SALAM SEJAHTERA..
Roti yang sue buat sebulan lepas ketika berada di rumah parents. Kali ni sue guna handwood je untuk mengguli alhamdulillah hasilnya pun cantik dan gebu sangat. Manakala intinya sue beli yang dah ready je. Mudah dan pantas kerja di buatnya.
Resepi kali ni sue guna resepi roti sarang lebah yang sangat gebu pernah sue kongsi dulu. Jom tengok resepi...
Resepi asal DISINI
BUN KACANG MERAH GEBU
Resepi: Sue Norrman
Bahan-bahan
Untuk Sponge dough
200g tepung roti
1 1/2 sdt instant yis
100ml air sejuk dari peti sejuk
Doh utama
300g tepung roti
1/2 sdt garam halus
2 sdm tepung susu
50g gula kaster
1 sdm madu
1 biji telur gred A
150ml air sejuk
1 sdm plain yogurt
60g mentega/ marjerin*
Sapuan
1 biji telur - pukul hancur + sedikit susu cair/ air
Kuaci, almond flakes dan bijan secukupnya.
Cara
1)
Uli bahan sponge dough sehingga kalis dan lembut anggaran 15 minit.
Kemudian letakkan doh tadi ke bekas lain dan rehatkan seketika selama 20
minit (tutup permukaan bekas doh dengan kain lembab).
2) Satukan bahan main dough kedalam mixer kecuali (*) dan sebatikan.
3) Kemudian masukkan sponge dough tadi dan uli sehingga rata dan sebati. Masukkan mentega (*) dan uli lagi sehingga elastik.
4) Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda anggaran 30-40 minit.
5) Tumbuk doh untuk mengeluarkan angin dan timbang doh mengikut saiz yang dikehendaki.
6)
Sapu sedikit minyak pada tangan untuk memudahkan membulat dan tidak
melekat. Bulatkan doh secukupnya dan masukkan inti kacang merah dan tutup serta bulatkan lagi.
*Proses
rounding amat penting untuk mendapatkan tekstur roti yang gebu dan
cantik. Ambil sedikit masa untuk rounding doh kalau nak bun naik dengan
cantik.*
7)
Letak kedalam loyang yang telah di sapu sedikit mentega/ minyak dan
rehatkan lagi selama 40 minit -1 jam sehingga doh naik sepenuhnya.
*Panaskan ketuhar pada suhu 175 - 185 degrees bergantung pada oven masing-masing. Kenal pasti oven anda terlebih dahulu*
8)
Sapu permukaan doh dengan telur dan tabur bahan sampingan. Bakar selama
25-30 minit sehingga kuning/ masak secukupnya menggunakan api bawah
sahaja. 5-7 minit terakhir bakar menggunakan api atas bawah.
SELAMAT MENCUBA!
KRAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan