Januari 24, 2016

AGAR-AGAR LAICI KANG


Hi!!
Seperti biasa kiv resepi ini lah jadi nya. Walaupun cuaca sejuk tapi anak tekak tetap juga nak makan yang sejuk-sejuk. Lebihan laici kang yang sue buat 2-3 hari lepas dan dijadikan agar-agar pula. 
Tak sangka sedap sangat dan memenuhi citarasa tekak lol. Kita pun buka nya pandai sangat tapi oleh kerana semangat nak mencuba tu kuat hasilnay pun memuas hati. 
Rasanya pun tak kurang macam kita makan yang ala-ala sup gitu. Cuma cara nya untuk menimbulkan longan sue buat cara layer dan letak buahan pada setiap layer dan kejadian yang cantik (angkat bakul sendiri). Jangan marah!..  Sukatan dari awal sue masuk je bahan-bahan tak ada sukatan so resepi ni agak-agak ye. So jom tengok resepi..


AGAR-AGAR LAICI KANG
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
1300 ml air putih
50g gula batu putih/ perang - agak-agak ye
1/2 cawan longan kering
10 biji kurma merah/ red dates
10-15 ketul manisan buah kundur
1 helai daun pandan - simpul 

(B)
Jus buah longan 
1 sdm rata serbuk agar-agar 

  (C)
Biji selasih secukupnya - rendam kembang
2-3 biji kembang semangkuk - rendam
1 tin buah longan - asingkan jus dan buahnya
1/2 biji oren - ambil isi dan potong kecil 


Cara
1) Rebus bahan A sehingga gula hancur dalam 10-15 minit menggunakan api sederhana untuk mendapat rasa buahannya.
2) Kemudian tapis rebusan buah tadi biarkan suam seketika.
3) Masukan bahan C, jus longan kedalam air rebusan buah yang telah di tapis tadi dan rasa kemanisan dan kalau kurang manis tambah lagi gula batu dan masukan serbuk agar-agar.
4) Masak lagi sehingga mendidih dan tutup api.
5) Sedia kan acuan terpulang nak guna acuan apa. Ambil 3-4 cawan agar dan tuang kedalam acuan. Susun buah longan, tabur biji selasih dan biarkan suam dan mengeras sedikit. Jangan terlalu keras nanti ianya tidak melekat dan terbuka bila di potong.
6) Bila dan mengeras sedikit, carik permukaan dengan garpu dan ambil lagi  2-3 cawan agar-agar panas dan tuang perlahan-lahan pada lapis pertama tadi. Tabur kembang semangkuk dan buah oren. Biarkan mengeras seketika dan ulang proses yang sama dan akhir sekali masuk red dates dan manisan kundur kalau suka.
7) Biarkan sejuk suhu bilik dan bolehlah di masukan kedalam peti sejuk dan sejuk sepenuhnya.

P/S:- Untuk menyejukan setiap lapisan, letak loyang kedalam loyang yang lebih besar dan letak air bersama ais batu.

SELAMAT MENCUBA!


Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...