Salam 23 Ramadhan!
Alhamdulillah... melangsungkan hajat yang tertunda sekian lamanya. Roti jala sama kari daging juadah berbuka SN hari ni.
Kombinasi yang cun dan mengidam roti jala ni dah lama. Rasanya lebih 4 bulan SN tak makan selepas buatkan untuk ayahanda SN yang teringin nak makan.
Aidil fitri tahun lepas SN pernah buat untuk jamuan kawan kawan SN bertandang ke rumah tapi tak berkesempatan nak ambil foto. Roti jala ni mendapat pujian dari sahabat dan keluarga kecil SN di sweden. Kalau suami SN suka makan dengan jem dan whipping cream. Sedap juga dan sesuatu yang baru untuk di cuba. Roti jala ni SN olah sendiri dan ianya sangat lembut sehingga ke petang dan lebihan bancuhan boleh di frozen juga. Insyallah.
Roti jala sama kari daging memang makanan yang tidak asing bagi kita orang Malaysia kan? Kari daging pula SN guna yang frozen tinggal defrost dan panaskan semula. Kekal sedap dan enak hihihi.. Resepi kari daging boleh tengok DISINI yang SN masak tanpa santan. So... resepi roti jala pula mai tengok, jom!!
ROTI JALA LEMBUT
Resepi: Sue Norrman
Bahan bahan
250g tepung gandum
1 biji telur greb B
250ml susu segar/ susu cair
250ml air sejuk
1 1/2 sdm gula pasir
3/4 sdt garam halus
1 1/2 sdm minyak masak
Sedikit pewarna kuning
Cara
- Satukan kesemua bahan dan kisar halus kemudian tapiskan.
- Rehatkan 20 minit sebelum menjala dan sediakan non stik pan dan acuan roti jala atau botol yang sedia ada.
- Panaskan non stik pan dengan api sederhana dan sapu sedikit minyak menggunakan tisu dapur.
- Bila dah cukup panas boleh lah di kirai bancuhan roti jala dan pusing pusing mengikut corak yang di sukai.
- Biarkan seketika dalam 2-3 minit dan angakat pan, keluarkan roti jala dan letak dalam pinggan.
- Ulang sampai habis dan sementara menunggu roti jala seterusnya masak boleh lah di lipat roti jala yang dah siap.
- Sedia untuk di sajikan bersama kari daging atau ayam juga rendang.
SELAMAT MENCUBA!
KRAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan