Januari 05, 2016

PAJERI NENAS YANG SEDAP


Cerita semalam.. Lama benar rasanya tak masak pajeri nenas ni dan bila nampak nenas berlambak time christmas hari tu kita pun terikut membeli. 
Bila dan sampai rumah macam-macam set dalam kepala nak buat itu ini tapi akhirnya pajeri yang menjadi.
 Masih bersisa 3 biji nenas lagi dan tunggu sehari dua ni kira nak buat jem untuk tart. Itu pun kalau rajin lah kalau cik 'M' melanda alamatnya jadi kerabu kot.
Pajeri ni salah satu fave sue tak kira apa jenis pajeri memang sue suka lebih-lebih lagi kalau menggunakan terung.
 Makan lauk ni dengan sambal belacan atau ikan masin pun dah cukup. nasi kena masak lebih lah gamaknya hihihi lebih-lebih lagi time sejuk begini. Pajeri ni kalau dah 2-3 hari semakin sedap rasanya dan duk makan yang sama pun tak membosankan. Itu citarasa sue lah ye..
So untuk resepi jom kita tengok..

PAJERI NENAS
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
1 biji nenas saiz sedang - potong segitiga dan jangan nipis. Buang pulo keras d tengah sedikit ye
1 batang kulit kayu manis 
2 kuntum bunga anis
2-3 biji buah pelaga
5 kuntum cengkih
1-2 helai daun pandan - simpul 
Air secukupnya untuk merebus - anggaran 1/2 paras nanas

Bahan Kisar
6-7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji buah keras
1/2 sdm udang kering yang sudah d rendam

(B)
1/2 - 1 sdm cili giling 
2-3 sdm serbuk kari daging babas
1/2 sdt serbuk kunyit
Sedikit belacan - anggaran sebesar hujung jari halus

(C)
1 kotak kecil santak pekat*
1 sdm ghee/ minyak sapi*
Garam dan gula secukup rasa
1 keping kecil gula melaka

Cara
1) Rebus bahan A sehingga nanas layu dengan menggunakan api kecil. Ketepikan.
2) Panaskan periuk dan masukan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar sehingga layu dan kuning/masak.
3) Kemudian masukan bahan B dan tumis sehingga kari pecah minyak. Pastikan api kecil dan masukan sedikit air rebusan nenas supaya kari tak hangus. Biarkan dalam 10 minit.
4) Bila kari dan cukup masak masukan lebihan air rebusan beserta nanas dan kacau sebati dan masukan bahan C kecuali yang bertanda (*).
5) Rasakan secukupnya manis masin dan masamnya. Lebihkan manis sedikit ye!
6) Bila dan mendidih dan pekat bolehlah masukan santan, biarkan mendidih dalam 3 - 5 minit dan tutup api. Masukan ghee dan kuar sebati.

P/S :- Kalau nak masukan daun kari boleh aje ye!

SELAMAT MENCUBA!


KRAM
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...