Lately keinginan nak makan kuih tradisional makin menjadi. Kosui ni merupakan kuih kesukaan Sue. Resepi asal dari emak Sue dan menggunakan gula apong. Memandangkan stok gula apong tak banyak stok so Sue tukar guna gula merah dan gula melaka sikit. Alhamdulillah rasanya tetap sedap dengan aroma daun pandan.
Biasalah kalau orang dulu mereka membuat kuih menggunakan anggaran tapi sekarang tidak semudah untuk difahami lebih-lebih lagi menggunakan belakang senduk untuk menentukan kepekatan tepung. banyak tips sebenar orang dulu-dulu yang boleh diguna pakai. Dulu sebelum mendapat sukatan yang betul Sue cuba banyak kali untuk rujukan sendiri.
KOSUI GULA MERAH
Resepi: Bonda Sue
Oleh: Sue Norrman
Bahan-bahan
(A)
200ml air masak
100g gula merah
2 keping kecil gula melaka
*Masak sehingga gula hancur - ketepikan sebentar biar suam*
(B)
180g tepung gandum
100g gula pasir
500ml air masak
(C)
1 sdm air kapur
*Jangan terlalu pekat nanti kuih menjadi keras*
(D)
300ml air masak
10 helai daun pandan
*Kisar halus dan tapis- ambil jusnya*
Cara
*Didihkan air dalam kukusan terlebih dahulu.Tutup tudung pengukus dengan kain*
1) Satukan bahan (A) dan (B) dan kuar sehingga giula pasir hancur.
2) kemudian masukan bahan (C) dan kuar sebati.
3) Akhir sekali masukan bahan (D) dan sebatikan lagi.
4) Sedia loyang 7atau 8 inci, sapu sedikit minyak dan lapik dengan plastik. Sapu lagi sedikit minyak atas plastik tadi.
5) Tuangkan adunan kedalam loyang dan kukus 40-50 minit sehingga masak.
*20 minit pertama buka tudung pengukus untuk membuang air wap pada kain. kemudian selang 10 minit dan kukus lagi sehingga masak. Bila kuih dah masak buka terus tudung supaya air tidak menitis diatas kuih*
6) Biarkan sejuk dan bolehlah dipotong dan tabur kelapa parut.
SELAMAT MENCUBA!
KRAM
3 ulasan:
Haii kak sue...best la blh refer terus ke blog kak sue.. ☺.Tahniah kak sue.
Ni kaswi goyang ke kak sue....ain lama dah cari resepi kasoi yg ala2 gedik2 goyang gitu...bila gigit rasa lembut..dipegang bergoyang..
Aah ain.. respi org lama dulu. Cubalah sedap.
Catat Ulasan