April 14, 2016

WANTAN MEE SUP SIMPLE


Assalamualaikum...
Alhamdulillah dan selamat pagi. Hari ni sue entri awal memandangkan banyak lagi urusan yang harus diselesaikan. Resepi KIV yang terpendam sebulan lamanya memandangkan masa tidak mengizinkan seketika. Seperti biasa kemana pun pergi kalau berkesempatan masak pasti sue tidak melepas peluang untuk memasak sendiri. Wantyan mee ni sue buat ketika masih berada di Kuching untuk makan malam. Resepi yang simple dan yang penting sedap!


WANTAN MEE SUP
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
Wantan mee secukupnya - celur sekejap
Sayur pak choy - cuci dan celur sekejap
Tahu goreng
Bawang goreng
Daun bawang/ sup kalau suka

(A) Untuk sup
1.5L air putih
2 ketul kiub ikan bilis/ ayam
Sedikit ikan bilis (anggaran dalam 1/4 mangkuk kecil)
Gula sedikit
Lada sulah sedikit (kalau suka)
1 biji bawang besar - potong 6
1/2 ketul dada ayam - cuci bersih

(B) Wantan Isi
10-15 keping kulit wantan fresh
1/2 mangkuk kecil isi udang*
1/2 mangkuk kecil isi dada ayam*
Sedikit lada sulah*
Garam dan gula secukup rasa*
Daun sup sedikit - cincang halus

Cara
1) Rebus bahan sup (A) sehingga ayam masak dan lembut. Rasakan perisa secukupnya dan bolehlah tutup api. Alih keluar isi ayam tadi dan biarkan sejuk dan bolehlah di carik halus.
2) Untuk bahan (B) - Kisar bahan yang bertanda (*) dan kemudian masukkan daun sup cincang dan gaul sebati. Ambil sedikit inti yang telah dikisar dan letakkan di atas kulit wantan, sapu sekeliling kulit wantan dengan air sejuk/ paip dan bolehlah dicantum mengikut citarasa sendiri sehingga habis.
3) Didihkan lagi air sup tadi dan bolehlah masukan wantan yang telah diisi dan biarkan mendidih seketika. jangan terlalu lama nanti takut kulitnya kembang dan koyak. Seeloknya masukkan wantan mengikut kuantiti yang hendak dimakan kerana kalau masukkan semua nanti lama ianya semakin  kembang.
4) Sedia untuk di nikmati bersama wantan mee dan bahan sampingan lain.

SELAMAT MENCUBA!



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...