Jun 09, 2016

BUTTERSCOTCH RAISIN MINI BUN


SELAMAT MALAM..
Tengahari tadi sue berkempatan membuat bun butterscotch campur dengan kismis hitam. Teringin nak makan bun butterscotch tapi sue cuma menggunakan butterscoth esen untuk aroma dan kismis untuk penambah rasa. Resepi sue olah sendiri menggunakan sepenuhnya susu rendah lemak yang sejuk dan ovelette untuk melembutkan bun. Tersangat berpuas hati dengan hasil yang sangat lembut dan halus. ALHAMDULILLAH.. bun ni nanti untuk menu sahur kami nanti..


BUTTERSCOTCH RAISIN MINI BUN
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
350g tepung roti/ high protein
1 biji telur gred c
11/2 sdm susu pekat manis
2 sdm gula pasir/ kaster
1/2 sdt garam halus
1/3 sdt bread softener
1/2 sdt bread improver
1 sdt instant yis
1 sdt ovelette
200ml susu rendah lemak yang sejuk
1/2 cawan kismis hitam
Sedikit perisa butterscoth
11/2 sdm shortening/ marjerin*

Sapuan
1 kuning telur
Susu sedikit

*Gula perang atau raw sugar untuk taburan atas roti*

Cara
1) Satukan kesemua bahan-bahan kedalam mixer/ bread maker kecuali yang bertanda (*). 
2) Uli sebati dan masukkan (*) dan uli lagi sehingga elastik dalam 40 minit dan rehatkan sehingga naik dua kali ganda.
3) Bila doh dah naik, tumbuk untuk membuang angin.
4) Timbang setiap doh dalam 40-45g. Sapu sedikit minyak pada tangan untuk proses rounding doh.
5) Sediakan loyang dan sapu mentega/ shortening dan bolehlah letakkan doh yang sudah dibulat-bulatkan tadi.
6) Bulat sampai habis dan rehatkan lagi sehingga doh naik 2 kali ganda.
7) Sapu doh dengan bahan sapuan dan tabur sedikit gula diatasnya.
8) Bakar selama 25-30 minit pada suhu 175 degrees sehingga bun keperangan. Keluarkan dan sapu dengan sedikit mentega supaya ianya tidak kering pada permukaan bun.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...