Assalamualaikum.. Salam 7 Ramadhan!
Cekodok Pisang Rangup! Ini lah starter berbuka suami SN semalam. Biasa starter dengan salad kan tapi permintaan suami SN cuma cekodok pisang rangup hehe.. Kebiasaan memang kami makan cicah hallon dessertsås (raspberry sauce). Resepi memang dah sedia ada dalam entri sebelum ini tapi SN kongsi sekali lagi k. Dan semalam SN memang tak masak memandangkan suami SN berbuka dengan sandwich, kurma dan jus saja. SN dah bercuti 2 hari tapi bila part nak masak kena bertanya dulu apa EN nak makan apa. Alhamdulillah so far suami SN bukan orang yang cerewet tapi kalau boleh EN memang tak nak makan nasi. Biasalah kan nasi bukan makanan ruji mereka.
OK... teman semua masak apa? Rindu lah nak makan airtangan bonda SN. Ya Allah.. sebak lah pula :( Memang airtangan ibu tiada tandingannya walaupun sambal belacan kan? Bila berjauhan semuanya jadi ingatan dan kekadang tu menangis juga. Tak tau nak cerita apa dah.. berlinangan airmata tak tertahan.. Cuma doa yang dapat di titipkan buat bonda dan ayahnda yang jauh mata. Makin panjang cerita makin tak keruan hati ini so SN kongsikan resepi cekodok ye. Jom...
CEKODOK PISANG RANGUP
Resepi: Sue Norrman
Bahan-bahan
350g pisang embun/hotel/berangan
200g tepung gandum
100g gula
1 sdt soda bicarbonate
1 sdm minyak
Sikit garam
Kelapa parut sedikit jika suka
Cara
- Lenyek pisang hingga hancur kesemuanya dan masukan gula diikuti bahan-bahan yang lain.
- Sebatikan rata dan tutup dengan plastik atau simpan dalam kontena dan sejukkan dalam peti sejuk.
- Keluarkan 10-15 minit sebelum menggoreng.
- Panaskan minyak, bila minyak dah betul-betul panas turun ke api sederhana.
- Cedok guna tangan sahaja ikut suka saiznya supaya kejadiannya cantik dan bulat. Jangan terlalu besar kerana ianya akan mengembang.
- Balik-balikkan supaya masak sekata dan buat sampai habis.
P/S: KALAU TAK NAK DI SEJUKKAN BOLEH BIARKAN SEKETIKA DALAM 20 MINIT SEBELUM DI GORENG*
SELAMAT MENCUBA!
KRAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan