3 sdm mentega

(B)
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 biji bawang besar - hiris panjang
1 batang saleri - hiris nipis

(C)
300-400ml air mineral/masak
1/2 sdm tomato puree
1 sdt kryddpeppar biji (Boleh ganti dengan 1/2-1 sdt mixed herbs)
(kalau guna mixed herbs tak payah tambah herbs yang lain. Additional untuk swedish stew)
Sedikit daun thyme
Sedikit daun basil
2-3 helai daun bay
1/2 sdt lada hitam halus
1 sdm stok lembu pekat
2-3 biji buah tomato- belah 4
Sedikit lada hitam kasar
Garam dan gula secukup rasa

Cara
1) Bahan A- Cuci daging terlebih dahulu dan toskan baru dipotong. Kemudian masuk garam sebatikan dan masukan tepung. sebatikan supaya tepung menutupi keseluruhan daging.
2) Guna api kecil dan panaskan periuk atau non stik pan, masukan mentega sehingga cair. kemudian masukan daging tadi dan masak sehingga bertukar warna. Kuar supaya tidak hangus.
3) Bila daging dan keperangan masukan bahan (B) dan gaul sebati sehingga bahan layu dan tutup api.
4) Sediakan pressure cooker, masukan kesemua bahan (C) kedalam nya dan tuang daging yang dimasak tadi bersama bahan-bahan lain. Kuar sebati dan tutup.
5) Masak api sederhana dalam 20-25 minit dan tutup api atau alihkan dari dapur.
6) Biarkan 5 minit baru buka penutup(butang untuk wap) iatasnya supaya wap keluar sepenuhnya.
7) Sedia untuk dimakan dengan nasi panas atau kentang.

P/S:- Kalau tak ada pressure cooker, rebus daging terlebih dahulu. Kemudian tumis bahan (B) dengan 3 sdm mentega hingga kuning dan masukan 1 sdm tepung gandum dan kuar hingga tepung cair. Kemudian baru  masukan bahan (C) dan daging rebus tadi. Biarkan mendidih dan rasa secukupnya hingga pekat dan tutup api. kalau tak pekat boleh masukan lagi air bancuhan tepung gandum kedalamnya.

SELAMAT MENCUBA!


KRAM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...