Jun 05, 2017

Copycat Ayam Goreng KFC



Assalamualaikum! Salam 10 Ramadhan.


Alhamdulillah dan puasa kita dan menghampiri fasa ke-2 Ramadhan. Mungkin ada yang dah sibuk menyediakan biskut untuk jualan. Juga persediaan lain yang di perlukan. Tahun ini SN akan menyambut Aidilfitri seadanya. 

Lama juga tak entri resepi kan? Haa... hari ni SN nak kongsi resepi copycat kfc yang memerlukan kesabaran untuk mendapatkan hasil yang cantik. Resepi yang SN olah sendiri untuk di kongsikan bersama sahabat yang SN sayangi. Sebenarnya resepi ini sudah SN kongsi di FB dan group MAHN pada bulan march lepas. Dan kini baru nak masuk blog hehe.

OK.. tu je nak cakap dan pada yang hendak mencuba silakan dan jangan malu-malu ye. Ikut step dan tip yang SN sertakan Insyallah menjadi... Jom!




COPYCAT AYAM GORENG KFC
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)

5 ketul chicken wing- potong 2
3 biji bawang putih-tumbuk halus
1 putih telur sahaja
1 sdt serbuk perasa/ chicken stok
Sedikit garam dan gula
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit serbuk paprika/cayennepeper/cili
Sedikit serbuk kari anggaran 1/2 sdt
*Gaul rata dan perap 30 mins dalam peti sejuk (bukan tempat beku)*
 
(B)- Bahan celup
200g tepung high protein/ tepung roti
2 sdm tepung jagung
1 kuning telur
1 sdt mixed spice
1/2 sdt bicarbonate soda
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
320ml air sejuk petiais
*Bancuh sebati dan sejukan dalam petiais 30 minit.*

(C)
500g tepung high protein/ tepung roti
2 sdm tepung jagung
1 sdm tepung beras
3/4 sdt bicarbonate soda
Garam sedikit/ serbuk perasa
Secubit serbuk kayu manis
Sedikit serbuk paprika
*Gaul sebati.*
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara 
  1. Perap bahan A selama 30 minit. Sediakan bahan B dan sejukan. Untuk bahan C seeloknya di gaul sebati di dalam bekas besar untuk memudahkan menggolek ayam.
  2. Panaskan minyak dengan api sederhana sehingga betul-betul panas. (minyak mesti lebih dari ayam)
  3. Ambil ayam yang telah di perap dan golek ke dalam tepung kering kemudian celup ke dalam bancuhan tepung sehingga menutupi kesemua ayam.
  4. Kemudian masukan kembali ke dalam tepung kering dan golekkan sehingga rata dan nampak berbiji pada luaran tepung. Itu yg menjadikan ayam cantik.
  5. Goreng ke dalam minyak panas sehingga kuning dan timbul. AngKat dan toskan.
P/s:- Pastikan ayam tenggelam sepenuhnya di dalam minyak untuk mendapat hasil tepung yang cantik. Jangan di balik ketika menggoreng.
SELAMAT MENCUBA!

2 ulasan:

Maria Firdz berkata...

Fuh.. memang sebijik macam ayam KFC.. boleh cuba buat juga nih...

Sue Norrman berkata...

Maria..
Silakan..selamat mencuba dan thanks again.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...