November 03, 2015

CRISPY POTATO WEDGES WITH CHEESY DIPPING SAUCE


Hari ni kita tak masak.. cukuplah makan potato wedges ni. Kalau ada budak-budak lagi seronak makan bersama. Tepung crispy ni walaupun dah sejuk ia masih ranggup. Biasa Sue guna untuk buat tempura, fish N chips dan lain-lain. Kalau nak mencuba silakan..

CRISPY POTATO WEDGES
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
400-500g kentang - kikis kulitnya dan potong wegdes.
(Jangan potong nipis takut hancur bila di rebus nanti)
Air secukupnya untuk merebus

(A) Bancuhan 
50g tepung gandum
1 sdm tepung beras
2 sdt tepung ubi
1/2 sdt serbuk penaik
1/2 - 1 sdt garam
1 sdt gula
1/2 serbuk cili
secubit kunyit
1/2 sdt mixed herbs 
100 (+/-) air sejuk petiais
Minyak untuk menggoreng secukupnya

(B) Tepung salut
50g  tepung naik sendiri
2 sdt tepung beras
1/2 sdt serbuk perasa
(Gaul sebati)

Cara
1) Didihkan air dan masukan kentang yang telah di potong. Rebus 3/4 masak dan tutup api.
2) Buangkan air dan rendam dalam air sejuk. Toskan kering.
3) Bancuh bahan B dan rehatkan 5 minit. Panaskan minyak menggunakan api sederhana.
4) Celup kentang kedalam bancuhan tepung dan gelek lagi dalam B(tepung salut) dan goreng sehingga kuning.
5) Angkat dan letak atas tisu dapur dan goreng lagi selebihnya.


CHEESY DIPPING SAUCE
Bahan-bahan
1 sdm menteda
11/2 sdt tepung gandum
150ml susu segar
50ml krim kental@ whipping krim
3-4 keping slice cheddar (warna oren)
Garam dan gula sedikit.

Cara
1) Cairkan mentega dalam periuk menggunakan api sederhana dan masukan tepung gandum.
2) Goreng sehingga tepung garing dan masukan susu segar. 
3) Kuar sebati dan masukan krim, garam dan gula secukup rasa.
4) Bila dan mendidih tutup api dan masukan cheddar dan kuar lagi sehingga cheese cair.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...