Januari 11, 2016

KEK BATIK COKLAT SEDAP


Selamat pagi semua!! Hari ini awal entri resepi yang tertunggak walaupun baru 2 hari. Esok sekolah dah bermula takut sibuk memanjang bertambah kerja dan jadi malas dibuatnya.
So.. 2 hari lepas sue buat kek batik coklat yang salah satu kek favourite dari kecik dulu. Banyak versi yang telah dicuba tapi resepi ini tetap menjadi pujaan hihihi..
Resepi asal dari keluarga angkat sue yang kini tinggal di Brunei dan kek ini menjadi salah satu kek yang harus di buat untuk gift kepada rakan-rakan mereka setiap kali perayaan. Rasa yang amat sedap dan kemas sekali bila di potong. Ianya tak melekat atau cair.
Kombinasi milo dan nestum menjadikan rasanya teramat sedap! Cuma kali ini kek sue tak berapa hitam pasal kehabisan browning dan cuma menggunakan pewarna coklat dan itu pun sedikit sahaja yang berbaki.
Sini sue panjangkan resepinya pada yang yang nak mencuba dan pasti ianya memang sedap!! Tak rugi mencuba..

KEK BATIK COKLAT
Resepi: Caroline Chua
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
16 oz mentega
9 oz gula halus

(B) 
10 biji telur ayam A

(C)
4 oz susu pekat manis
5 oz milo
16 oz tepung gandum - ayak dahulu
4 oz nestum ( tidak perlu dikisar)
Browning atau pewarna coklat secukupnya

(D)
400g biskut jejari atau roti marie
Bijan sedikit - goreng tanpa minyak sekejap sehingga perang.

Cara
1) Pukul bahan A sehingga kembang dan gebu/ putih.
2) Kemudian masukan bahan B satu persatu sehingga sebati.
3) Diikuti bahan C satu persatu mengikut urutan dan pukul rata.
4) Tuangkan adunan ke dalam kuali dan masak menggunakan api kecil sehingga adunan pekat dan tidak melekat pada kuali.
5) Akhir sekali masukan bahan D kuar lagi dan tutup api.
6) Masukan kedalam loyang segiempat 9 atau 10 inci. Tekan dengan sudu untuk meratakan permukanan. 
7) Biarkan sejuk dan boleh di masukan ke dalam peti sejuk untuk mengeraskan kek sahaja.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM


Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...