Januari 22, 2016

MASAK LEMAK TERUNG DAN TOMATO


Selamat pagi... Seperti biasa pepagi dah entri sebelum kerja lain bertambah. Semalam sue masak lauk kegemaran dan makan dengan ikan masin. Cuma masaknya tak pedas takut suami tidak dapat makan. Lebih-lebih lagi cuaca sejuk berselera sangat nasi pun bertambah hihihi.
Resepi yang mudah dan senang untuk dimasak cuma sue guna terung ungu yang bulat (urbergine). Cuma itu sahaja yang ada jual disini. Rasa pun tak kurangnya yang penting bahan lain untuk penyedapnya.

MASAK LEMAK TERUNG DAN TOMATO
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
1 sdm cili giling - nak pedas tambah lebih
Sedikit serbuk kunyit
Minyak sedikit untuk menumis

(B) Tumbuk/ kisar
5 biji bawang merah 
2 biji bawang putih
Sedikit udang kering - rendam dahulu
Sedikit belacan

(C) 
1-2 gelas air - kalau menggunakan santan fresh guna santan cair (kalau nak lebih kuah lebihkan sukatan)
2-3 batang terung - belah 4 dan potong 3 - 4 bergantung kepada saiz terung
2 biji tomato - belah 4 - 6
1 biji cili merah - buang biji dan hiris panjang
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk perisa sedikit

(D)
1 cawan santan pekat

Cara
1) Tumis bahan A sehingga cili garing dan masukan bahan B. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
2)  Masuk bahan C satu persatu. Terlebih dahulu santan cair dan biarkan mereneh sekejap baru masukan bahan lain.
3) Biarkan mendidih dan rasa secukupnya baru masukan bahan D. Masak lagi dalam 2-3 minit sehingga santan naik menggelegak dan terus tutup api. Jangan sampai terlebih mendidih nanti santan pecah minyak.

 SELAMAT MENCUBA!



Januari 21, 2016

NASI GORENG ALA THAI


ASSALAMMUALAIKUM... hari ni sue entri awal resepi semalam. Sekarang pun kurang sihat dengan batuk dan selsesa sejak cuaca semakin sejuk.Sekarang suhu -16 celcius memang tahap tidak boleh tahan.
Nak buat apa kan Insyaallah sedikit masa lagi ok kot. So resepi nasi ala thai ni memang resepi sue tersendiri yang di guna di restoren dahulu. 
Alhamdulillah ianya amat mudah dan sedap. Terpulang nak masuk sayur apa tapi dulu kita guna sayur kailan. Sini nak dapat sayur kailan memang susah dan sue guna apa yang ada dalam peti sejuk je. Yang penting bahan asas mesti ada..

NASI GORENG ALA THAI
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
 (A)
1 biji bawang putih - cincang halus
Sedikit bawang besar - cincang halus
2 biji cili padi - potong halus atau tepek sahaja
1/2 sdt paste tomyam
Minyak sedikit untuk menumis

(B)
Ayam atau seafood - terpulang nak guna apa
1 biji telur - pukul hancur sedikit

(C)
1 mangkuk sedang nasi sejuk
3-4 batang sayur kailan - asingkan batang dan daun
Cili benggala - dadu kecil
Sedikit sos ikan
Serbuk perasa secukupnya
Garam jika perlu

Cara
1) Bahan A - Tumis bawang terlebih dahulu sehingga layu dan diikuti bahan seterusnya.
2) Masukan bahan B satu persatu dan tumis sehingga ayam atau seafood masak dan sebati.
3) Akhir sekali masukan bahan C. Terlebih dahulu batang sayur kailan dan tumis sekejap lagi baru masukan bahan lain.
4) Goreng kurang lebih 3-5 minit lagi dan tutup api.

SELAMAT MENCUBA!

 KRAM
 

 




Januari 17, 2016

IKAN KOD DAN SOS DILL


Salam semua..
Hujung minggu yang terpaksa terperap dalam rumah sahaja. Cuaca yang masih sejuk dengan suhu sekarang -7 celcius. Kalau berlarutan sejuk begini pasti menjadi badan naik kilo nya kan?Seperti biasa hari ni kita share resepi ala western yang mudah disediakan. Ini kali kedua sue share resepi dan resepi yang sama seperti yang dah sedia ada..

Untuk resepi yang sedia ada DISINI
 

IKAN KOD DAN SOS DILL
Oleh: Sue Norrman

 Bahan-bahan
600g ikan kod fille (Sue guna frozen)
Tepung gandum secukupnya- untuk membalut ikan
Mentega/marjerin secukupnya- anggaran 50-100g
Garam dan lada hitam kasar secukupnya

Cara
1) Biarkan ikan lembut (defrost) cuci dan toskan.
2) Masukan garam dan lada hitam, gaul sebati.
3) Kemudian ambik ikan satu persatu dan masukan kedalam tepung, balik-balikkan supaya raya dan buat sampai ikan habis.
4) Guna non stik pan, cairkan mentega dan masukan ikan tadi. Guna api sederhana dan masak ikan hingga keperangan sebelah menyebelah. Angkat dari pan dan ketepikan sementara menbuat sos.


SOS DILL

Bahan-bahan
70ml susu segar
200ml krim putar
1/2 sdm tepung gandum+2 sdm susu segar
1 ketul kiub ikan
1/2 sdt gula
Mentega secukupnya
Daun dill fresh atau kering secukupnya

Cara
1) Cairkan mentega dan masukan kiub ikan. kecilkan api dan kuar kiub tadi dan masukan susu dan krim.
2) Kuar lagi, masuk gula dan biarkan mendidih sekejap dan masukan bancuhan tepung tadi
3) Akhir sekali masukan daun dill dan alihkan dari api.
4) Sedia untuk di hidang bersama ikan, kentang rebus dan sayuran yang di suka.


SELAMAT MENCUBA!

Januari 15, 2016

PUDING ROTI KASTAD YANG SANGAT SEDAP


ALHAMDULILLAH... pagi semalam sebelum pergi sekolah sue berekspirimen dengan puding roti. Tetiba nak makan puding roti yang kastad nya tebal dan berkrim. Mengada ngada pula tekak dan hasilnya memang tak menghampakan. Makan sejuk-sejuk wallah memang SEDAP!!
Resepi yang mudah tanpa telur dan roti dibakar sekejap sahaja untuk mencantikkan warna sahaja. Jom tengok resepi..

PUDING ROTI KASTAD
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
4-5 keping roti tawar atau apa sahaja yang disuka - potong tepi.

Bahan sirap
150g gula pasir/ kaster
150 ml air
1/2 sdm jus lemon

Cara
1) Masak bahan sirap sehingga gula hancur sepenuhnya. Ketepikan sehingga sejuk.
2) Susun roti ke dalam casserole saiz 7 inci dan bakar 10 minit pada suhu 180 api atas bawah sehingga keperangan.
3) Keluarkan dari oven dan terus tuang sirap tadi keatas roti sehingga basah keseluruhannya. Ketepikan 10 minit supaya sirap menyerap pada roti.
4) Kemudian carik menggunakan garpu atas permukaan roti tadi dan tuang bahan kastad yang telah di masak. Sejuk pada suhu bilik dan bolehlah paipkan krim, tabur kekacang dan masukan ke dalam peti sejuk.


Bahan kastad
700 ml susu segar
2 sdm tepung jagung
2 1/2 sdm tepung kastad
2 sdt esen vanilla
1 sdm gula kaster/ pasir

Cara
1) Satukan  bahan-bahan ke dalam periuk dan masak menggunakan api kecil sehingga pekat dan meletup kecil. Tutup api.
2) Tuang atas roti tadi dan biarkan sejuk suhu bilik.


Krim
200-300 ml whipping krim
1/2 sdm gula icing

Cara
Pukul krim bersama gula icing sehingga kental dan bolehlah di paip atas kastad dan tabur kekacang.

P/s:- Taburan atas krim terpulang nak guna kekacang atau manisan lain. Tapi saya sarankan guna kekacang rasanya lebih sedap.

SELAMAT MENCUBA!





CREAMY BAKED MACARONI


Selamat pagi!! 
Routine yang sama setiap hari walau sibuk bagaimana pun ke dapur juga akhirnya. Kebiasaan kalau minggu bekerja dan tambahan sekolah dah bermula memang masak simple je. Masa berabis untuk menunggu bas dan bila sampai rumah hari dah gelap.
Resepi yang mudah sekali dan pasti semua pandai buat kan? tapi kita nak share resepi juga hihi..

CREAMY BAKED MACARONI
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
1 cawan macaroni*
1 sdt garam halus
1/2 sdm minyak masak
Air secukupnya untuk merebus

(B)
1/2 biji sedang bawang besar - cincang halus
1 sdm minyak zaitun
1 sdt oregano kering

(C)
1 sdm tomato puree
2 sdm tomato sos
1 sdt gula
Garam secukup rasa 

(D)
2 keping slice cheddar - carik halus
50 ml whipping krim
200-300 ml susu segar

Cara
*Panaskan ketuhar pada suhu 170 degrees api atas dan bawah*
1) Bahan A - Didihkan air bersama bahan lain kecuali yang bertanda (*). Kemudian masukan (*) dan rebus hingga lembut. seeloknya ikut arahan dari belakang kotak untuk masa merebus.
2) Bila dah lembut tos dan ketepikan.
3) Tumis bahan B hingga layu dan masukan bahan C. Tumis dalam 3 minit dan masukan macaroni tadi.
4) Kacau sebati dan masukan bahan D. Kacau lagi sehingga pekat dan cheddar cair.
5) Tuang dalam bekas tahan panas / casserole dan bakar 30 minit sehingga keperangan.

SELAMAT MENCUBA!

Januari 14, 2016

PIZZA TUNA SEDAP


Alhamdulillah.. Minggu pertama sessi sekolah banyak kertas kerja yang harus dibuat. Rasa blurr je otak mana tidaknya cuti hampir sebulan tak de trainning nak menulis dalam swedish. Bila dah masuk kelas kena buat essey ya ampun terlunggang langgang gramatik entah apa yang kita tulis.
Sedih la bila paper di kembalikan tengok merah je selepas correction.
Bukan sue sorang majoriti dalam kelas pun sama hihihi.. Itulah kalau kita lalai dan ambil mudah konon rasa dah pandai. Sekadar pandai bercakap buat apakan? 
Syukur juga sekurang-kurangkan kita boleh bawa dan bercakap dalam bahasa ibunda mereka. Step pertama yang harus untuk melangkah seterusnya...
Panjang pula mukadimah pagi ni ye.. Kita pun kesuntukan masa kalau minggu bekerja ni apapun sue mengambil kesempatan seketika untuk entri. Homemade pizza yang sue buat semalam untuk dinner kita. 
Sejujurnyanya resepi yang amat mudah dah doh yang  sedap. Sebenarnya untuk doh tak perlulah nak direhatkah lama dan mengembang tapi sekurang-kurangkan 20 minit pun dah memadai.
Kali ni sue rehatkan doh cuma 20 minit memandangkan kita uli pun balik sekolah dan perut lapar teramat so tak dapat tunggu lama. bahan lainnya sue guna apa yang ada dalam peti sejuk je. Resepi doh pizza ala arab sue guna resepi yang sedia ada dan sue tulis sekali lagi untuk memudahkan..Jom..

Resepi yang sedia ada DISINI

PIZZA TUNA
Resepi: Sue Norrman

Bahan Doh
Dapat dalam 4 keping kalau saiz 8 inci
250g tepung roti
1/2 sdm gula
1 sdt garam
1/3 sdt bread softener
1/2 sdt instant yis
1/2 sdt baking powder
140ml air sejuk ais
1/2 sdm marjerin 

(A)
1/4 biji bawang besar - hiris halus/ cincang- ikut suka
1 sdt oregano
2 sdm minyak zaitun

Cara
1) Tumis bahan A sehingga bawang layu dan kuning. Tutup api.
2) Masukan bahan doh kedalam mixer atau bread maker dan tuang bahan tumis tadi dan uli hingga elastik.
3) Biarkan doh naik 2 kali ganda dan tumbuk buang angin.
*Panaskan oven pada suhu 180 degrees*
4) Bahagi kepada 3-4 dan bulat-bulatkan. Tabur tepung di atas doh dan bolehlah di giling, cucuk dengan garpu dan dan rehatkan 5 minit.
5) Sapu sos pizza, tabur bahan-bahan  beserta mozzarella cheese. Bakar 20-25 minit. 5 minit terakhir api atas bawah sehingga cheese cair dan doh keperangan.


TOPPING
Bahan-bahan
1 tin tuna (yang jenis air jgn minyak ye)
50-100g udang halus- rebus dahulu, tos kering
1 tin kecil nanas - ptong segi 3 Cili benggala - secukupnya
Mozzarella cheese secukupnya
Oregano kering sedikit


SOS PIZZA
Bahan-bahan
2 sdm tomato puree
2 sdm sos tomato
1-2 sdt gula
Sedikit garam 
1 sdm minyak zaitun

Cara
Tumis kesemua bahan sos sehingga pecah minyak menggunaka api kecil. 
Tutup api.

SELAMAT MENCUBA!
KRAM

Januari 12, 2016

OVEN GRILLED VEGGIES


Salam sejahtera dan selamat pagi! 
Hari ini sekolah sudah bermula dan masa agak terhad melainkan hujung minggu. Syukur dan tidak terasa cuti sekolah hampir sebulan dan kini beraksi semula. 
Malam tadi sue masak simple dan nak senang masuk semua bahan dalam oven. Rasanya pun sedap yang penting tak membazir kan? Kalau menu begini suami sue memang suka berbanding dengan lauk yang banyak minyak. So.. kita tengok bahan-bahan nya ye..

OVEN GRILLED VEGGIES
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
5 biji kentang - kupas kulit dan potong 8
1 batang lobak merah - kupas kulit dan potong ikut suka
Kobis bunga secukup - potong sedang

(B)
Kobis bunga secukupnya - potong sedang
Cili benggala secukupnya - potong ikut suka
1 biji bawang besar - potong panjang
2-3 sdm olive oil
1 sdt lada hitam - tumbuk kasar
1 sdm parsley - kering atau fresh terpulang
Serbuk paprika sedikit
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk perisa

Cara
1) Bahan A - rebus kentang sehingga 3/4 masak dan toskan. Diikuti lobak merah rebus separuh masak dan akhir sekali kobis bunga hanya celur sekejap sahaja. Tos sehingga kering dan ketepikan sekejap.
2) Satukan bahan B dalam bekas besar dan masukan bahan rebusan tadi. Gaul sebati dan masukan kedalam casserole atau bekas tahan panas.
3) Bakar 30 minit pada suhu 170-180C api atas bawah sehingga perang.

SELAMAT MENCUBA!

Januari 11, 2016

KEK BATIK COKLAT SEDAP


Selamat pagi semua!! Hari ini awal entri resepi yang tertunggak walaupun baru 2 hari. Esok sekolah dah bermula takut sibuk memanjang bertambah kerja dan jadi malas dibuatnya.
So.. 2 hari lepas sue buat kek batik coklat yang salah satu kek favourite dari kecik dulu. Banyak versi yang telah dicuba tapi resepi ini tetap menjadi pujaan hihihi..
Resepi asal dari keluarga angkat sue yang kini tinggal di Brunei dan kek ini menjadi salah satu kek yang harus di buat untuk gift kepada rakan-rakan mereka setiap kali perayaan. Rasa yang amat sedap dan kemas sekali bila di potong. Ianya tak melekat atau cair.
Kombinasi milo dan nestum menjadikan rasanya teramat sedap! Cuma kali ini kek sue tak berapa hitam pasal kehabisan browning dan cuma menggunakan pewarna coklat dan itu pun sedikit sahaja yang berbaki.
Sini sue panjangkan resepinya pada yang yang nak mencuba dan pasti ianya memang sedap!! Tak rugi mencuba..

KEK BATIK COKLAT
Resepi: Caroline Chua
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
16 oz mentega
9 oz gula halus

(B) 
10 biji telur ayam A

(C)
4 oz susu pekat manis
5 oz milo
16 oz tepung gandum - ayak dahulu
4 oz nestum ( tidak perlu dikisar)
Browning atau pewarna coklat secukupnya

(D)
400g biskut jejari atau roti marie
Bijan sedikit - goreng tanpa minyak sekejap sehingga perang.

Cara
1) Pukul bahan A sehingga kembang dan gebu/ putih.
2) Kemudian masukan bahan B satu persatu sehingga sebati.
3) Diikuti bahan C satu persatu mengikut urutan dan pukul rata.
4) Tuangkan adunan ke dalam kuali dan masak menggunakan api kecil sehingga adunan pekat dan tidak melekat pada kuali.
5) Akhir sekali masukan bahan D kuar lagi dan tutup api.
6) Masukan kedalam loyang segiempat 9 atau 10 inci. Tekan dengan sudu untuk meratakan permukanan. 
7) Biarkan sejuk dan boleh di masukan ke dalam peti sejuk untuk mengeraskan kek sahaja.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM


Januari 09, 2016

PAI STRAWBERI YANG SIMPLE DAN SEDAP


Hari ni seperti biasa cuaca masih sejuk gilerr.. seminggu ni dah temperature minus dan bersalji. Dalam kesejukan seronok juga tengok salji. macam jakun je setiap kali snow hihihi. 
Kemana je nak pergi teramatlah terbatas kalau snow tebal. Memang tak syok nak jalan-jalan tapi kalau tak keluar asyik nak makan je. Sejuk gini memang perut asyik berkeroncong minta diisi.
Pai ni cerita malam tadi.. sue buat pasal malas nak masak untuk dinner. Resepi yang teramat mudah dan pasti sedap!! tak caya cuba k. Pastry nya sue olah sendiri dan tak payah giling atau sejuk bagai.
 Kalau ada tetamu datang boleh aje buat segera. Masa membakar pun tak lama yang penting stok buah frozen ada stok. Ni pun sue guna strawberi frozen yang dah defrost terlebih dahulu. Manakal vanilla sos sue guna yang instant vanilla whipping cream. Insyallah sila lah cuba kalau nak tau sedap ke dak ye hihi..

PAI STRAWBERI
Resepi: Sue Norrman
Bahan-bahan
(A)
180g tepung gandum
80g gula kaster
1 sdt serbuk penaik
1/4 sdt garam

(B)
170g mentega/ marjerin - cairkan

Filling
300-500g strawberi - belah 4
80g gula kaster
Serbuk kulit kayu manis sedikit

Cara
*Panaskan oven pada suhu 170 - 180C api atas bawah*
1) Satukan bahan A dan ketepikan.
2) Panaskan bahan B dan tuang terus ke dalam bahan A.
3) Gaul sebati sehingga suam dan terus letakan kedalam pie plate 9 inci.
4) Tekan dengan garpu sehinga rata.
5) Tabur strawberi diikuti gula dan serbuk kulit kayu manis.
6) Bakar selama 20-30 minit sehingga keperangan.

SELAMAT MENCUBA!

 KRAM

YELLOW PEAS SOUP


Selamat siang dan Assalammualaikum..
Alhamdulillah kini masuk minggu ke-2 dalam bulan Januari 2016. Tak terasa begitu cepat masa berlalu. Pejam celik nanti dah ke penghujung tahun lagi.
Hari ni baru berkesempatan entri resepi yang sue masak hari khamis lepas.
 Di sweden makan GULA ÄRTSOPPA merupakan salah satu menu khas yang harus ada pada setiap hari khamis. 
Tidak kesah lah nak masak cara apa pun yang penting ianya dijadikan sup. Sue pun suka makan sup ni tapi masak ikut citarasa sendiri.
Ianya dari GULA ÄRTER tau yellow peas yang di rebus sampai empuk tapi sue guna pressure cooker je untuk menjimatkan masa dan mudah.
Kalau sue dan suami biasa makan sup ni dengan roti tapi sue lebih suka cicah ala cream sup gitu dan cepat kenyang.
 Kalau ada yang nak mencuba silakan..

YELLOW PEAS SOUP
Resepi: sue Norrman

Bahan-bahan
(A) 
1/2 biji sedang bawang besar - cincang
1-2 sdm mentega/ marjerin / minyak zaitun

(B)
1 mangkuk sedang brokoli - potong kecil
1 /2 sdt daun thyme kering

(C)
1 cawan yellow peas - rendam semalam
2-3 cawan air - terpulang pada pekat yang di sukai 
1 ketul kiub ayam
100ml whipping krim
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit serbuk paprika 
Sedikit serbuk lada hitam

Cara
1) Tumis bahan A sehingga bawang layu dan masukan bahan B. Tumis sehingga brokoli keperangan.
2) Kemudian masukan bahan C dan rasakan secukupnya.
3) Masak sehingga peas empuk dan tutup api.
4) Guna hand blender dan kisar hingga hancur dan pekat. 

P/S: Kalau ianya terlalu pekat boleh tambah air panas lagi dan masak lagi atas api. Rasa sekali lagi ye.

SELAMAT MENCUBA!








Januari 07, 2016

RASSAM TELUR YANG MUDAH DAN SEDAP


Salam sejahtera!! Pagi yang teramat sejuk dan bersalji. Seminggu ni dah suhu minus dan awal pagi tadi -12 celcius tapi sekarang alhamdulillah menurun sikit ke -8 celcius tapi masih sejuk.
Bila cuaca sejuk begini memang anak tekak nak makan yang panas-panas kan? So jadilah rassam kita makan dengan nasi panas wallah memang sedap!
. Ni kali yang ke-3 dah sue buat dan baru berkesempatan nak entri. Memang rasa yang cukup menyelerakan. Jom tengok resepi..

RASSAM TELUR
Resepi: Zaliedana
Oleh: Sue Norrman
Sumber: KAK LINAPG
Sumber: DAPUR MADIHAA

Bahan-BAHAN

(A) 
  2 Biji Telur (Leh juga guna ikan talang masin)
 
Bahan Tumbuk
1 Sdt Jintan Putih
½ Sdt Lada Hitam
2 Ulas Bawang Putih
 4 Biji Bawang Merah
Daun kari secukupnya 


(B)
  2@3 Tangkai Cili Kering Dipotong dlm 1 inci
     ½ Sdb Pati Asam Jawa @secukup rasa (mmg kena da rasa masam2 cikit ya)
     ½ Kiub Pati Ayam
    Air Secukupnya (Kalo nak lbh kuah letak lebih)
     Garam Secukup Rasa
     Minyak Utk Menumis
     Serbuk Kunyit (Optional, utk nmpak warna cantik cikit)
 
  P/S: Kalau nak pedas boleh tambah cili padi 


Cara 1) Tumis bahan tumbuk dengan sedikit minyak
2) Masukkan daun kari dan tumis hingga pecah minyak dan naik bau.
3) Masukkan semua bahan B dan kuar sehingga kuah mendidih. Masukan telur sebiji-sebiji kedalam kuah
4) Biarkan sehingga telur masak dan kuning telur keras..Seimbangkan rasa, tutup api.
5) Memang sesuai dihidangkan dengan nasi putih,ikan masin n papadom. 

SELAMAT MENCUBA!

Januari 05, 2016

PAJERI NENAS YANG SEDAP


Cerita semalam.. Lama benar rasanya tak masak pajeri nenas ni dan bila nampak nenas berlambak time christmas hari tu kita pun terikut membeli. 
Bila dan sampai rumah macam-macam set dalam kepala nak buat itu ini tapi akhirnya pajeri yang menjadi.
 Masih bersisa 3 biji nenas lagi dan tunggu sehari dua ni kira nak buat jem untuk tart. Itu pun kalau rajin lah kalau cik 'M' melanda alamatnya jadi kerabu kot.
Pajeri ni salah satu fave sue tak kira apa jenis pajeri memang sue suka lebih-lebih lagi kalau menggunakan terung.
 Makan lauk ni dengan sambal belacan atau ikan masin pun dah cukup. nasi kena masak lebih lah gamaknya hihihi lebih-lebih lagi time sejuk begini. Pajeri ni kalau dah 2-3 hari semakin sedap rasanya dan duk makan yang sama pun tak membosankan. Itu citarasa sue lah ye..
So untuk resepi jom kita tengok..

PAJERI NENAS
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
1 biji nenas saiz sedang - potong segitiga dan jangan nipis. Buang pulo keras d tengah sedikit ye
1 batang kulit kayu manis 
2 kuntum bunga anis
2-3 biji buah pelaga
5 kuntum cengkih
1-2 helai daun pandan - simpul 
Air secukupnya untuk merebus - anggaran 1/2 paras nanas

Bahan Kisar
6-7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji buah keras
1/2 sdm udang kering yang sudah d rendam

(B)
1/2 - 1 sdm cili giling 
2-3 sdm serbuk kari daging babas
1/2 sdt serbuk kunyit
Sedikit belacan - anggaran sebesar hujung jari halus

(C)
1 kotak kecil santak pekat*
1 sdm ghee/ minyak sapi*
Garam dan gula secukup rasa
1 keping kecil gula melaka

Cara
1) Rebus bahan A sehingga nanas layu dengan menggunakan api kecil. Ketepikan.
2) Panaskan periuk dan masukan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar sehingga layu dan kuning/masak.
3) Kemudian masukan bahan B dan tumis sehingga kari pecah minyak. Pastikan api kecil dan masukan sedikit air rebusan nenas supaya kari tak hangus. Biarkan dalam 10 minit.
4) Bila kari dan cukup masak masukan lebihan air rebusan beserta nanas dan kacau sebati dan masukan bahan C kecuali yang bertanda (*).
5) Rasakan secukupnya manis masin dan masamnya. Lebihkan manis sedikit ye!
6) Bila dan mendidih dan pekat bolehlah masukan santan, biarkan mendidih dalam 3 - 5 minit dan tutup api. Masukan ghee dan kuar sebati.

P/S :- Kalau nak masukan daun kari boleh aje ye!

SELAMAT MENCUBA!


KRAM

KERABU MANGGA


Alhamdulillah.. kepingin nak makan kerabu langsung juga. Lama sebenarnya menunggu mangga dari thailand ni tapi bila nak beli selalu habis.
 Kebetulan minggu lepas sue ke asean shop dan stok baru sampai dan syukur ada rezeki hari tu. Sayangnya ianya masih belum masak so sue peram dulu bagi kuning baru sedap untuk buat mangga kan?.
Tu dia kerabu mangga sempoi citarasa sendiri je tapi kita nak share juga hihihi.. 

KERABU MANGGA
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
1-2 biji mangga (separuh masak) - cincang
3-4 biji cili padi thai atau cili padi kecil - cincang (nak pedas letak lebih)
1-2 biji bawang merah - hiris sedang halus
1 sdt sos ikan
1 sdt plum sauce 
1 sdt jus limau nipis
Gula secukupnya
Daun ketumbar sedikit - cincang 
Kacang goreng sedikit - tumbuk kasar*
Ikan bilis goreng sedikit*

Cara
1) Satukan bahan-bahan kecuali yang bertanda (*)
2) Rasakan secukupnya dan lebihkan manis sedikit supaya bila bahan lain dah serap ianya akan menjadi sedap.
3) Bila dan nak makan baru masukan bahan yang bertanda (*). 

SELAMAT MENCUBA!



CHICKEN WITH BROWN SAUCE


Selamat pagi!!! Hari ni sue entri awal nanti tengahari nak sambung buat kerja sekolah yang tidur dalam beg sejak cuti bermula. Minggu depan sessi sekolah dah bermula so kerja harus di selesaikan.
Malam tadi sue masak menu simple dan pasti ianya mengenyangkan. Selain dari meatball dengan brown sos ayam pun tak kurang sedapnya cuma kita tak cara bebola. Cuma guna hirisan isi dada ayam dan grill dalam non stik pan bersama butter.. tada.. jom tengok resepi dan caranya..

CHICKEN WITH BROWN SAUCE
Resepi: Sue Norrman

Untuk resepi brown sauce DISINI

Bahan-bahan
2 ketul isi dada ayam - hiris sedang tebal
Mentega/ marjerin secukupnya*
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit garam

Cara
 1) Sebatikan bahan-bahan kecuali yang bertanda *.
2) Guna non stik pan dan cairkan mentega dan masukan isi ayam dan masak sehingga kekuningan dan air ayam keluar. Guna api kecik dan balik-balikan.
3) Angkat dan letakkan de lama pinggan. Mentega selepas masak ayam jangan di buang dan ianya boleh digunakan untuk membuat brown sauce.
4) Bila brown sauce dah siap, masukan semula isi ayam tadi dan masak lagi menggunakan api kecil dalam 5-8 minit dan tutup api.
5) Boleh lah dihidang bersama salad dan kentang rebus.

SELAMAT MENCUBA!

Januari 03, 2016

CHEESY CHICKEN CALZONE


Assalammualikum dan Selamat Tahun baru 2016!! Alhamdulillah dan dapat bertemu lagi kita pada tahun baru 2016.
 Baru berekesempatan mengadap pc hari ni. Lately memang busy ke dapur dan mengemas barang yang belum habis di keluar sepenuhnya. Hari ni kita lunch + dinner dengan calzone atas permintaan somi. 
Makan sebiji pun dan cukup bagi sue. Cepat kenyang macam makan pizza juga. Sebenarnya sama je kan memang dari keluarga pizza cuma keunikannya di lipat macam karipap gitu.
Inti nya sue guna resepi bolognese dan tambah cendawan dan sedikit isi ayam yang telah di rebus. Yang pasti ianya mencukupi citarasa anak tekak hihi. So mai tengok resepi nya ye..

CHEESY CHICKEN CALZONE
Resepi: Sue Norrman

Untuk resepi inti DISINI
Untuk resepi sos sapuan pizza DISINI

Bahan doh
(Anggaran dapat dalam 4-5 biji kalau saiz sedang kecil)
(A)
120ml susu segar
2 1/2 sdm mentega/ marjerin

(B)
200g tepung roti
1/2 sdt garam halus
1 sdt gula
1 sdt instant yis

(C)
Cheddar atau mozzarella parut secukupnya
1 biji telur untuk sapuan dan melekat doh

Cara
1) Panaskan bahan A sehingga mentega cair dan ketepikan sebentar sehingga suam.
2) Masukan bahan B ke dalam bread maker atau mixer. Gaul sebati dan masukan bahan A tadi sedikit-sedikit sehingga kalis dan uli sehingga elastik dan lembut.
3) Rehat 40 minit sehingga doh naik 2 kali ganda. Tumbuk dan buangkan angin.
*Panaskan oven pada suhu 160C api atas bawah*
4) Bahagi doh kepada 4-5 dan bulat-bulatkan. Giling doh sedang nipis, sapu sos pizza sedikit pada sebelah bahagian sahaja dan letak initi serta tabur cheese.
5) Sapu di keliling permukaan dengan telur dan lipat. Tekan-tekan supaya tak tebuka dan boleh di kelim atau tekan dengan garpu. Buat sampai habis dan sapu permukaan calzone dengan telur dan tabur sedikit oregano kering kalau suka. Bolehlah di bakar selama 20-30 miit sehingga perang.

SELAMAT MENCUBA!

 
KRAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...