Januari 09, 2016

YELLOW PEAS SOUP


Selamat siang dan Assalammualaikum..
Alhamdulillah kini masuk minggu ke-2 dalam bulan Januari 2016. Tak terasa begitu cepat masa berlalu. Pejam celik nanti dah ke penghujung tahun lagi.
Hari ni baru berkesempatan entri resepi yang sue masak hari khamis lepas.
 Di sweden makan GULA ÄRTSOPPA merupakan salah satu menu khas yang harus ada pada setiap hari khamis. 
Tidak kesah lah nak masak cara apa pun yang penting ianya dijadikan sup. Sue pun suka makan sup ni tapi masak ikut citarasa sendiri.
Ianya dari GULA ÄRTER tau yellow peas yang di rebus sampai empuk tapi sue guna pressure cooker je untuk menjimatkan masa dan mudah.
Kalau sue dan suami biasa makan sup ni dengan roti tapi sue lebih suka cicah ala cream sup gitu dan cepat kenyang.
 Kalau ada yang nak mencuba silakan..

YELLOW PEAS SOUP
Resepi: sue Norrman

Bahan-bahan
(A) 
1/2 biji sedang bawang besar - cincang
1-2 sdm mentega/ marjerin / minyak zaitun

(B)
1 mangkuk sedang brokoli - potong kecil
1 /2 sdt daun thyme kering

(C)
1 cawan yellow peas - rendam semalam
2-3 cawan air - terpulang pada pekat yang di sukai 
1 ketul kiub ayam
100ml whipping krim
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit serbuk paprika 
Sedikit serbuk lada hitam

Cara
1) Tumis bahan A sehingga bawang layu dan masukan bahan B. Tumis sehingga brokoli keperangan.
2) Kemudian masukan bahan C dan rasakan secukupnya.
3) Masak sehingga peas empuk dan tutup api.
4) Guna hand blender dan kisar hingga hancur dan pekat. 

P/S: Kalau ianya terlalu pekat boleh tambah air panas lagi dan masak lagi atas api. Rasa sekali lagi ye.

SELAMAT MENCUBA!








Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...