Disember 19, 2018

DONUT KENTANG TERSANGAT GEBU..




ASSALAMUALAIKUM!


Donut kentang gebu dan sangat sedap! 
Inilah yang boleh SN cakap dan donut juga merupakan salah satu kegemaran anak anak dan EN. Sebenarnya SN selalu buat donut tapi kadang mood M melanda nak snap pun malas. Ini yang SN buat beberapa bulan yang lepas.

Kalau past donut SN lebih suka yang original sahaja. Fancy gitu memang tak minat lebih lagi yang ada ganache. Begitu juga EN kalau dia tahu SN buat donut memang siap pesan tak mahu deco deco cukup dengan gula sahaja.

Resepi ni SN olah sedikit dari resepi lama yang sedia ada di blog DISINI. Insyallah walaupun 2 hari ianya kekal lembut.


DONUT KENTANG YANG SANGAT GEBU
Resepi: Sue Norrman


Bahan bahan
A.
500g tepung high protein
50g gula halus
50g tepung susu
9g instant yis
2g bakerine plus( tak ada ganti 3/4 sdt double acting baking powder)
1/2 sdt garam halus 

B.
150g kentang - rebus dan lenyek halus
2 biji kuning telur
2 ketul ais + air sejuk = 130-145g (+/-)

C.
50g marjerin




Cara:
1. Masukan bahan B ke dalam BM di ikuti bahan A dan uli hingga sebati.

2. Kemudian masukan  C dan uli sehingga doh lembut elastik.

3. Keluarkan doh,  timbang 30-35g dan bulatkan. 

4. Letak dalam dulang yang telah di tabur tepung. 

5. Rehat doh sehingga separuh kembang dan buat lubang tengah.


6. Rehat kan  lagi selama 20-25 minit. Jangan terlebih kembang nanti doh akan kempis bila di angkat.

7. Boleh di goreng dengan api sederhana. 

*Masukan 1 sdm shortening dalam minyak supaya ianya tidak berminyak*



SELAMAT MENCUBA!

Bun Burger mudah dan sedap.




Assalamulaikum!

Hari ni SN kongsi kan lagi resepi bun burger yang menjadi kegemaran EN. KIV resepi kebanyakan resepi roti maka nya SN entri roti terlebih dahulu. Insyallah ada banyak lagi yang menunggu dan bersabar ye..

Bun burger mudah dan sedap! nak buat burger homemade dah tak payah nak beli di kedai, buat sendiri di jamin halal dan semestinya berpuas hati kan? Bun roti ni SN buat sama dengan roti manis cuma doh di bahagi 2 untuk roti manis dan burger sahaja.

Resepi yang sama SN gunakan untuk kali ini cuma berat doh di gandakan dan terpulang nak buat besar mana. Kalau guna ring memang hasilnya cantik. Saja nak intro, ring bun tu SN beli di batam dan sangat murah. Bila dah di gunakan menyesal pula beli sedozen huhu.. tak pa lah Insyallah next trip kita angkut banyak banyak ye.

OK! SN copy semula resepi nya ye tapi kalau nak tengok untuk resepi roti manis DISINI



BUN BURGER
Resepi: Sue Norrman

Bahan- bahan
A.
500g tepung high protein
75g gula halus
5g garam halus
10g instant yeast
2g bakerine plus( boleh guna bread improver yang lain) 

B.
1 biji telur gred A
200ml air sejuk peti ais
45g susu cair 

C.
60g butter/ shortening 

Sapuan.
Kuning telur + air/ susu cair 
             atau
spray dengan air sahaja
 
Bijan secukupnya 

Ring mould size 9-10cm


Cara:

1. Masukan bahan B ke dalam BM terlebih dahulu dan di ikuti bahan A.

2. Uli hingga menjadi doh sebati dan masukan bahan C.

3. Uli sehingga lembut dan elastik.

4. Keluarkan doh dan rehatkan 15 minit.

5. Kemudian timbang 65g setiap doh dan bulat kan.

6. Sediakan ring atas dulang dan masukan doh.

7. Rehatkan lagi sehingga doh naik 2 kali ganda.

8. Sapu atas doh dengan sapuan dan tabur bijan.

9. Bakar 20-25 minit sehingga keperangan dan keluarkan.

10. Boleh sapu butter atas untuk berkilat.
 
 
 

SELAMAT MENCUBA!

Cream Horn.. gerenti sedap!





Assalamualaikum!

Selamat pagi semua! Alhamdulillah hari ni mood "R" kembali setelah seminggu kena flu dan kurang sihat. Al maklum sekarang cuaca semakin sejuk dan snow pun dah tenggelam timbul. Nak keluar pun malas lagi pun EN ke Detroit ahad lepas atas urusan kerja dan Insyallah akan balik jumaat nanti.

Ok! berbalik pada resepi yang akan SN kongsi kan, sudah tentu semua tahu kan sekarang ni tengah hot dan viral lebih lebih lagi kalau di FB memang ada saja lalu lalang di feed. Sebenarnya cream horn ni SN dah buat setahun yang lepas cuma tak berkesempatan nak entri. Dan kebanyakan resepi SN share di IG terlebih dahulu. 

Memang tak dapat di sangkal lagi ianya ternyata nikmat dan gerenti sedap. Patut lah sekarang ianya menjadi kegilaan dan ada yang ambil kesempatan untuk buat PJJ pun melambak. Yang ini SN buat cara yang mudah sahaja manakala filling SN buat cream cheese. 

Nak cuba silakan.. Jom kita tengok resepi.


CREAM HORN
Resepi: Sue Norrman


Bahan bahan
Pastry puff secukupnya
Butter - cairkan untuk sapuan.
Gula pasir sedikit untuk taburan.

Filling.
A.

150g cream cheese - suhu ruang
1 - 2 sdm gula aising
1 sdm susu pekat.
Sedikit esen vanilla

B.
50- 60g whipping cream.


Cara filling.

1. Pukul bahan A sehingga sebati. Jangan sampai kembang.

2. Kemudian masukan bahan B dan pukul sehingga pekat. 

3. Masukan ke dalam piping bag dan sejukan dahulu dan boleh di gunakan.




Cara: 

1. Potong pastry memanjang sebesar jari telunjuk dan gulung pada cuan horn.

2. Kemudian sapu butter dan tabur gula.

3. Bakar 10- 15 mins sahaja pada suhu 185°C. Bergantung pada oven masing masing. 

4. Biarkan sejuk dan boleh pipe filling. 



SELAMAT MENCUBA!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...