Ogos 02, 2017

Cuti ke Jiangyin/ China - Part 1


Assalamualaikum!!

Alhamdulillah ya sahabat semua semoga sihat hendaknya. Hari ini SN gagahi juga untuk entri blog yang lengang akhir akhir ini di sebabkan keadaan masa dan juga internet yang kurang memuaskan untuk login ke google. Juga berkongsi journal journey ke tanah besar china.  Sedia maklum di China ni banyak app yang mereka block terutama google, Facebook dan juga IG. Nak tak nak terpaksa beli vpn untuk memudahkan tapi bergantung juga pada internet. Maka nya hari ini SN mencuba nasib mudahan sampai ke hujung internet tak meragam.


Trips kali ini merupakan trip yang ke 4 bagi SN menjejaki ke tanah China untuk mengikut EN atas urusan kerja. Memandang sebulan lamanya EN akan berada di sini maka SN setuju untuk pergi bersama. Bak kata pepatah 'menyelam sambil minum air... Pada mulanya SN nak balik ke kampung saja dan bila selesai tugas EN kami balik sama sama ke sweden lagi tapi EN berkeras untuk membawa kita bersama. Apa lagi kan pucuk di cita ulam mendatang dan ofcos yes! Setelah mendapat invitation letter dari pihak di sini untuk EN so tak ada masalah untuk EN membuat visa tapi memakan masa pula untuk SN menunggu visa siap iaitu 7 hari waktu bekerja dan 2 hari extra untuk pos sampai.

OK... di sebabkan pihak sini memerlu kehadiran EN pada hari selasa 25hb Julai dan jalan terpintas adalah membuat visa adalah  di Hong Kong. Dan SN pun membatalkan niat nak hantar permohonan visa ke china embassy di  Stockholm lagi pun pada masa itu SN tengah menunggu surat dari Swedish Tax Agency untuk salah satu syarat membuat visa bagi yang bukan warganegara cuma pemegang mastautin tetap di Sweden iaitu 'Extract of the population register'. Ianya adalah segala butiran kita yang telah di daftar di tax agency dan segala detail adalah sah. Surat ini amat penting sekali untuk semua urusan berkenaan visa tak lupa juga kad penduduk tetap dan swedish identity card yang perlu di sertakan salinan bersama. Selepas itu Insyallah lulus. 

Bila kata sepakat dah di buat jadi terpaksa call travel agency untuk rebook ticket pada 22hb Julai dari tarikh sebelum ini pada 5hb ogos. Sebenarnya SN akan menyusul kemudian setelah urusan visa selesai tapi dah ada kesempatan kita gunakan sebaiknya. Persediaan untuk permohonan visa di Hong Kong tidak lah ketat sangat yang penting tiket ke china return mesti ada tak kisah lah ke mana yang penting ada tiket keluar dari china untuk sekian tarikh sebelum tamat visa juga hotel confirmation. Detail SN akan kongsi dalam entri China visa via Hongkong untuk memudahkan sesiapa yang berhajat masuk China melalui Hong Kong. Dan dokumen yang di perlukan semuanya dah beres tinggal pack baju sahaja.



22hb ogos 2017/ Day 1

Masa yang di nantikan telah tiba..kami dah check in online awal so tak rushing cuma seat tak tahu lagi. Kiranya nak memudahkan kerja cuma drop bag saja nanti. Jam 9am teksi dah menunggu di depan rumah untuk memandu kami ke Copenhagen airport yang mengambil masa selama 1 jam 20 minit. Sampai di airport terpaksa queue panjang untuk drop bag dan kaunter SAS AIRLINES yang cuma buka 3 kaunter sahaja sedang yang beratur tu beratus. Al-maklum lah ragam manusia macam macam kena banyak banyak bersabar. Bila turn kami dan cuba untuk minta seat yang sama Alhamdulillah dapat cuma dari Copenhagen ke Stockholm tapi sedikit hampa kerana bording pass dari stockholm ke Hong Kong kena collect di service counter di Stockholm. Tak pa lah nak buat macam mana kan kena redha je..




Menanti dengan penuh sabar bila gate akan di umumkan di tv screen.  Jenuh lah berdiri maka kami berdua duduk sementara menunggu dan bersarapan pagi lah kiranya pasal kami keluar dari rumah langsung tak minum mahupun sarapan. Haaaa... sarapan roti dengan fillet ikan sama ramoulade sos,  Danish punya breakfast ni sedap juga tapi jangan tanya harga ya memang lumrah harga di airport begitu. Kalau nak tahu juga mai kita bisik bisik y hihihi. Nak senang SN bagi total untuk sarapan kami berdua dengan 2 set danish bread with fish, coppucino dan sparkling water 425 danish kronor. Lumayan juga tapi kena fikir positif dan nak travel kena prepare benda tu semua.

Bila dan habis sarapan masih juga tak buka gate nak tak nak kami terpaksa berdiri dan menunggu dengan sabarnya. 40 minit hampir bording baru gate di umumkan maka kami berlari menuju ke security control. Alhamdulillah tak berapa sesak  tapi takut juga sebab kita tak dapat nak meramal.  Bila dah sampai gate kami pun menunggu lagi dan rupanya flight delayed sehingga jam 14:00 dari waktu asal jam 13:10. OMG!!! memang pasti akan miss flight ke Hong Kong sebab our flight jam 15:00 berlepas dari Stockholm.  Ya Allah.. dugaan apakah lagi dan sedih teramat. Mencuba nasib kami fly juga kot kot dapat tukar flight yang ada lagi walaupun lewat. Bila dah boarding semua ready nak take off , crew leader buat announce yang connecting flight ke Hong Kong juga retime pada jam 16:50.  Syukur sesangat dapat juga menarik nafas lega. Dalam flight yang kami naiki majoriti akan terbang ke Hong Kong,  mana tidak mengelabah.

Jam 15:20 kami selamat mendarat di Arlanda Airport Stockholm dan terus kami berjalan menuju ke service kaunter. Di situ juga sesak dan ramai orang menunggu. Cuma 2 kaunter yang buka yang 3 entah kemana mungkin coffee break kot.  Kami mengambil nombor dan menunggu giliran. dan bila turn kami staff tu cakap dia tak dapat keluarkan boarding pass. Hairan juga so kami tanya dan dia jawab dalam sistem tulis block!! Dia pun call entah siapa then kami di suruh pergi ke service kaunter sebelum balai berlepas  menuju ke security control. Arahan kami ikuti tapi bila dan sampai sana kami tak dapat duduk bersebelahan di sebabkan EN mereka upgrade ke bussiness class. Kalau flight full mereka akan bagi peluang pada yang ada gold card sahaja. Sedih lah tapi EN memilih untuk duduk sebelah kita dan mereka cuba untuk membantu. 




Sementara menunggu 30 minit tu kami duduk minum teh sama cinnamon bread dulu. Dalam pada yang sama kita cuci mata tengok ragam manusia hihihi.. 30 minit pun berlalu dan kami kembali  Alhamdulillah kami dapat duduk berselahan. Nak tunggu apa nya kami pun  berjalan masuk dan menuju ke pass control/ imegresen untuk perlepasan. Jauh juga berjalan untuk menuju ke gate tapi kami jalan santai santai dalam 15-20 minit gitu.  Bila kami sampai belum lagi ada yang dalam hall menunggu dan bila menghampiri masa untuk berlepas baru  ramai yang berebut.. Memang orang macam ni suka last minit kot tapi kita cool je. Tak lari mana pun tempat duduk cuma ragam manusia memang begitu.


Dah boarding apa semua,  kami dapat seat berdua dekat exit dan selesa juga sebab depan nya luas juga senang nak ke toilet. Perjalan dari Stockholm ke Hong Kong mengambil masa selama 10 jam setengah dan tidur lah semampu nya dalam flight. Dari terbenam matahari sehingga terbit kembali walaupun tidur tak lena. Makan pun tidak dan SN cuma makan salad dan roti serta puding. Bila tiba masanya kita kena isi arrival form yang crew bagi dan mesti di isi untuk pengesah imegresen ketika masuk Hong Kong.



23hb Julai 2017 - day 2

Jam 10:05 waktu tempatan kami mendarat dengan selamatnya di Hong Kong International Airport Terminal 1.  Masing masing sibuk untuk keluar dan tidak terkecuali kami berdua untuk berkejar dengan masa dan urusan visa yang masih menunggu. Bila dah keluar berjalan untuk imegresen dan bag claim ya ampun jauhnya... Seriously memang jauh! Bila sampai terpaksa queue lagi sebab bukan satu flight saja dan kena sabar. Bila arrival form dah di isi memang tak menjadi masalah ketika berada di pass control. Paling tidak pun  mereka akan tengok muka kita berdepan dan dalam pasport. Tunggu sekejap mereka akan print dan keluarkan kertas kecil detail tentang kemasukan kita di Hong Kong dan simpan elok elok kerana ianya berguna untuk permohonan visa. Masa untuk claim bag dan menuju ke destinasi yang di hajati.

Journal journey SN kongsi bersama pembaca blog Swesia Journey dan berasa sangat gembira. Walaupun ini bukan kali pertama mengembaraan tapi kali ini SN berkesempatan untuk mencoret nya di dalam blog. Insyallah akan bersambung lagi journal seteruskan sedikit masa lagi..

TO BE CONTINUE....

SALAM DARI JIANGYIN/ CHINA







Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...