November 02, 2015

Codfish With Green Pesto And Cheery Tomato


Assalammualaikum.. hari ni kita free sikit selepas berkemas dan packing apa yang perlu masuk dalam kotak semua. Seperti biasa simple dinner yang sue masak 2 hari lepas. Sendirian di rumah so masak apa mudah je.
Cukuplah dengan kombinasi ikan, kentang dan sayur untuk set menu yang mengenyangkan.


CODFISH WITH GREEN PESTO AND CHERRY TOMATO
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
300g frozen ikan kod*
1 sdt garam
1/2 sdt gula
1/2 biji lemon - belah 2-3
Air secukupnya

(B)
Mentega/ marjerin

(C)
2 sdm green pesto (sue guna yang dah sedia jual)
5 biji cherry tomato - kisar kasar
1 sdm minyak zaiton
Garam sedikit
1/2 sdt gula

(D)
3-4 biji kentang - rebus empuk dan lenyek kasar

Cara
1) Didihkan bahan A kecuali ikan*. Kemudian masukan ikan yang masih beku dan rebus dalam 10 minit.
2) Angkat dan toskan ikan. Panaskan bahan B dalam pan menggunaka api kecil dan gorengkan ikan rebusan tadi. 
3) Goreng sebelah menyebelah hingga kuning dan angkat. Ketepikan.
4) Masukan bahan C dan tumis sekejap dalam 5 minit dan tutup api.
5) Letakkan Bahan D dalam pinggan, letak ikan diatasnya dan tuang pesto diatas ikan.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...