Ogos 22, 2016

SPAGHETTI MARINARA



Hari ni sue masak spaghetti saja untuk lunch serta dinner. Lama juga tak makan pasta teringin pula dan sue buat marinara sos sendiri cukup untuk makan berdua. Biasanya untuk sos pasta memang sue tak pernah beli yang dah siap jual di supermarket. Sebenarnya spaghetti marinara ni kalau yang simple memang tak ada daging bagai tapi sue letak mince beef lagi sedap rasanya. Kalau untuk lebih tahan jangan di campur dengan daging dan sos hendaklah di masak lama. Boleh di simpan dalam botol kaca dan simpan dalam peti sejuk. Ianya tahan seminggu dan boleh juga di bekukan. Bila nak makan baru tumiskan bawang besar dan daging dan tuangkan sos marinara. Mudah kan!!

Perbezaan marinara dan bolognese cuma rasa nya saja. Marinara rasanya lebih masam dan pedas tapi sue buat ikut tekak tak nak masam sangat tapi pedas. Kalau masak dengan suami sue kurangkan pedas tapi makannya bertambah juga hihihi.. Tak tau nak cakap macam mana exact rasanya tapi kalau nak mencuba sedap ke tidak jom kita tengok resepi...




SPAGHETTI MARINARA
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan 
Spaghetti atau pasta pilihan kalian - rebus ikut arahan belakang kotak atau paket.


Untuk sos ( 2-3 orang) 
(A)
3 ulas bawang merah - cincang halus
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 sdm minyak zaitun/ masak

(B)
3 biji tomato ranum
2 biji cili padi
*Kisar menggunakan food processor dan jangan tambah air. Kalau menggunakan blender biasa tambah air sedikit supaya senang di kisar*

(C)
1 sdm tomato puree
1/2 cawan air
Sedikit daun basil, oregano dan parsley kering
Garam secukup rasa
Gula sedikit 
(kalau nak lebih pedas tambah cayenne pepper)


Tambahan
Sedikit bawang besar - cincang
100g daging kisar


Cara
1) Panaskan minyak dan masukkan bahan A. Tumis sehingga bawang kuning dan masukkan bahan B.
2) Masak selama 2-3 minit dan masukkan bahan C. Kacau sebati dan biarkan mereneh sehingga pekat dan cukup masak.  Anggaran 10 minit dengan api kecil dan tutup api.

P/S:- Kalau untuk sekali makan boleh campurkan daging tapi di tumis berasingan terlebih dahulu dan bila daging bertukar warna baru masukkan sos. Sos tanpa daging boleh di simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian atau di bekukan.

SELAMAT MENCUBA!


KRAM




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...