Oktober 20, 2015

KARIPAP ALA IKEA


Alhamdulillah.. Keinginan nak makan karipap telur Ikea ni langsung juga walaupun bukan dari Malaysia datang nya. Kalau lah karipap ni salah satu menu set dalam Ikea restoren pasti meletop kan!
Walaupun bukan asli dari Ikea tapi dah ada trademark nya tersendiri. Nak dapatkan sebiji macam karipap mereka memang tidak kot tapi kali ni Sue nak kongsi resepi kulit yang rapuh dan sedap memang seakan karipap ikea.
 Insyallah.. walupun dah sejuk kulitnya masih tetap rapuh dan tidak liat.
Sue mencuba dengan kreativiti sendiri gabungan 3 jenis tepung dan 4 jenis cecair berminyak (Shortening, marjerin, ghee dan minyak jagung). 
Doh mesti di sejukan terlebih dahulu untuk mendapatkan tekstur yang rapuh.


KARIPAP TELUR ALA IKEA
Resepi: Sue Norrman

Bahan untuk kulit/doh
(A)
350g tepung gandum
3 sdm tepung kentang
2 sdm tepung beras
1/2 sdt garam

(B) Cairkan
2 sdm marjerin
2 sdm ghee/minyak sapi
2 sdm shortening
3 sdm minyak jagung/masak

(C)
11/2 sdm gula icing
200ml (+/-) air sejuk petiais

Cara
1) Satukan bahan (A) dalam mangkuk besar dan sebatikan.
2) Tuang bahan (B) yang sudah di cairkan ketika masih panas. Guna senduk kayu dan gaul hingga sebati dan suam.
3) Masukan bahan (C) gula terlebih dahulu dan kemudian masuk air sejuk sedikit-sedikit sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
4) Bungkus dengan wrapping plastic dan sejukan dalam petiais (Bukan tempat beku) selama 1-2 jam.
5) Bila dah sedia keluarkan sekejap doh dalam 20 minit dan bolehlah di giling. (kalau giling sedang nipis ianya makin sedap, rapuh dan ranggup diluar) di cetak dan masukan inti serta telur rebus.
(Sue tidak menggunakan acuan hanya terap dan tekan hujung dengan garpu)
6) Goreng menggunakan api sederhana yang betul-betul panas.


INTI KARIPAP
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
3 biji kentang saiz sedang - buang kulit dan potong dadu kecil 
1 biji ubi keledek (Oren) - potong dadu kecil
* Rebus 3/4 masak dan toskan*

(B)
1 ketul kecil isi dada ayam - cincang halus
1/2 biji bawang besar - cincang halus
1 biji bawang putih - tumbuk halus
2 sdt serbuk kari
1 sdt udang kering - rendam dan tumbuk halus
Garam dam gula merah secukup rasa*
(Inti mesti manis sedikit ye)

(C)
3-4 biji telur ayam - rebus dan belah 4

Cara
1) Tumis bahan (B) ikut turutan sehingga garing kecuali yang bertanda *.
2) Masukan Bahan (A), gaul sebati dan masukan garam dan gula merah secukup rasa.
3) Gaul sehingga kentang dan ubi menjadi lembut dan tutup api.

SELAMAT MENCUBA!






Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...