Selamat Malam!!
Bulgogi- Korean BBQ beef kita petang ni. Menu yang amat simple dan sangat sedap di makan bersama nasi panas. Ini merupakan kali ke-2 SN buat bulgogi. Pertama SN panggang dengan bara arang tapi kali ni SN panggang guna elektrik grill memandangkan hujan di luar dan tak syok juga sendiri duk memangang.
Untuk mendapatkan rasa yang sedap dan lembut harus guna daging yang tak ada urat dan kena hiris nipis mengikut jalur daging. Perapan juga memain peranan supaya ianya serap. SN perap semalaman dan rasanya Walla.. sedap!!! bahan perapan SN ikut sebiji resepi cuma rice syrup je SN ganti guna golden syrup dan sedikit madu juga tambah sedikit cili padi tumbuk.
Dulu SN buat panggang guna non stik pan pun menjadi juga. EN pun suka dan lebih selepas di panggang SN buat jadikan inti kebab dan campur sesame sos yang SN buat sendiri. Tak rugi mencuba sesuatu kalau ianya berhasil. Walaupun tak berhasil itu nama nya Try N Error. Part memasak dan membuat kek atau kuih traditional memang SN banyak belajar dari pengalamanan dan error. Part yang masuk tong sampah tu jangan kira lah. Tak pernah kenal erti putus asa kalau nak berjaya kan? Hidup kena ada prinsip dan matlamat baru dapat maju. Ok.. nanti kita bebel lagi ye hihihi.. Untuk resepi yang sedap ini SN ambil dari dapur MAANGCI yang terkenal dengan masakan korea dan sedap semua resepi yang beliau kongsi kan. Cuba ye Insyallah menjadi dan tak rugi pasti nak lagi!
BULGOGI- KOREAN BBQ BEEF
By: Sue Norrman
Ingredients
- 1 pound of beef tenderloin, sliced thinly into pieces ½ inch x 2 inches and ⅛ inch thick
Marinade (for 1 pound of beef):
- ½ cup of crushed pear
- ¼ cup onion purée
- 4 cloves of minced garlic
- 1 teaspoon minced ginger
- 1 chopped green onion
- 2 tbs soy sauce
- 2 tbs brown sugar (or 1 tbs of brown sugar and 1½ tbs rice syrup)
- a pinch of ground black pepper
- 1 tbs toasted sesame oil
- several thin slices of carrot
Directions
- Mix all the marinade ingredients in a bowl.
- Add the sliced beef and mix well.
- You can grill, pan-fry, or BBQ right after marinating, but it’s best to keep it in the fridge and let it marinate for at least 30 minutes, or overnight for a tougher cut of beef. Serve with ssamjang
SELAMAT MENCUBA!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan