Julai 31, 2017

LANGOS.. Hungarian Flat bread


Assalamualaikum!!

Alhamdulillah setelah 3 minggu menyepi dari berblog kini SN kembali dan berada jauh nun di negeri China. Kesibukan membantu EN juga masa amat mencemburui untuk mengadap pc makanya terpaksa menyepi seketika. Banyak resepi yang masih menunggu untuk di update Insyallah sedikit masa lagi ada resepi baru yang menyusul.
Sebenarnya langos ni SN buat 3 hari sebelum kami terbang ke Jiangyin, west of Shanghai atas urusan kerja dan SN pun ikut serta umpana menyelam sambil minum air hihihi.. Hidangan untuk tetamu yang datang ke rumah dan juga merupakan faveret EN. Ini bukan kali pertama SN membuat langos dan banyak kali berulang dan setia dengan resepi yang ini. Resepi SN ambil dari YOUTUBE dan ianya mudah untuk di fahami. Untuk topping ianya terpulang pada citarasa sendiri tapi kami lebih suka dengan topping yang begini dan lebih enak rasanya. Sapuan menggunakan sour cream dan boleh letak isi ketam atau udang. Yang enaknya rasa caviar tu hmmm. Ada juga yang suka makan dengan nutella tapi mungkin sedap kot kalau di sapu srikaya sebab rasa langos ni seakan rasa cakoi.

SN pernah cuba makan bersama sambal ikan bilis dan timus.. sedap juga! terpulang lah pada kalian nak cuba yang mana untuk topping nya ye. Sini SN kongsikan resepi pada yang ingin mencuba. Resepi ini SN bahagi kepada 2 bahagian dan dapat dalam 6 keping. Cukuplah untuk cubaan dan keluarga kecil. Jom!!
 

LANGOS
By: Sue Norrman

Bahan bahan
(A)
300ml susu segar suam 
2 1/2 sdt instant yis

(B)
500g tepung gandum
1 sdt gula pasir
1 sdt garam halus

(C)
200g kentang - rebus dan lenyek halus

(D)
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Sedikit tepung untuk taburan supaya tidak melekat ketika menggiling


TOPPING
Sour cream
Udang halus - rebus sekejap
Bawang holland - cincang halus
Daun bawang
Cheddar parut
Caviar
(Juga boleh guna nutella, srikaya dan jem)


Cara
  1. Satukan bahan A dan biarkan sehingga yis berbiuh anggaran sepuluh minit.
  2. Kemudian dalam bekas/ mixer bowl satukan bahan B dan C. Gaul sebati.
  3. Tuangkan susu tadi sedikit demi sedikit sehingga sebati dan uli sehingga doh lembut dan elastik.
  4. Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda.
  5. Panaskan minyak dengan api sederhana sementara menunggu doh siap di bulat.
  6. Sediakan papan/ silikon mat dan tabur sedikit tepung. Keluarkan doh dan ratakan dengan tepung tadi dan bulatkan.
  7. Bahagi doh kepada 6 bahagian dan bulat bulatkan.
  8. Giling sedikit doh jangan terlalu nipis sekadar hanya membesar doh sahaja. Kemudian tarik tepi tepi doh terpulang besar mana yang di inginkan dan terus goreng dalam minyak yang telah di panaskan tadi.
  9. Goreng sehingga kuning dan balik kan sebelah sehingga kuning juga.
  10. Angkat dan toskan atas tisu dapur secara menegak supaya tidak menakung minyak. Goreng sehingga habis dan sedia untuk di nikmati. 

Pesanan/-  Roti ini memang lembut dan ketika di tarik dan pastikan jangan tarik terlalu besar dan nipis takut di tengah doh selepas di tarik menjadi nipis. Juga kalau melekit letak tepung lagi untuk memudahkan.

SELAMAT MENCUBA!


KRAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...