Sarapan pagi ni dengan mihun sup ekor kaw. Pagi-pagi selepas subuh dah tang tung di dapur mana taknya dapat notis dari EON(letrik) hari ni dari jam 8am sampai jam 3pm tak ada letrik. Bila dah tau kita siap-siap semua apa yang perlu. sup ni Sue dah siap masak malam tadi dan pagi tinggal panaskan saja.
Waalaa.. makan dengan kicap bawang putih pedas dan cili jeruk berpeluh dibuatnya. Cili tu rasa nya 5 bulan dalam peti sejuk masih elok dan masih ranggup. Petua cili tahan lama sue dapat dari seorang bibik, pembantu rumah Sue dulu. Nanti bila Sue buat jeruk lagi kita entri ye.
MIHUN SUP EKOR
Resepi: Sue Norrman
Oleh: Sue Norrman
Bahan-bahan
(A)
2-3 sdm rempah sup baba's + sedikit air untuk jadi paste
(B)
1 kg ekor lembu - cuci dan toskan
4 inci lengkuas - ketuk
1 batang serai - ketuk
1 batang saleri - potong 2-3 inci
1 biji bawang besar - potong panjang
2 helai daun bay
1500ml air
2 ketul kiub lembu
Garam secukup rasa
Gula sedikit
(C)
1sdt jintan putih
1/2 sdt jintan manis
1/2 sdt biji ketumbar
1/2 sdt lada putih (biji)
1 sdt lada hitam (biji)
*Sangai dan bungkus dengan kain kasar*
(Sue guna pengganti sup bunjut. Kalau ada sup bunjut guna 1-2 bungkus)
Bahan Kisar
1 biji bawang bombay
5 ulas bawang putih
3 inci halia
Bahan Tumis
2 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga anis
3 biji bunga pelaga
6 biji cengkih
Minyak secukupnya untuk menumis
Sampingan
Mihun
Tauge
Tahu goreng
Daun bawang dan sup
Bawang goreng
Cara
1) Panaskan minyak dan masukan bahan tumis. Tumis sampai naik bau dan masukan bahan kisar. Kecilkan api dan kacau sehingga bawang kuning/ layu.
2) Kemudian masukan bahan (A). Kuar sehingga pecah minyak dan masukan bahan (C) dan (D).
3) Rebus sehingga daging empuk dan rasakan secukupnya.
*Untuk memudahkan dan daging cepat empuk guna pressure cooker kalau ada*
4) Bolehlah dimakan bersama bahan sampingan.
SELAMAT MENCUBA!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan