Assalamualaikum dan Salam 14 Ramadhan!!
Alhamdulillah dan apa khabar sahabat SN semua?? Doa yang di iringkan buat semua sahabat SN semoga sihat hendaknya.
Hari ini merupakan ramadhan ke 14 dan begitu cepat masa berlalu. Sedih nya bila ramadhan menghampiri penghujungnya dan Insyallah semoga kita dapat bertemu kembali pada ramadhan akan datang.
Lately SN agak malas nak masak memandangkan suami SN tak nak makan yang heavy sangat. EN lebih suka berbuka dengan kek kira yang manis2 gitu hehe.. dan semalam SN buatkan butter kek yang di olah sendiri dan kek faveret EN cuma SN kasi corak untuk jadikan marble je. Asasnya kek butter ye dan EN suka sangat sebab tekstur kek yang sangat moist dan tak manis. Percaya tak? setengah loyang dah habis EN makan sendiri. SO... mai kita tengok resepi yang amat mudah dan sedap.
KEK MARBLE MOIST
Resepi: Sue Norrman
Loyang 8 inci
Bahan-bahan
(A)
250g mentega
190g gula kaster/ halus
(B)
5 biji telur gred B
(C)
250g tepung kek/ gandum - ayak
1 sdt serbuk penaik
1/2 sdt butter oil/ esen vanilla
(D)
30ml double cream/ whipping cream dairy
60ml fresh milk/ susu cair
* Kalau tak ada krim boleh guna sepenuhnya fresh milk/ susu cair*
(E)
Pandan paste sedikit + warna hijau
Coklat paste + warna coklat
warna kuning sedikit
Cara
- Panaskan ketuhar pada suhu 200c api bawah selama 10 minit dan turun suhu pada 170c ketika membakar.
- Pukul bahan A selama 3 minit sehigga sebati sahaja. Jangan pukul sampai kembang ye nanti tekstur kek menjadi kering.
- Masukkan telur satu persatu sehingga sebati.
- Kemudian masukan bahan C selang seli dengan bahan D dan di akhiri dengan tepung. Kacau sehingga rata dan sebati.
- Bahagi kepada 3 bahagian dan beri setiap bahangain dengan bahan E.
- Masukan adunan yang telah di warnakan ke dalam loyang yang telah di sapu mentega dan di lapik kertas minyak.
- Masukan 1 senduk setiap adunan dan akhir sekali carik sedikit dengan lidi satay atasnya untuk menjadikan corak marble.
- Bakar selama 30-35 minit sehingga masak. Bergantung kepada oven masing-masing.
- Bila dah cukup tempoh boleh di cucuk dengan lidi satay. Kalau adunan tidak melekat bererti kek sudah masak dan sekiranya masih melekat lanjutkan sedikit masa membakar sehingga masak sepenuhnya.
- Keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya sebelum di potong.
SELAMAT MENCUBA!
KRAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan