Ogos 13, 2015

CHICKEN CHOP & HOMEMADE BLACKPEPPER SAUCE



Hari ni kita dinner dengan chicken chop je. Ayam dan siap di buang tulang , di bersih dan di perap sebelum Sue pergi sekolah. Manakala sos pula Sue buat balik sekolah tapi tak ambik masa yang lama dalam 15 minit dah siap. 
Sos yang mudah dan sedap di guna untuk shepherd pie dan apa jenis grill yang di suka. Kalau nak jadikan mushroom sos just tambah mushroom dan jangan letak lada kasar. Cukup penggunaan lada hitam serbuk sikit je. 
Sejujurnya dari mula berjinak dalam dunia masakan Sue tak pernah beli yang instant. Semuanya Sue cuba buat sendiri walaupun rasanya tak memuaskan tapi kita tauk di mana error nya. So kita boleh perbaiki dan menjadi kita peka pada sesuatu yang kita gunakan..

CHICKEN CHOP & HOMEMADE BLACKPEPPER SAUCE
Resepi: Sue Norrman

Bahan Untuk Ayam
(A)
2 ketul paha ayam
(*Dibuang kulit dan tulang manakala hujung tulang tinggalkan supaya isinya tidak putus. Bersih dan toskan*)
1 sdt lada hitam kasar
1/2 sdt serbuk paprika
1/2 sdm Lea & Perrin
1 sdt sos tiram
1 sdt kicap cair
1/2 sdt serbuk bawang putih (Tumbuk pun boleh)
1/2 sdt gula
Garam jika perlu kalau kurang masin

(B)
1 cawan tepung gandum*
2 biji telur
Sedikit lada hitam kasar
secubit garam

(C)
50-100g marjerin/mentega

Cara
1) Satukan bahan (A) dan perapkan. Terpulang berapa lama nak perap.
2) Bila dah sedia nak masak, satukan bahan (B) kecuali (*). Pukul sebati sahaja ya.
3) Letak (*) dalam mangkuk berasingan kemudian golekkan ayam ke dalam tepung satu persatu.
5) Panaskan pan dan masukan (C) hingga cair. Guna api sederhana takut marjerin hangit dan boleh celup ayam yang sudah di golek dengan tepung tadi kedalam telur.
4) Pastikan semuanya disaluti telur dan letakan ke dalam pan hingga ayam masak. 
( *Jangan dibalik dulu sehingga salutan telur kering takut akan terbuka*)
5) Bila dah masak bolehlah di angkat dan ketepikan sementara membuat sos pula.




HOMEMADE BLACKPEPPER SAUCE
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
200ml air (Mineral sebaiknya)
2 ketul kiub pati lembu
1 helai daun bay
1/2 batang salery
1 sdt serbuk lada hitam

(B)
100ml susu segar
100ml krim putar
1 sdm kicap cair
1 sdm kicap manis
1-2 sdt kicap pekat (untuk warna)
1 sdt lea & perrin
1 sdt tomato puree
1-2 sdt lada hitam kasar( terpulang pada kepedasan yang di suka)

(C)
1- 11/2 sdm tepung gandum
Sedikit susu segar/ air untuk membancuh 

Cara
1) Satukan bahan (A) dan masak sehingga mendidih. kemudian tapiskan.
2) Letakan kembali air rebusan kedalam periuk dan didihkan lagi. Masukan bahan (B) sehingga cukup rasa dan warnanya.
3) Akhir sekali masukan (C) dan biarkan mendidih sekejap. Tutup api. sekiranya terlalu pekat tambah air panas/susu / krim.
4) Bolehkan di hidang bersama ayam tadi dan salad atau bahan sampingan yang di sukai.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM





MUFFIN VANILLA GEBU


Muffin ni memang sedap di makan bila santai-santai tengok tv. Ni yang Sue buat semalam tapi Sue ubah sedikit kerana berkejar dengan masa. Resepi ni sue dapat dari kakak ipar Sue 8 tahun lalu. Dia bekerja dengan Syarikat penerbangan bahagian catering dan dia pun dapat buku ni dari chef so dia minta izin photostat dan dia bagi Sue satu.
Semua resepi dalam buku ni sedap-sedap dan sebahagian depa guna untuk on board catering domestic dan first/business class. Asalnya blueberry muffin tapi Sue tak ada stok buahan frozen so guna sugar vanilla je untuk sedap. Derhaka dengan resepi asal nasib baik menjadi..hihihi



VANILLA MUFFIN GEBU
Resepi: Buku pelbagai Kek (kakak Ipar)
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
2 biji telur A
120g gula kaster 

(B) 
*Ayak terlebih dahulu*
250g tepung gandum
1 sdt serbuk penaik@baking powder
1 sdt soda bicarbonate (Sue tambah)
1/2 sdt garam

(C)
125ml susu segar
(Sue ubah guna 120ml air suam +5 sdm tepung susu)
1 sdt esen vanilla
1 sdt gula vanilla (kalau tak ada guna tambah esen vanila lagi) 
Pewarna kuning sedikit

(D) 
130g mentega
(Sue cairkan kerana masih keras baru keluar dari peti sejuk)

Cara
*Panas oven pada suhu 170-180 terlebih dahulu*
1) Pukul bahan (A) hingga gebu. Kemudian masukan Bahan (B). Kuar sebati.
2) Guna spatula, masukan bahan (C) dan kuar lagi.
3) Akhir sekali masukan bahan (D) dan sebatikan. rehatkan dalam 10 minit.
4) Sediakan acuan muffin dan letak paper cup kedalam nya. Isi 3/4 adunan dan bakar selama 20 minit hingga masak.
5) Buat sampai habis dan sedia untuk dimakan.

SELAMAT MENCUBA!



KRAM




PAI AYAM DAN CENDAWAN SEDAP



Semalam Suami Sue minta buatkan pai. Sue memang selalu buat dengan pelbagai inti dan inti smoked salmon adalah kesukaan dia. Cuma yang ada dalam peti ayam, daging dan stok ikan yang Sue beli d kedai asean tempoh hari. Cendawan pun Sue guna cendawan yang fresh tapi dah di frozenkan. Bila nak guna just defrost je. 
Resepi pastry Sue dapat dari belakang kotak frozen pai yang jual kat supermarket. Memang tak ada sukatan cuma depa letak ingredients je. So sue cuba banyak kali untuk mendapat sukatan yang betul dan cun lah kiranya. Try and error rasanya lebih 5 kali. Sue cuma buat pastry je tak letak filling takut keras ke tak menjadi rugi pulak kita masak elok-elok intinya. 
Bila dah berpuas hati dan suami kata ok precis sama dengan yang frozen baru Sue guna pakai resepi pastry ni. Ni cerita 2 tahun lalu dan sekarang Alhamdulillah memang tak ade masalah dengan pastry dan filling kita boleh buat pelbagai. Sue selalu buat dalam 2 versi, ikut mood kalau nak guna buttermilk atau fresh milk tapi suami Sue suka kalau guna buttermilk kerana lembut dan lemak rasanya. Manakala inti pula yang sampingan telur dan sour cream sue tengok dalam siaran masakan 20 minit  dalam tv setiap hari khamis. 
Kalau duduk perhati memang kita nampak banyak mana yang depa guna dan Sue siap salin. Bahan selebihnya ikut citarasa sendiri. sebab itilah tiap kali depa buat pai cantik je bila di potong. Untuk pastry pula Sue Guna loyang biasa dan letak aluminum foil supaya dapat di angkat dan pastry ni jenis yang tinggi. Kalau ada loose pan lagi mudah tapi cara gini pun ok...

PAI AYAM DAN CENDAWAN SEDAP
Oleh: Sue Norrman

PASTRY
240g tepung gandum
1 sdt serbuk penaik@ baking powder
1/3 sdt garam
1 sdt icing sugar
50-70g mentega
100ml (+/-) susu segar (Sue guna buttermilk)*

Cara
1) Satukan bahan-bahan kecuali (*) hingga menjadi macam serbuk roti.
2) Kemudian masukan (*) tadi dan uli menjadi doh.
3) Terap bulat dan masukan ke dalam loyang(loose pan) 7- 8 inci. Kalau tak ade loose pan boleh guna loyang biasa dan letak dulu aluminium foil dalam nya supaya nanti bila pai dah masak dapat di angkat.
*Mesti terap sedang besar ya supaya dapat tinggi sekelilingnya*
4) Cucuk pastry dengan garpu supaya bila di bakar tidak mengelembung dan sejukan dalam 10 minit sementara membuat bahan inti.



 INTI AYAM DAN CENDAWAN SEDAP
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
1/2 biji bawang besar- dadu halus
minyak untuk menumis

(B)
50-100g isi ayam- cincang atau dadu terpulang
1 tin kecil cendawan- hiris

(C)
1 sdm sos tiram
1 sdm sos lea & perrin
1 sdm stok ayam pekat/1 ketul kiub
1/2 sdt lada hitam kasar
2 sdt gula (anggaran ye)
1 sdt kicap cair
garam secukunya
*Jangan letak garam dulu takut masin*

(D)
300ml sour cream
3 biji telur
1 sdt tepung jagung
Parutan cheddar secukupnya

Cara
1) Tumis bahan (A) hingga kuning dan masukan bahan (B).
2) Bila ayam dan bertukar warna masukan bahan (C) dan kuar sebati.
3) Rasakan secukupnya manis dan masin dan tutup api. Sementara menunggu ianya suam keluarkan pastry dari peti sejuk.
4 Bila bahan ayam dah suam, Satukan bahan (D) dan tuang kedalam bahan ayam yang dimasak tadi. Kacau sebati.
.5) Bakar 30-40 minit pada suhu 170-180 api bawah, bergantung pada oven masing-masing dan 10-15 minit terakhir bakar api atas bawah sehingga masak.
6) Bila dan suam baru di potong dan sedia untuk dimakan. Juga sedap di makan bersama Brown Sos DISINI.


SELAMAT MENCUBA!



KRAM








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...