Februari 18, 2016

ROTI NAAN YANG LEMBUT


Selamat pagi dan salam sejahtera semua..
Pagi yang dingin sekali dan cik putih masih turun seperti biasa walaupun tak lebat. Cuaca sekarang -2 celcius mudahan bila matahari naik suhu semakin bertambah panas. Cerita semalam bila tak lalu nak makan nasi so sue buatkan roti naan bersama ayam tikka dan tzatziki sos.
 Alhamdulillah kejadian roti naan yang memuas hati dan sedap sekali bila makan ketika masih panas. Sue sengaja tinggalkan sekeping untuk sarapan pagi dan ingin melihat kejadiannya bila dah semalaman. Walla tak sangka ianya masih lembut seperti semalam juga. Resepi  sue olah sendiri tapi kali ini sue menggunakan tepung roti untuk mendapat tekstur yang cantik. Kalau nak guna tepung gandum pun tak ada masalah dan ianya tetap lembut..

Resepi ayam tikka dan sos tzatziki DISINI


ROTI NAAN LEMBUT
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
300g tepung roti/ gandum
1/2 sdt instant yis
1/2 sdt serbuk penaik/ baking powder
1 sdm gula pasir
1 sdt madu
1/2 sdt garam halus
11/2 sdm minyak masak
200ml(+/-) buttermilk suam*
(suamkan susu dalam microwave kemudian masukkan 1 sudu makan jus lemon. Biarkan 5 minit dan boleh digunakan)

Cara
1) Satukan bahan-bahan kecuali (*). 
2) Gaul sebati dan masukkan (*) sedikit-sedikit sehingga habis dan uli lagi sehingga lembut dalam 15-20 minit.
3) Rehatkan doh selama 30 minit dan tabur sedikit tepung atas permukaan doh dan tutup dengan kain atau plastik.
4) Bahagi doh kepada 6-8 bahagian dan bulat-bulatkan. Terpulang pada saiz yang dikehendaki.
5) Panaskan non stik pan pada api sederhana terlebih dahulu kemudian tabur sedikit tepung pada papan pencanai dan giling doh tadi memanjang. Jangan giling doh terlalu nipis - agak-agak ye!
6) Masukkan doh yang telah digiling tadi dan biarkan ianya naik seketika dan balik sebelah bahagian lagi supaya ianya masak serata. Ulang cara yang sama sehingga habis.
(Sue guna elektrik grill dan kapit terus. Tidak perlu di balik dan ianya masak sekali pada bahagian atas dan bawah roti.)

P/S:-  Untuk memanaskan lebihan roti- spray sedikit atas pada kedua-dua permukaan roti dan bungkus dengan kertas kek/ aluminiun foil kemudian bakar lagi dalam oven selama 5-10 minit sahaja pada suhu 180c api atas bawah atau masukkan sahaja kedalam microwave. Kalau menggunakan microwave jangan guna aluminum foil ye! Insyallah ianya kekal sedap.

SELAMAT MENCUBA!


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...