Selamat malam semua..
Hari ni sue masak simple je untuk makan sorang. Lama juga tak makan pasta dan bila tengok resepi ni di share dari teman di fb teringin juga nak mencuba. Memandangkan bahan-bahan semua ada cuma italian seasoning dah habis so sue olah sendiri dan kisar menjadi serbuk. Manakala sukatan sue lebihkan sedikit tidak mengikut sukatan dari resepi. Sue cuma mengikut bahan yang di gunakan sahaja. Sebenarnya seasoning tu memang senang nak dapat di supermarket tapi kalau nak mendapat stok yang banyak boleh buat sendiri. Nanti sue serta bahan seasoning sekali ye!
Nampak sedap dan bila dan siap masak memang ternyata sedap sekali rasanya. Tak rugi mencuba dan sangat berpuas hati. Cuma ada yang sue tambah memandangkan tak ada stok ayam so sue ganti dengan kiub ayam hihihi.. tak pa lah sama je cuma warnanya agak kekuningan sedikit tapi yang penting rasa nya memenuhi anak tekak. Nak cuba tak? Rugi tau kalau tak cuba!
CREAMY TUSCAN GARLIC CHICKEN
Resepi: The Recipe Critic
By: Sue Norrman
Bahan-bahan
200-300 Spegetti, Fettuccine atau pasta kesukaan anda.
*Rebus ikut arahan di belakang plastik atau kotak pasta*
(A)
2 ketul isi dada - hiris nipis dan toskan
(Resepi asal menggunakan ketulan isi dada terus)
2 sdm minyak zaitun
(B)
4 ulas bawang putih - cincang halus (resepi asal guna serbuk bawang putih)*
400ml heavy krim
200ml air masak (asal stok ayam)
1 ketul kiub ayam
1 1/2 sdt italian seasoning (Sue olah sendiri, resepi kat bawah)
1/2 - 1 cawan parmesan cheese - parut halus
1 botol kecil sun dried tomatoes - sue potong kecil
Garam jika perlu (sue tak letak sebab dah cukup masin dengan parmesan dan kiub ayam)
1/2 sdt gula (sue tambah)
1 mangkuk kecil daun bayam*
Cara
1) Bahan A - panaskan minyak dengan apai sederhana dan masukkan ayam. Goreng sehingga ayam mengeluar air dan bertukar warna. angkat dan ketepikan.
2) Dengan menggunakan pan yang sama, masukkan bawang putih dari bahan B dan tumis sehingga kuning.
3) Kemudian masukkan bahan selebihnya kecuali daun bayam dan kacau sehingga mendidih kecil dan masukkan ayam yang telah di goreng tadi.
4) Kacau sebati selama 2-3 minit masukkan daun bayam, kacau lagi dan tutup api.
5) Hidang bersama pasta kesukaan anda dan pasti nak lagi..
ITALIAN SEASONING HOMEMADE
Bahan-bahan
3 sdm dry oregano
2 sdm dry basil
1 sdm dry thyme
1/2 sdm dry rosemary
*Campur semua dan kisar halus. Simpan dalam bekas kedap udara atau botol untuk kegunaan lain. Untuk lebih tahan simpan dalam peti sejuk*
SELAMAT MENCUBA!
KRAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan