Februari 18, 2016

AYAM TIKKA SEDAP


Alhamdulillah.. 
Semalam kita belayar ke India pula untuk menjamu selera hihi.. Khayalan semata-mata! Kemana pun kita pergi dan berhijrah kalau minat pada dunia masakan bukan penhalang untuk kita mencuba. Yang penting kemahuan dan jangan kemalasan dijadikan alasan. Betul dak? 
Ayam tikka ni sue buat semalam untuk digandingkan dengan roti naan dan cik abe cakap sedap! Hmmmm.... ok kot dan sue olah sendiri tak mau banyak rempah yang digunakan. Dari awal cik abe dan pesan tau mau tersa sangat rempahnya pasal kalau original memang terasa rempah ratusnya. Dia kalau offshore ke India memang sajian harian dengan masakan mereka tu yang dia jemu. Tapi kali ni sue yang ingin nak makan so dia tak dapat nak kata apa. Mai tengok resepi....



AYAM TIKKA SEDAP MY STYLE
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
2 ketul isi dada ayam - cuci dan potong dadu saiz sedang
1 sdt serbuk kunyit
1/2 sdm serbuk cili
1/3 sdt garam masala
1/3 sdt serbuk buah pelaga
1/2 sdt serbuk lada hitam
3 sdm sour cream/ plain yogurt -kalau menggunakan yogurt + 1sdm jus lemon
1 sdm daun parsley cincang
2 sdm minyak zaitun
Sedikit daun mint
Garam dan gula sedikit - secukup rasa

Bahan sampingan
Bawang besar - potong dadu besar
Cili benggala - potong dadu
Pencucuk satay secukup

Cara
1) Satukan kesemua bahan dan gaul sebati. Perap dalam peti sejuk selama 2-3 jam.
2) Ambil pencucuk satay, cucuk cili benggala berselang seli dengan ayam dan bahan sampingan lain. Buat sampai habis.
3) Kemudian panaskan ketuhar pada suhu 180c api atas bawah dan bolehlah masukan ayam tikka tadi. Panggang sehingga kekuningan dan masak. Jangan terlalu kering nanti isinya menjadi keras.

P/S:- Untuk memudahan dan supaya isinya tidak melekat pada loyang, sue guna cara yang sempoi. Ketika mencucuk bahan-bahan tadi lebihkan hujung lidi kemudian guna loyang yang saiznya cukup untuk meletak lidi diatasnya. Ianya bergantung ye dan bila memanggang air ayam jatuh kedalam loyang dan tidak melekat pada isinya.



SOS TZATZIKI
Bahan-bahan
200ml turkish/ greek/ plain yogurt
3 sdm timun yang telah di parut ( Tekan dan buangkan air timun terlebih dahulu)
2 ulas bawang putih kecil - tumbuk halus
1 sdm jus lemon
1/2 sdt gula 
Garam secukup rasa
Daun dill secukupnya
Lada sulah sedikit

Cara
Satukan semua bahan dan gaul sebati. Sejukkan dan sedia untuk dimakan


SELAMAT MENCUBA!

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...