Julai 01, 2017

Jus Oren Cincau Selasih


Assalamualaikum!!

Sedap nampak jus ni kan? Lebih lebih lagi minum pada musim panas begini. Sebenarnya jus oren cincau selasih ni SN buat 3 bulan lepas ketika berada di kuching. Kiv dalam folder dropbox sekian lama nya.

Bila SN nak update dropbox nampak jus ni terus terliur tapi sayangnya tak ada cincau dan sunkist. Insyallah hujung minggu nanti plan nak picnic dan buat bekalan sikit untuk santai Insyallah.

Resepi yang amat mudah dan sangat sedap! SN oren sunkist dan campur sunquick mandarin sedikit. Rasanya lagi umpphhh.. try la memang tak rugi.




 

JUS OREN CINCAU SELASIH
Resepi: Sue Norrman


Bahan bahan
3 biji oren sunkist - perah ambil jus
1 liter air sejuk
2 sdm sunquick mandarin
Air gula secukupnya
Cincau - cincang halus/ dadu kecil
Sedikit selasih
Ais secukupnya


 

Cara
1. Satukan air gula, sunquick dan air sejuk sehingga sebati.
2. Masukan jus oren dan kacau lagi sehingga cukup rasa.
3. Sediakan gelas, tuang jus, masukan cincau dan selasih.
4. Tadaa... dah siap!


 
SELAMAT MENCUBA!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...