Julai 01, 2017

Bihun Goreng Kicap Sedap


Selamat Pagi!!

Assalamualaikum.. Semoga semua sihat hendaknya. SN alhamdulillah sihat cuma sedikit flu. Insyallah nanti baik la tu. Pagi awal selepas subuh SN dah ke dapur buat sarapan. Menu sempoi dan boleh kenyang sampai tengahari Insyallah. Lately cuaca di sini hujan dan mendung tidak seperti tahun tahun yang sudah di mana musim panas memang seronok. Kalu berterusan begini selera nak makan tu memang menaik.

Walaupun sendirian di rumah tapi SN tak skip untuk sarapan walaupun dengan semangkuk yogurt atau telur rebus. Kebiasaan matsalleh ni mereka memang ambil berat pasal part pemakanan kerana mereka mahu sihat. Memang betul.. bukan cerita semata mata tapi sah nampak depan mata bila tengok nenek yang dah berumur 70-80 tahun masih shopping beli barang dapur sendirian atau dengan suami. Walaupun menggunakan tongkat yang beroda untuk memudahkan mereka bergerak. Kalau di bandar mereka generasi ini ramai yang bersantai sambil mengambil angin. Itulah pesanan SN setiap kali kalau SN tak ambil breakfast. Kebiasaan SN akan sarapan jam 7-8 am tapi tidak akan awal dari itu. EN akan whatsapp kalau dia di pejabat atau outstation bertanya dah sarapan ke belum. Seriously itulah kebenarannya. 

So.. menu sarapan SN hari ni lumayan juga lerr.. Bihun goreng kicap yang mudah dan sedap. Sedap pada anak tekak SN insyallah kalian boleh cuba ye.. Jom!!


BIHUN GORENG KICAP
Resepi: Sue Norrman

Bahan bahan
1 bungkus bihun - rendam semalaman dan tos.
1/2 batang lobak merah - potong sebenar batang mancis
Tauge secukupnya
Sawi secukupnya - asing batang dan daun

Kisar halus
1 biji bawang bombay
2 ulas bawang putih

Hiris nipis
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih 
1 inci halia

(A)
3-4 sdm susu kicap lemak masin
2-3 sdm kicap lemak manis
Sedikit serbuk perasa
Garam jika perlu
2 sdm cili giling
Minyak untuk menumis

Sampingan
Daun sup 
Cili potong
Telur dada - potong kecil


Cara
  1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan hiris sehingga kuning.
  2. Masukan bahan kisar  dan tumis lagi sehingga layu dan masukan cili giling. Kacau dan tumis sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan bihun yang telah di tos tadi dan goreng sehingga perencah sebati.
  4. Masukan kicap manis, kicap masin, lobak merah dan batang sawi. Goreng lagi sehingga rata dan cukup rasa.
  5. Akhir sekali masukan tauge dan daun sawi dan goreng lagi.
  6. Rasa kan lagi dan jika ada kekurang masin tambahh serbuk perasa dan jika kekurangan warna kicap tamabh kicap masin dan manis sedikit. Tutup api dan boleh di masukkan kedalam pinggan.
  7. Tabur daun sup, cili potong , limau kasturi dan telur dada. 

SELAMAT MENCUBA!




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...