Oktober 30, 2015

PUDING ROTI CHEESE DURIAN


Semalam Sue buat puding roti hasil cipta Sue sendiri. Sayang tengok roti yang Sue buat 4 hari lepas dan timbul idea nak buat puding bercheese. Dan terfikir juga kalau di buat sekali kastad campur durian pasti sedap.
Alhamdulillah.. Sebenarnya tak rugi mencuba yang penting kena kena pasti bahan-bahan, sukatan dan kaedah nya. Semalam bila Sue buat memang di tulis banyak mana bahan-bahan yang di guna dan kejadian yang amat memuas hati. Memamg tak makan nasi semalam dah kenyang 2 bekas kita makan sorang hihihi..
Puding ni kalau betul-betul sejuk memang sedap dan kastad nya Sue tak buat pekat, ala brulee gitu dan menggunakan gelatin untuk tidak keras. Sini Sue kongsikan resepinya ye.. Semoga dapat di manfaatkan bersama.


PUDING ROTI CHEESE DURIAN
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
5 keping roti putih/ tawar/ butterscotch- Buang tepi
250 ml susu segar/ susu cair
* Racik-racikkan roti dan rendam, dalam susu hingga kembang*

(B)
50g mentega - suhu bilik
100g cream cheese
50g gula halus (nak manis tambah lebih)

(C)
3 biji telur B
60 ml whipping krim
50g cheddar parut

Cara
*Panaskan oven pada suhu170-180 degrees. Kaedah steam bath*
1) Kisar halus bahan A dan ketepikan.
2) Pukul sebati bahan B, jangan kembang ya cukup sebati sahaja. Seeloknya menggunak hand whisk sahaja.
3) Masukan bahan C- telur dahulu satu persatu sehingga sebati dan masukan bahan selebihnya. Kuar rata dan masukan roti yang di kisar halus tadi. Sebatikan.
4) Sediakan remikin atau casserole dan letak dalam loyang besar dan tinngi supaya mudah untuk meletak air. Seeloknya guna kaca kerana kalau menngunakan loyang ianya melekat. Tuang adunan dan bakar selama 45 minit -1 jam bergantung pada oven masing-masing.
* Untuk memastikan ianya sudah cukup masak bila permukaan dan berkedut dan tidak mengembang lagi*
5) Biarkan suam baru tuangkan kastad durian di atasnya dan biarkan sejuk semalaman atau sekurang-kurangnya 4-5 jam.


KASTAD DURIAN
Bahan-bahan
(A)
200ml susu cair/ segar
50 ml whippiing krim
2 sdt tepung kastad
1 sdt tepung gandum
2 biji kuning telur
100g gula pasir (Tak nak manis kurangkan tapi sukatan ni tak berapa manis)
3 sdm puree/ isi durian 
Sedikit pewarna kuning

(B)
2 sdt gekatin + sedikit air - cairkan double boiler

Cara
1) Satukan bahan A dalam periuk dan sebatikan. Masak menggunakan api kecil sehingga naik mendidih dan naik wap.
2) Tutup api dan biarkan suam sekejap dan masukan gelatin dan kuar sebati. (jangan dimasak lagi ye dan pastikan gelatin cair ketika menunag ke dalam kastad)
3) Tuang atas puding tadi dan biarkan sejuk suhu bilik dan masukan kedalam peti sejuk.
4) Tabur sedikit cheddar bila nak makan.

SELAMAT MENCUBA!


KRAM

Homemade Cendol Dan ABC


Alhamdulillah.. melangsungkan hajat yang lama tertangguh. Lama dah nak makan ABC tapi kehabisan tepung ubi dan di Thai store pun tak ada stok. Ni bila dah cukup bahan baru dapat buat. Walaupun ABC tak semewah macam di Malaysia tapi syukur dapat melepaskan kempunan.
Resepi cendol Sue ambil dari youtube. Yang lain macam biasa tapi Sue guna Gula apong dan kordial vimto untuk mendapat rasa yang lebih sedap.




HOMEMADE CENDOL                                                        
Resepi/ Sumber: Youtube
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan                                                                  
1 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung ubi
1sdm tepung hoen kwee (Sue tambah)
1 sdm gula
1 sdt pandan paste + sedikit pewarna hijau

Cara
*Sediakan air + ais batu dalam bekas*
1) Bancuh sebati baha-bahan dan masak menggunakan api kecil sehingga pekat dan meletup kecil. Tutup api.
2) Masukan kedalam acuan maruku atau pengukus yang lubang halus. Tekan atas air batu dan biarkan 1 jam.
3) Sedia untuk digunakan dan kalau hendak menyimpan selebihnya letalkan sedikit air supaya cendol tidak kering/melekat.


BAHAN ABC
(Anggaran sendiri banyak mana nak guna)
 
Cendol
Kacang merah/ kidney bean (Sue beli yang sudah siap dan masak lagi dengan gula supaya manis)
Cincau
Jagung manis
Selasih - rendam dengan air biar kembang
Sagu yang sudah di masak
Susu cair
Sirap vimto/ Greenadine
Gula apong/ melaka untuk manis 

SELAMAT MENCUBA! 


KRAM





Oktober 28, 2015

BIHUN BELACAN/ KUCHING BIHUN BELACAN


Alhamdulillah.. Mihun belacan in the house!! Bila tengok memory last year di facebook teringin pula jadinya. Semenangnya lama dah tak buat mihun belacan ni.
Mungkin ianya tidak famous di Semenanjung tapi kami orang Sarawak terutama orang Kuching memang terkenal dengan mihun ni juga mi kolok dan laksa Sarawak. 
Dulu Sue selalu buat untuk birthday anak atau acara makan-makan di rumah dan menjemput kawan dan saudara datang. Siapa yang pernah makan mihun belacan ni pasti takut kelazatan rasanya. Walaupun bahan nya mudah tapi kalau kuah tidak sedap memang tidak sedap lah jawabnya. Sue cuma gunakan tauge dan timun memandang tidak ada sotong kembang dan telur padi. Walaupun ada telur memang sue tak pandai makan.
Kuahnya amat main peranan dan majoriti mihun belacan di monopoli oleh kaum cina. Amat sedikit kita orang bumiputra/ melayu yang buat mihun  belacan untuk jualan. Alhamdulillah.. bukan untuk riak tapi mihun ni menjadi kesukaan tetamu dan anak-anak. walaupun ada menu lain tetapi mihun ni tetap win!!

BIHUN BELACAN/ KUCHING BIHUN BELACAN
Resepi: Sue Norrman
(gandakan bahan-bahan kalau buat banyak)

Bahan-bahan
(A)
Mihun sedang kasar secukupnya - rendam kembang dan celur dengan air panas. Toskan
Tauge secukupnya
Timun - potong halus
Telur padi
Sotong kembang - potong sedang
Limau kasturi

(B)Kisar
1 biji bawang bombay sedang
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Sedikit udang kering

(C)
Cili giling (Tak nak pedas abaikan)
Minyak sedikit untuk menumis

(D)
1 liter air
1/2 inci belacan + sedikit air - hancurkan
1-2 sdt pitis udang
1 sdt asam jawa paste (kalau nak masam lebihkan)
*Sue guna bukan adabi so tak terlalu masam. Agak-agak ye*
Kicap pekat masin sedikit/ kicap pekat unuk warna
Garam sedikit takut lebih masin (rasakan terlebih dahulu kerana belacan dan kicap dah masin)
Gula dan aji secukup rasa. (Kalau tak makan aji abaikan)

11/2 sdt tepung kentang/jagung + air sedikit untuk memekat kuah*

Cara
1) Tumis bahan (C) hingga garing dan masukan bahan kisar. Tumis sehingga kuning dan bawang masak.
2) Masukan bahan (D) kecuali bancuhan tepung* dan biarkan mendidih menggunakan api sedang dalam 10 minit.  Rasa secukupnya.
*Sebelum masukan bancuhan tepung, tapis kuah terlebih dahulu atau cedok guna penapis kecil supaya kuah bersih*
3) Masukan bancuhan tepung dan kuar rata. Tutup api. Kuar jangan cair ataaupun terlalu pekat. Agak-agak ye sebab setiap jenis tepung jagung/ kentang tak sama.
4) Hidang bersama bahan-bahan sampingan diatas.

SELAMAT MENCUBA!
.


 KRAM


PANCAKE KEMBONG YANG SEDAP


Pagi tadi kita sarapan dengan pancake cara saya sendiri. Dulu Sue selalu buat untuk sarapan dan minum petang untuk anak-anak. 
Rasanya seakan donut tapi bukan di goreng dengan minyak banyak. Hanya menggunakan mentega atau marjerin dalam pan sahaja.
Kalau buat kecil-kecil untuk kanak-kanak pasti mereka suka.


PANCAKE KEMBONG 
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
250g tepung gandum
11/2 sdt serbuk penaik@ baking powder
1-2 sdt esen vanilla
50g gula pasir
3 biji telur A (Kalau tak ada boleh guna gred B)
150ml susu segar

Mentega/ marjerin untuk menggoreng.
Gula halus secukupnya.

Cara
1) Satukan bahan-bahan hingga sebati. Rehatkan 10 minit.
2) Guna non stick pan, cairkan mentega menggunakan api sederhana dan cedok 1-2 sudu makan adunan.
3) Biarkan sekejap sehinnga kuning dan balik sebelah lagi. Angkat dan letak dalam pinggan dan buat seterusnya sampai habis.
*Pancake harus di salut dengan gula ketika masih panas supaya gula melekat. Salut dengan gula sementara menunggu memasak seterusnya*

SELAMAT MENCUBA!

KRAM

Oktober 26, 2015

NASI AYAM YANG SANGAT SEDAP


Hari ni kita entri awal nanti bila dah gelap di luar rasa mengantuk lagi pun banyak kotak kosong yang menunggu minta diisikan.
Sendirian di rumah so kita masak cukup-cukup untuk seorang je. Suami Sue ke Padang terus ke medan Insyallah minggu depan balik lah. Nasi ayam ni my very own recipes. Rasanya hampir 18 tahun Sue menggunakan resepi ni setiap kali masak nasi ayam.
Cuma tidak ada sukatan bahan-bahan dan sue memang tidak menulis dalam buku ke apa semua dah set dalam kepala. Semuanya ikut anggaran sahaja. Nanti pada yang mencuba double kan kuantiti untuk masak lebih dari resepi yang Sue bagi ye!


SUP AYAM
Resepi: Sue Norrman 

Bahan-bahan
2 inci halia -kisar halus
5 ulas bawang putih - kisar halus
1 batang saleri - potong kecil
1 batang lobak merah sedang - potong 2 atau 3
6 kuntum cengkih
1 kuntum bunga anis
2 biji buah pelaga
Sedikit kulit kayu manis
1 biji bawang besar - potong panjang
2 liter air
Garam dan serbuk perisa secukup rasa
Tulang dada atau dada ayam untuk mendapat rasa yang sedap - cuci bersih
2 ketul paha ayam - cuci bersih *

*Jeruk kobis secukupnya - potong halus untuk di letak ke dalam sup bila makan nanti*

Cara
1) Rebus api sederhana bahan-bahan kecuali paha ayam(*) sehingga mendidih dan rasakan secukupnya.
2) Masukan paha ayam dan rebus sehingga ayam timbul dalam 10-15 minit. Bergantung pada saiz paha ayam dan kalau besar lanjutkan sedikit masa merebus takut bila di goreng masih berdarah dalamnya. Tutupkan api.
3) Angkat paha ayam dan rendamkan kedalam air sejuk sekitar 5 minit untuk mengelakkan kulit nya kecut.
4) Buang air dan toskan ayam sehingga kering dan ketepikan.


AYAM GORENG
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
2 Ketul ayam yang sudah direbus
1 sdt kicap pekat masin
1/2 sdt kicap manis
1 sdt  minyak bijan
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara
1) Panaskan minyak dengan api sederhana.
2) Lumurkan bahan basah pada ayam sehingga rata. Goreng sehingga keperangan dan angkat.
3) Biarkan suam baru di potong.


NASI AYAM
Bahan-bahan
2 cawan beras jasmine - cuci bersih dan toskan
11/2 - 2 cawan air sup ayam tadi (guna cawan yang sama) dan tapis untuk mendapatkan nasi yang bersih
* Sukatan air sup untuk masak nasi bergantung pada beras. Kenal pasti beras takut terlebih air menjadi lembik*
2 helai daun pandan - simpul
1/2 sdm mentega
Sedikit minyak sapi 
Sedikit pewarna kuning

Cara
1) Masukan beras kedalam periuk nasi dan tambah bahan-bahan selebihnya dan masak seperti biasa.
2)  Bila dan tukar keep warm, buka periuk dan kuar supaya nasi tidak padat dan tutup semula biarkan masak sepenuhnya.


SOS AYAM (GRAVY)
Bahan-bahan
11/2 sup ayam (tapis dahulu)
1 sdm sos tiram
 1 sdt gula
Sedikit kicap pekat - untuk menhitamkan sos
Sedikit minyak bijan
Sedikit lada sulah 
1 sdt tepung jagung - bancuh dengan sedikit air*

Cara
1) Didihkan bahan kecuali tepung jagung(*) dan rasakan secukupnya.
2) Masukan bancuhan tepung jagung dan kuar sebati, tutup api.


SOS CILI
(A)
2-3 biji cili merah hidup
2 biji cili padi
1 biji tomato ranum
1-2 ulas bawang putih
1 inci halia
1-2 sdm gula (bergantung pada citarasa sendiri. Kalau nak rasa manis boleh tambah gula lebih)

(B)
1/3 cawan sup ayam (tapis dahulu)
1 sdm sos cili
Sedikit garam
sedikit cuka

Cara
1) Kisar bahan (A) hingga halus.
2) Masukan kedalam periuk bahan kisar tadi dan masak atas api sederhana sehingga mendidih.
3) Masukan bahan (B) dan rasakan secukup (masam,manis,masam) dan biarka mendidih lagi. Tutup api.

SELAMAT MENCUBA!


 KRAM







HOMEMADE YEMEN ADANI TEA DAN HUMMUS


Alhamdulillah.. Hari ni kita sarapan seawal jam 6.30am. Lepas subuh mata memang dah tidak boleh lelap lagi so kita bangun terus ke dapur. Bila tengok roti masih bersisa 4 keping dalam kepala dah mcam-macam.
Terasa juga kesedapan roti arab kalau makan dengan hummus dan adani tea tapi kali ni Sue guna swedish tea bread DISINI dan tak kurang juga rasanya cuma tak asli je.
Resepi adani tea Sue dapat dari LYDIA HONEY FACEBOOK yang dia share. Memang sedap kalau menggunakan pure arab tea yang dia saran kan. Sue pun memang guna arab tea untuk minum harian Alhamdulillah rasanya memang tak menghampakan. Rugi kalau tak cuba tau!!
Manakala hummus Sue dapat dari classmate dari Syria tapi Sue buat sukatan sendiri. Resepi yang dia bagi secara rambang je.


ADANI TEA
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan (copypaste)
2-3 bag tea lipton@ black tea
31/2cup air panas
1 tsp cinnamon powder/ serbuk kayu manis*
1 tsp cardamom powder/ serbuk buah pelaga*
1tsp ginger powder/ sebuk halia*
1tsp serbuk buah pala*
2-3 kuntum bunga cengkih*
Gula dan susu cair secukup rasa.

Cara
1) Dalam teko@ periuk, panaskan air bersama bahan bertanda sehingga mendidih.
2) Masukkan gula dan biarkan mendidih sekali lagi dan masukkan tea.
3) Didihkan sebentar sehingga tea berwarna pekat dalam 1/2 minit dan masukkan susu.
4) Biarkan sehingga mendidih sekali lagi dan off kan api.
5) Tapis dan tuankan ke dalam gelas& cawan
    Sedia untuk d hidangkan.

  📌note:- sukat betul-betul ya spices tu jangan boh membumbun pulak nanti pingsan rasa tengit.. If tak de serbuk buah pala pon sila abaikan
Lagi POWER blend sendiri rempah tu jangan beli yg serbu, walau rumit tapi hasilnya tak mengecewakan. Tak caya trylah guna yg readymade serbuk n blend sdri biji rempah tu..
Sila cuba n share ok. Dah cuba tu bg la feed back nk tahu gak respond dari anda.

SELAMAT MENCUBA! 


 HUMMUS
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
1 kotak@ 400g  kacang kuda yang sudah direbus - tapiskan (airnya jangan dibuang dahulu) 
*Kalau tak ada yang sedia dalam kotak atau tin, boleh rebus sendiri hingga empuk*
2 sdt tahini@ sesame paste
1 ulas bawang putih
1/2 sdt garam halus
11/2 sdm jus lemon
3 sdm air kacang kuda tadi
3 sdm virgin olive oil*

 Cara
1) Masukan bahan-bahan kedalam food processor atau blender kecuali yang bertanda (*).
2) Kisar halus dan masukan minyak zaitun sedikit-sedikit dan kisar lagi hingga betul-betul halus.
3) Letak dalam pinggan leper atau mangkuk. Tekan dengan sudu dan tuang sedikit minyak zaitun dan sumac. Kalau tak ada sumac abaikan.

SELAMAT MENCUBA!


KRAM


Oktober 25, 2015

SWEDISH TEA BREAD


Roti yang paling mudah dan senang dibuat serta tidak banyak menggunakan bahan-bahan. Rasa yang sedap juga boleh digunakan untuk mini pizza atau makan bersama air teh atau kopi. 
Biasa tengok di supermarket berbagai-bagai jenis roti dan tertarik dengan roti yang satu ni. Resepi dah Sue kurangkan kuantiti sukatan dan dapat 8 keping juga ada yang Sue ubah. Kalau nak lebih kecil kurangkan timbag so dapat dalam 12-13 keping.
Sue lebih suka untuk sarapan makan bersama cheese dan jem. Biasa kalau ada lebih sarapan Sue buat bubur roti bersama yogurt dan chia seed. Sedap!!



SWEDISH TEA BREAD
Resepi: Buku berbagai Jenis Roti (Swedish)
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
160ml susu segar suam
30g mentega
1 sdm golden sirap (Resepi asal menggunakan gula)
1/3 sdt garam halus

(B)
250g tepung roti
1 sdt instant yis

Cara
1) Bahan (A) - Suamkan susu dalam microwave 30 saat atau lebih bergantung pada mikrowave masing-masing. Kemudian masukan mentega dan kuar hingga cair baru masukan golden sirap.
2) Masukan bahan (B) dak bread maker atau mixer dan tuang bahan A tadi sikit-sikit hingga sebati dan uli hingga elastik.
3) Rehatkan 30 minit dan tumbuk buangkan angin.
4) Timbang setiap satu pada 55-58g dan bulat-bulatkan.
5) Giling supaya leper dan bulat letak atas dulang pembakar dan cucuk dengan garpu.
6) Rehatkan lagi 20-30 minit sehingga naik.
*Panaskan oven pada suhu maximum. Bergantung pada oven masing-masing.*
7) Bakar selama 5-10 minit sehingga naik dan atasnya keperangan. Keluarkan dan biarkan sejuk.
*Simpan dalam bekas tertutup untuk mengekalkan kelembutannya*

SELAMAT MENCUBA!

KRAM






Mihun Goreng Kampung


Assaalammualaikum... Pagi tadi Sue sarapan mihun goreng kampung je. Mihun yang sempoi dan bahan yang mudah. Biasanya kalau mihun Sue tak suka letak tauge tau tahu kenapa tapi realiti nya gitulah.
Mihun yang menjadi kesukaan anka-anak Sue berbanding dengan mihun goreng yang lain walaupun letak seafood ayam atau daging. mereka lebih suka makan yang ada ikan bilis. Semua bahan Sue guna kuantiti yang sikit memandangkan Sue makan seorang. Kalau nak buat banyak agak-agak ye.


MIHUN GORENG KAMPUNG
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
1/3 peket mihun -rendam dan toskan

(A)
1 batang lobak merah - potong mancis halus
1 mangkuk sedang kobis yang sudah dihiris

(B) Kisar/tumbuk
5-6 biji bawang merah -tumbuk
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah hidup
Belacan secukupnya

(C)
Garam dan serbuk perasa secukupnya
1 genggam ikan bilis - goreng garing

Cara
1) Tumis bahan kisar hingga garin. Kemudian masukan bahan (A) - lobak merah dahulu.
2) Kacau hingga sebati dalam 2-3 minit dan masukan mihun yang sudah di toskan bersama dengan kobis.
3) Goreng hingga sebati dan masukan bahan (C). Kacau sebati dan rasakan secukupnya sehingga mihun masak. Tutup api.

SELAMAT MENCUBA!


KRAM


Oktober 20, 2015

KARIPAP ALA IKEA


Alhamdulillah.. Keinginan nak makan karipap telur Ikea ni langsung juga walaupun bukan dari Malaysia datang nya. Kalau lah karipap ni salah satu menu set dalam Ikea restoren pasti meletop kan!
Walaupun bukan asli dari Ikea tapi dah ada trademark nya tersendiri. Nak dapatkan sebiji macam karipap mereka memang tidak kot tapi kali ni Sue nak kongsi resepi kulit yang rapuh dan sedap memang seakan karipap ikea.
 Insyallah.. walupun dah sejuk kulitnya masih tetap rapuh dan tidak liat.
Sue mencuba dengan kreativiti sendiri gabungan 3 jenis tepung dan 4 jenis cecair berminyak (Shortening, marjerin, ghee dan minyak jagung). 
Doh mesti di sejukan terlebih dahulu untuk mendapatkan tekstur yang rapuh.


KARIPAP TELUR ALA IKEA
Resepi: Sue Norrman

Bahan untuk kulit/doh
(A)
350g tepung gandum
3 sdm tepung kentang
2 sdm tepung beras
1/2 sdt garam

(B) Cairkan
2 sdm marjerin
2 sdm ghee/minyak sapi
2 sdm shortening
3 sdm minyak jagung/masak

(C)
11/2 sdm gula icing
200ml (+/-) air sejuk petiais

Cara
1) Satukan bahan (A) dalam mangkuk besar dan sebatikan.
2) Tuang bahan (B) yang sudah di cairkan ketika masih panas. Guna senduk kayu dan gaul hingga sebati dan suam.
3) Masukan bahan (C) gula terlebih dahulu dan kemudian masuk air sejuk sedikit-sedikit sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
4) Bungkus dengan wrapping plastic dan sejukan dalam petiais (Bukan tempat beku) selama 1-2 jam.
5) Bila dah sedia keluarkan sekejap doh dalam 20 minit dan bolehlah di giling. (kalau giling sedang nipis ianya makin sedap, rapuh dan ranggup diluar) di cetak dan masukan inti serta telur rebus.
(Sue tidak menggunakan acuan hanya terap dan tekan hujung dengan garpu)
6) Goreng menggunakan api sederhana yang betul-betul panas.


INTI KARIPAP
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
3 biji kentang saiz sedang - buang kulit dan potong dadu kecil 
1 biji ubi keledek (Oren) - potong dadu kecil
* Rebus 3/4 masak dan toskan*

(B)
1 ketul kecil isi dada ayam - cincang halus
1/2 biji bawang besar - cincang halus
1 biji bawang putih - tumbuk halus
2 sdt serbuk kari
1 sdt udang kering - rendam dan tumbuk halus
Garam dam gula merah secukup rasa*
(Inti mesti manis sedikit ye)

(C)
3-4 biji telur ayam - rebus dan belah 4

Cara
1) Tumis bahan (B) ikut turutan sehingga garing kecuali yang bertanda *.
2) Masukan Bahan (A), gaul sebati dan masukan garam dan gula merah secukup rasa.
3) Gaul sehingga kentang dan ubi menjadi lembut dan tutup api.

SELAMAT MENCUBA!






Oktober 18, 2015

CHEESE BUN YANG SANGAT GEBU


Alhamdulillah.. Kejadian yang tidak menghampakan walaupun tanpa penggunaan bread improver, bread softener mahupun baking powder. Semuanya menggunakan bahan asas biasa dan menggunakan starter doh sejuk yang diperap dalam petiais.
 Syukur yang teramat eksperiment Sue berjaya dan tidak merisaukan lagi. Kalau di Malaysia semua senang nak dapat tapi tidak bagi kami di sini. Bahan baking teramat limit nak dapat cuma yang biasa sahaja.
 Tekstur roti yang amat ringan dan gebu sekali. Lama sebenarnya bermain dengan tepung untuk mendapat tekstur seperti yang di ingini Alhamdullah hari ini menjanjikan bahagia dan senyum sampai ke telinga.
Sebenarnya nak buat bun kaya bila terpandang cheddar yang masih banyak dalam petisejuk terus berubah fikiran.


CHEESE BUN GEBU
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A) Starter
 250g tepung roti
1/2 sdt instant yis
1 sdm gula halus
160g air sejuk petiais

Cara
Satukan supaya rata. Tutup dengan kain dan rehatkan 30 minit. Kemudian masukan kedalam peti sejuk dan rehatkan 1-1 1/2 jam sebelum digunakan.

(B)
100g tepung roti 
1 sdt instant yis
20g gula halus
1 biji telur c - pukul lepas
20ml susu cair/susu segar full krim
50g mentega/marjerin
1/2 sdt garam

Sapuan
Sedikit telur + susu cair/ susu segar
Cheddar parut dan gula secukupnya

Cara
1) Bahan B - Satukan bahan kering bersama bahan (A) starter dan uli sebati. 
2) Masukan telur dan uli lagi dan masukan susu cair.
3) Uli sebati dan akhir sekali masukan mentega dan garam. Uli hingga elastik.
4) Rehat doh 30 minit atau naik 2 kali ganda. Tumbuk doh untuk membuang angin dan timbang setiap satu pada 30g.
5) Sapu sedikit minyak/ shortening pada tangan untuk memudahkan membulat dan tidak melekat pada tangan.
6) Letak dalm loyang yang sudah disapu minyak atau shortening. Susun mengikut citarasa sendiri.
7) Rehatkan lagi 30 minit atau bila bun dan cukup naik sapu dengan telur + susu, tabur gula dan cheddar.
*Panaskan oven terlebih dahulu sebelum membakar*
8) Bakar 25 minit pada suhu 180-200 degrees bergantung pada oven masing-masing. 5 minit terakhir menggunakan api atas bawah.
9) Bila dah masak keluarkan dan terus sapu mentega supaya berkilat dan tidak keras pada permukaan roti bila sudah sejuk.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM

Oktober 16, 2015

BUN YANG LEMBUT DAN GEBU


ALHAMDULILLAH... balik exam semalam terus buat roti. Dari awal dah set nak makan burger cuma kengkangan waktu di sebelah pagi. Banyak urusan yang harus diselesaikan. Walaupun exam ianya tidak membataskan kita dari tidak terus ke dapur kan?.
Bun ni memang sangat lembut dan gebu. Memang amat sesuai untuk burger atau roti kosong buat cicah air kopi. Sue buat mini bun untuk burger dan garlic bread ala Pizzahut.
Teringat pula dengan Sarawak butter bun yang sangat sedap. Itulah satu keunikan Sarawak butter bun susah nak jumpa rasa inti dan roti menyerupai roti yang sama. Juga bun kelapa campur kacang walla.. Tak tau nak cakap rasanaya... resepi asal dari buku pelbagai roti (Chinese) dan Sue cuma bahagi 3 dari sukatan asal.


BASIC BUN LEMBUT
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
350g tepung high protein@ tepung roti
20g wet fresh yis - kalau tidak ada guna 11/2 sdt instant yis
11/2 sdt bread improver
1/2 sdt bread softener
1/2 sdt garam
25g susu pekat manis
1 sdm gula
1 biji telur gred B - pukul hancur dahulu dan tinggal sedikit untuk sapu atas roti kemudian
100ml air sejuk petiais
2-3 ketul ais batu

(B)
30g shortening

(C) Sapuan
Susu cair atau susu segar sedikit 
Sedikit telur



 Cara
1) Sediakan mixer atau bread maker, masukan bahan (A) dan uli hingga sebati.
2) Kemudian masukan bahan (B) dan uli sehingga elastik. Saya putar 2 kali mengguli menggunakan bread maker sehingga betul-betul elastik untuk mendapatkan doh yang ringgan dan gebu.
3) Bila dah elastik, rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda kurang lebih dalam 45 minit. Kalau menggunakan mixer, tudung dengan kain lembab.
4) Tumbuk doh untuk membuang angin dan timbang pada 45-50g bergantung pada saiz yang dikehendaki.
5) Ambik sedikit shortening atau minyak, sapu pada tangan dan bolehlah membulatkan doh. Ianya hanya supaya doh licin dan tidak melekat di tangan.
6) Letak doh kedalam dulang pembakar yang sudah di sapu mentega atau minyak. rehatkan lagi sehingga naik dalam 40 minit.
7) Panaskan Oven pada suhu 180-190 degrees terlebih dahulu sekitar 15 minit. Sapu permukaan doh tadi dengan bancuhan telur dan susu cair sedikit. Tabur bijan dan bolehlah masukan doh tadi dan bakar selama 25 minit bergantung pada oven masing-masing. 5 minit terakhir menggunakan api atas bawah.
8) Bila dan masak keluarkan dan terus sapu mentega lagi supaya bun berkilat dan tidak keras.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM

Oktober 13, 2015

AGLIO E OLIO


'SALAM MAAL HIJRAH DAN SALAM AWAL MUHARRAM' 
 untuk semua umat Islam tak kira dimana pun berada. Tidak terasa begitu cepat masa berlalu meninggalkan kita dan kini menyamabut tahun baru dalam kalendar Islam.
 Semoga di tahun baru ini memberi makna pada kita semua. 
Suka duka itu lumrah kehidupan dan kita jadikan segalanya sebagai teladan dan pengajaran. Kita labuhkan tirai lama sebagai kenangan dengan keredhaan seiklas dihati.
Hari ni Sue cuma berkesempatan masak pasta yang simple memandang balik dari sekolah dan pejabat suami lewat petang. Tambahan hari hujan dari pagi nak beli dapur terasa malas dan uaca sejuk teramat. 
Aglio e olio yang simple dengan cara Sue sendiri dan menjadi kesukaan suami. Sue lebihkan seafood untuk rasa yang lebih sedap.

AGLIO E OLIO
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
200g speghetti pasta
1 sdt garam
1 sdm miinyak zaitun
Air secukupnya untuk merebus

(B)
4  sdm minyak zaitun
4 ulas bawang putih - cincang halus
1/2 tin cendawan butang - potong ikut suka
10 ekor udang - buang kulit dan tos kering

(C)
1/2 sdm red peppercorns
1/2 sdt oregano kering
1/2 sdt daun dill kering
1/2 sdt daun basil kering
5 biji buah zaiton hijau atau hitam - potong halus
Daun parsley (fresh) -cincang halus. Kalau tidak ada boleh guna yang kering 
Garam secukup rasa
1/2 sdt serbuk perasa
Cili benggala - ikut suka
Parmesan cheese secukupnya

Cara
1) Bahan A - Didihkan air dan masukan minyak dan garam. Biarkan mendidih lagi dan masukan speghetti.
2) Rebus sekitar 5-8 minit bergantung pada jenis yang digunakan. Jangan rebus terlalu lama nanti menjadi lembik. Seeloknya ikut arahan belakang bungkusan speghetti.
3) Tos dan letaskan kedalam mangkuk besar. ketepikan sebentar.
4) Tumis bahan B ikut turutan sehingga bawang kuning dan tutup api.
5) Tuang dalam mangkuk speghetti bersama bahan (C) dan kacau gaul sebati dan secukup rasa.

SELAMAT MENCUBA!


KRAM

Rendang Sotong Hijau

Alhamdulillah.. kesampaian juga memasak rendang sotong ni dan yang paling syiok makan dengan nasi panas. Dulu masa masa di Malaysia memang selalu buat untuk makan bersama nasi lemak tapi bila dan berhijrah baru ni Sue masak rendang sotong. kalau nak sedap guna sotong yang segar tapi kami di sini memang hampa dan tak akan jumpa sotong segar. Semua nya frozen tapi syukur juga dari tak ada kan..
Mungkin janggal nama nya tapi kalau dah merasa memang tak percaya dan sedap sekali. pertama kali Sue makan bila bibik, pembantu rumah Sue masak 15 tahun dahulu. Di situlah Sue belajar dari dia dan banyak juga ilmu masakan yang dia tinggalkan untuk kenangan.

 RENDANG SOTONG HJAU
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
1 kg sotong - cuci, buang kulit dan potong 2 atau 3 sahaja.
2 sdm air kapur
500ml air

(B) Kisar
10 biji cili hijau + cili padi kalau suka pedas
10 biji bawang merah -Sue guna bawang bombay
3 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
1 inci halia
2 batang serai
1 sdt jintan putih - sangai dulu
1 sdm biji ketumbar - sangai dulu
1 sdt jintan manis - sangai dulu
1/2 inci belacan - bakar dulu
1/2 inci kunyit hidup - bakar dulu 
2 biji buah keras 
Minyak secukupnya untuk menumis

(C)
200ml santan pekat
2-3 helai daun kunyit - hiris halus
5 lambar daun limau purut - buang tulang
1 biji limau nipis - ambil jusnya
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara
1) Bahan (A) - didihkan air bersama air kapur dan masukan sotong. Biarkan dalam 5-8 minit.
2) Buang air kapur dan cuci bersih lagi dengan air dalam 2-3 kali. Tos dan ketepikan.
( Penggunaan air kapur adalah untuk mengeras dan memejalkan sotong supaya bila di masak ianya tidak mengeluarkan air)
3) Tumis bahan (B) sehingga garing dan pecah minyak. Masukan bahan (C) dan kuar sehingga santan pekat baru masukan sotong tadi.
4) Kacau sebati dan masak dalam 10-15 minit lagi. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

SELAMAT MENCUBA!


KRAM

 



Oktober 11, 2015

BRIYANI AYAM MASALA


Hari ni terlebih rajin sikit. Seminggu tak makan nasi bila nak makan terlebih pula. Briyani masala resepi ehsan dari isteri kawan suami Sue yang memang orang India. Rempah briyani memang asli dari india. 
Alhamdulillah.. memang sedap dengan aroma daun pudina dan ketumbar akan tetapi kejadian nasinya tidak berapa cantik kerana Sue menggunakan beras jasmin. Teknik yang berbeza dari nasi briyani biasa. Itulah kelebihan mereka ni. 
Cuma tairu Sue ganti dengan sour cream dan sampingan acar rampai dan telur goreng madu DISINI

BRIYANI AYAM MASALA
Resepi: Indian Family
Oleh: Sue Norrman

Bahan-bahan
2 cawan beras basmathi
(Rendam sekejap dalam 20 minit. Buang air dan tuangkan air panas mendidih dan tutup selama 15-20 minit dan toskan)

(A)
2 ketul paha ayam - cuci dan potong 2 atau 3. Toskan.
3 sdt serbuk briyani  masala
2 sdt garam masala
1/2 sdt serbuk cili
3 sdm sour cream atau buttermilk 
1 sdm minyak zaitun
1 sdt serbuk kunyit
1/2 cawan daun mint yang sudah dipotong halus
1/2 cawan daun ketumbar yang sudah dipotong halus
1 biji lemon - parut kulitnya
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
1 batang kulit kayu manis
2 inci halia - kisar halus
1 biji sedang bawang besar + 1 biji kecil bawang bombay - kisar halus
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
2 biji tomato - potong panjang
2 biji lobak merah - potong bulat 
1 sdm mango chutney

(B)
3-4 sdm minyak zaitun
1/2 biji bawang besar - potong panjang

(C)
Bawang goreng ikut suka
1/2 cawan kismis hitam
2-3 biji cili hijau

Cara
1) Satukan bahan (A) dan perap 2 jam dalam peti sejuk.
2) Tumis bahan (B) hingga kuning. Kemudian masukan bahan perapan tadi setengan bahagian. Tuang beras yang sudah di tos tadi dan tuang lagi lebihan bahan perapan. Tabur bahan (C) dan tutupkan periuk.
3) Kalau menggunakan periuk biasa, tutup periuk dengan aluminum foil dan masak mengguna api besar selama 10 minit (Seeloknya bawah periuk lapik dengan tudung tin supaya tidak hanggus) dan kecilkan api sehingga masak anggaran 30 minit.
4) Ketika memasak jangan buka tudung sehingga masak betul-betul. Bila dan masak bolehlah di carik sedikit supaya beras tidak patah.
5) Bolehlah di hidang bersama acar atau dhal mengikut selera masing-masing.

SELAMAT MENCUBA!


KRAM



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...