Januari 15, 2016

PUDING ROTI KASTAD YANG SANGAT SEDAP


ALHAMDULILLAH... pagi semalam sebelum pergi sekolah sue berekspirimen dengan puding roti. Tetiba nak makan puding roti yang kastad nya tebal dan berkrim. Mengada ngada pula tekak dan hasilnya memang tak menghampakan. Makan sejuk-sejuk wallah memang SEDAP!!
Resepi yang mudah tanpa telur dan roti dibakar sekejap sahaja untuk mencantikkan warna sahaja. Jom tengok resepi..

PUDING ROTI KASTAD
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
4-5 keping roti tawar atau apa sahaja yang disuka - potong tepi.

Bahan sirap
150g gula pasir/ kaster
150 ml air
1/2 sdm jus lemon

Cara
1) Masak bahan sirap sehingga gula hancur sepenuhnya. Ketepikan sehingga sejuk.
2) Susun roti ke dalam casserole saiz 7 inci dan bakar 10 minit pada suhu 180 api atas bawah sehingga keperangan.
3) Keluarkan dari oven dan terus tuang sirap tadi keatas roti sehingga basah keseluruhannya. Ketepikan 10 minit supaya sirap menyerap pada roti.
4) Kemudian carik menggunakan garpu atas permukaan roti tadi dan tuang bahan kastad yang telah di masak. Sejuk pada suhu bilik dan bolehlah paipkan krim, tabur kekacang dan masukan ke dalam peti sejuk.


Bahan kastad
700 ml susu segar
2 sdm tepung jagung
2 1/2 sdm tepung kastad
2 sdt esen vanilla
1 sdm gula kaster/ pasir

Cara
1) Satukan  bahan-bahan ke dalam periuk dan masak menggunakan api kecil sehingga pekat dan meletup kecil. Tutup api.
2) Tuang atas roti tadi dan biarkan sejuk suhu bilik.


Krim
200-300 ml whipping krim
1/2 sdm gula icing

Cara
Pukul krim bersama gula icing sehingga kental dan bolehlah di paip atas kastad dan tabur kekacang.

P/s:- Taburan atas krim terpulang nak guna kekacang atau manisan lain. Tapi saya sarankan guna kekacang rasanya lebih sedap.

SELAMAT MENCUBA!





CREAMY BAKED MACARONI


Selamat pagi!! 
Routine yang sama setiap hari walau sibuk bagaimana pun ke dapur juga akhirnya. Kebiasaan kalau minggu bekerja dan tambahan sekolah dah bermula memang masak simple je. Masa berabis untuk menunggu bas dan bila sampai rumah hari dah gelap.
Resepi yang mudah sekali dan pasti semua pandai buat kan? tapi kita nak share resepi juga hihi..

CREAMY BAKED MACARONI
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
1 cawan macaroni*
1 sdt garam halus
1/2 sdm minyak masak
Air secukupnya untuk merebus

(B)
1/2 biji sedang bawang besar - cincang halus
1 sdm minyak zaitun
1 sdt oregano kering

(C)
1 sdm tomato puree
2 sdm tomato sos
1 sdt gula
Garam secukup rasa 

(D)
2 keping slice cheddar - carik halus
50 ml whipping krim
200-300 ml susu segar

Cara
*Panaskan ketuhar pada suhu 170 degrees api atas dan bawah*
1) Bahan A - Didihkan air bersama bahan lain kecuali yang bertanda (*). Kemudian masukan (*) dan rebus hingga lembut. seeloknya ikut arahan dari belakang kotak untuk masa merebus.
2) Bila dah lembut tos dan ketepikan.
3) Tumis bahan B hingga layu dan masukan bahan C. Tumis dalam 3 minit dan masukan macaroni tadi.
4) Kacau sebati dan masukan bahan D. Kacau lagi sehingga pekat dan cheddar cair.
5) Tuang dalam bekas tahan panas / casserole dan bakar 30 minit sehingga keperangan.

SELAMAT MENCUBA!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...