Jun 13, 2017

Brownies Marble Cheese


Assalamualaikum!!

Salam 18 ramadhan buat semua dan selamat berbuka sekejap lagi buat yang berada di tanahair. Semalam dessert atas permintaan suami SN untuk berbuka. Simple yet delicious! Moist dan tak manis juga SN tak guna gula untuk brownies cuma pada adunan cheese. Ilham resepi SN sendiri yang dan lama terbuku kini SN kongsi buat semua. Resepi yang SN buat untuk jualan hari raya sebelum berhijrah ke Scandinavian @Sweden dan laku keras heee....

Alhamdulillah rasanya yang amat memenuhi citarasa pembeli dan tidak muak. SN selalu buat atas permintaan EN dan cuma bertahan 2 hari sahaja kalau hujung minggu. Biasa buat kalau bukan bulan puasa dan Isnin waktu kerja SN akan bawa ke pejabat untuk minum petang sama office mates. Bulan puasa bertahan lama sikit kot hihi makan seketul dua saja. 

Ok.. resepi SN kongsi dan semoga bermanfaat buat semua...





BROWNIES MARBLE CHEESE
Resepi: Sue Norrman

Loyang 7 inci  
*lapik dengan kertas minyak panjang supaya senang untuk mengeluarkan brownie bila dah masak*


Bahan-bahan
(A)
120g mentega - cairkan
150g coklat masakan/ cooking Chocolate - cincang halus

(B)
2 biji telur gred A
(boleh guna 3 kalau gred B)

(C)
3 sdm golden syrup
1 sdt esen vanilla

(D)
60g tepung kek/ gandum - ayak
1/2 sdt serbuk penaik/ baking powder


Cara
  1. Panaskan ketuhar pada suhu  190 degrees api bawah selama 10 minit dan turunkan suhu kepada 175 degrees.
  2. Cairkan mentega dan tutup api. Masukkan coklat yang telah di cincang halus dan kacau sehingga coklat cair sepenuhnya. Ketepikan biar suam seketika.
  3. Pukul telur guna whisk sehingga telur kembang berbuih sahaja. Masukkan golden syrup dan esen vanilla. Kacau sebati.
  4. Kemudian masukkan tepung bersama serbuk panaik dan kacau sebati lagi.
  5. Ambil sedikit adunan dan masukan ke dalam piping bag untuk buat marble atas cheese kemudian dan selebihnya tuang ke dalam loyang yang telah di sapu mentega dan di lapik kertas minyak.
  6. Hentak kan loyang yang berisi adunan tadi untuk mengeluarkan angin supaya tekstur kek tidak berlubang. Bila kita hentak akan nampak bubble itu menandakan ada kandungan angin dalam adunan kek kita. Lanjutkan sehingga tak ada bubble lagi.
  7. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 10-15 minit. Bergantung pada oven masing masing.
  8. Keluarkan dan tekan permukaan brownies supaya padat. Kalau ada yang mengelembung buangkan angin terlebih dahulu.
  9. Tuang adunan cheese dan pancit adunan dari piping bag tadi dan buat corak mengikut kesukaan sendiri.
  10. Masukkan semula ke dalam oven dan bakar selama 25-30 minit sehingga permukaan cheese keperangan dan matikan oven.
  11. Keluarkan brownies dan biarkan sejuk sepenuhnya sebelum di potong.


Bahan untuk cheese
(A)
250g cream cheese
70g gula kaster/ halus

(B)
1 biji telur gred B
1/3 sdt garam halus 


Cara
  1. Kacau sebati adunan A sehingga gula hancur menggunakan whisk sahaja.
  2. Kemudian masukkan bahan B dan kacau sebati lagi.
  3. Tuang atas brownies tadi dan boleh di bakar lagi sehingga masak.
SELAMAT MENCUBA!
KRAM







Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...