Ogos 09, 2016

CHUTNEY NANAS DAN MANGA... sajian kenduri yang sangat sedap!



Alhamdulillah...
Melangsungkan hajat yang lama tertangguh. Chutney atau keceni kalau orang sarawak panggil merupakan lauk kenduri yang tak pernah mis terutama untuk kenduri kahwin. Kebiasaan lauk kenduri yang wajib untuk kenduri di sarawak ianlah keceni nanas, nasi minyak, sambal goreng ayam atau perut, daging masak hitam atau ayam masak merah. Itu menu legend sampai sekarang pun masih win cuma sekarang di era kemodenana menu pun berubah mengikut peredaran masa. Tapi kebiasaan menu wajib salah satu atau dua mesti ada.

Kebiasaan keceni ni mereka cincang dan rebus bersam sedikit air sehingga nanas betul-betul masak dan layu. Kalau mak sue dia suka rebus sehari sebelum memasukkan bahan tumisan bersama rempah tumis dan daun pandan. Ianya lagi sedap selepas bahan tumisan di masuk kemudian. Selepas masak bahan tumisan baru masuk kismis. Aroma minyak sapi/ ghee yang menjadikan keceni ini bau harum dan sedap sekali.

Kali ni sue kongsi resepi dan salah satu lauk kegemaraan kami. Kehabisan kismis sue guna biji sawi dan campuran manga ranum.. wallah.. sedap sangat. Bahan-bahan yang mudah tapi menghasilkan rasa yang tidak mengecewakan. Kalau part masak keceni ini mak sue merupakan jaguh begitu juga bapa sue. Dulu bapa sue selalu di pinjam kalau ada keramaian di rumah bekas gebenor sarawak 25 tahun dahulu. Bergotong royong memasak dan banyak resepi dari dapur istana yang bapa sue simpan. Salah satunya keceni nanas ini tapi mangga sue tambah sendiri dan menjadi favorite menu kenduri kami. Sini sue panjangkan resepinya.. Semoga bermanfaat buat semua.. 


CHUTNEY NANAS DAN MANGA
By: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
1 biji nanas (jangan terlalu masak) - potong dadu kecil atau cincang
Sedikit air - anggaran 1/3 dari sukatan nanas
1 batang kecil kayu manis
2 kuntum bunga lawang (saiz kecil)
1 biji buah pelaga
5 kuntum cengkih
2-3 helai daun pandan - simpul

(B) kisar halus
10 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

(C)
2 1/2 sdm ghee atau 2 sdm ghee + 1 sdm minyak masak

(D)
Gula secukup rasa (mesti manis seckupnya)
Garam sedikit 
Biji sawi dalam 1 sdm

Cara
1) Rebus bahan A dengan api sederhana sehingga nanas layu dan masak. (Kalau airnya kurang tambah lagi sedikit tapi jangan terlebih air.) Tutup api dan ketepikan.
2) Panaskan kuali, masuk bahan C sehingga ghee cair dan cukup panas dan masuk bahan B.
3) Tumis dengan api sederhana sehingga bawang layu dan masak, tutup api.
4) Kemudian Tuang bahan tumisan kedalam nanas yang telah di rebus tadi dan kacau sebati. Letak kembali atas dapur dan reneh lagi.
5) Diikuti bahan D dan biarkan mendidih dan rasa secukupnya.Tutup api.
6) Untuk mendapat rasa yang lebih sedap biarkan semalam selepas baru dimakan keesokkannya.

SELAMAT MENCUBA!


KRAM





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...