November 02, 2015

PIZZA TUNA DAN UDANG YANG SEDAP


Alhamdulillah... pizza yang sangat lembut dan menetepi citarasa yang Sue inginkan. Walaupun tidak sebiji macam pizza yang biasa Sue beli di kedai arab tapi syukur roti pizza cukup memuaskan hati.
Banyak resepi pizza yang Sue selalu cuba tapi bila dan masak doh nya tebal. Tapi kali ni Sue cuba dengan cara dan resepi Sue sendiri. Sedap!! hahhaha angkat bakul sendiri lorrr.... Dan rotinya Sue campur oregano, bawang beasr yang ditumis dengan minyak zaitun dan sekali minyak zaitun yang panas kita masuk sekali.
Sekarang baru Sue faham patutlah pizza pak arabnya tak kembang macam pizza kita biasa buat. Ada teknik yang harus kita fahami. Cuma waktu mengembang doh yang penting dan bila dan cukup kita sekadar giling rehat 5 minit dan terus bakar.
Benilah kejadianya bila dah masak dan satu yang membuatkan hati banyak bunga bila roti nya dapay dilipat dan tidak patah. 
Itu sebiji macam pizza arab hihihi... Insyallah.. Sue kongsikan di sini supaya dapat di manfaatkan bersama..



PIZZA TUNA DAN UDANG
Resepi: Sue Norrman

Bahan Doh
Dapat dalam 4 keping kalau saiz 8 inci
250g tepung roti
1/2 sdm gula
1 sdt garam
1/3 sdt bread softener
1/2 sdt instant yis
1/2 sdt baking powder
140ml air sejuk ais
1/2 sdm marjerin 

(A)
1/4 biji bawang besar - hiris halus/ cincang- ikut suka
1 sdt oregano
2 sdm minyak zaitun

Cara
1) Tumis bahan A sehingga bawang layu dan kuning. Tutup api.
2) Masukan bahan doh kedalam mixer atau bread maker dan tuang bahan tumis tadi dan uli hingga elastik.
3) Biarkan doh naik 2 kali ganda dan tumbuk buang angin.
*Panaskan oven pada suhu 180 degrees*
4) Bahagi kepada 3-4 dan bulat-bulatkan. Tabur tepung di atas doh dan bolehlah di giling, cucuk dengan garpu dan dan rehatkan 5 minit.
5) Sapu sos pizza, tabur bahan-bahan  beserta mozzarella cheese. bakar 20-25 minit. 5 minit terakhir api atas bawah sehingga cheese cair dan doh keperangan.




TOPPING
Bahan-bahan
1 tin tuna (yang jenis air jgn minyak ye)
50-100g udang halus- rebus dahulu, tos kering
1 tin kecil nanas - ptong segi 3
Cili benggala - secukupnya
Mozzarella cheese secukupnya
Oregano kering sedikit


SOS PIZZA
Bahan-bahan
2 sdm tomato puree
2 sdm sos tomato
1-2 sdt gula
Sedikit garam 
1 sdm minyak zaitun

Cara
Tumis kesemua bahan sos sehingga pecah minyak menggunaka api kecil. Tutup api.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...