Jun 27, 2017

Swedish Meatball Creamy Pasta


Selamat petang semua!!

Tentu semuanya masih berseronok menyambut hari raya kan? Tak terasa begitu cepat masa berlalu dan hari ni dah syawal ke-3. Tradisi berziarah dan open house kini masih panas lebih lebih  lagi cuti sekolah panjang sudah tentu ada yang mengambil kesempatan untuk bercuti juga. Kami di sini dah kembali seperti biasa dan tiada yang istimewa selepas syawal pertama.

Bila SN on Fb terasa sayu bila tengok rakan Fb semua update pasal raya. Lebih lagi kalau beraya di kampung memang merupakan kenangan terindah. Tradisi orang arab di sini pula mereka lebih menyambut aidil adha berbanding aidil fitri. Kalau raya haji mereka menyambut selama 4 hari dengan meriahnya. SN pernah menyambut bersama mereka dan berziarah ke 4 buah rumah rakan sekelas SN. Lain negara lain adat tapi SN suka berziarah rumah arab syrian. Masakan dan dessert mereka sedap semuanya. 

Untuk hari ini SN kembali ke dapur tapi dengan menu western atas permintaan EN. Katanya lama tak makan swedish meatball tapi kali ni SN buat sekali senang kerja lagipun kehabisan kentang itu sebabnya terpaksa di ganding dengan  pasta. Creamy pasta ni memang dah selalu SN buat dan memang sedap! Yang pasti memang kenyang. SN buat dalam 2 bekas kecil senang nak makan dan  cukup untuk seorang. Tak payah kongsi gitu hihi. So.. kita tengok resepinya.


SWEDISH MEATBALL CREAMY PASTA
Resepi: Sue Norrman

Bahan meatball 
300g daging kisar
2 sdm serbuk roti
1/2 sdt kryddpepper/  mixed spice
Secubit serbuk lada hitam
1 biji bawang putih - tumbuk halus
Sedikit bawang besar - cincang halus 
Garam dan gula secukup rasa
1 sdm mentega/ marjerin
1/2 ketul kiub ayam/ lembu

* 2 sdm mentega/ marjerin untuk menggoreng meatball

Cara
  1. Panaskan 1 sdm mentega dan tumis bawang besar sehingga kuning dan layu.
  2. Satukan semua bahan sehingga sebati.
  3. Ambik sedikit dan bulat sebesar duit 50 sen sehingga habis.
  4. Panaskan 2 sdm mentega dalm non stik pan dengan api sederhana dan masukkan meatball yang telah di bulat tadi.
  5. Masak sehingga meatball bertukar warna dan keperangan. Tutup api dan ketepikan seketika.



Bahan Creamy Pasta
1- 2 cawan penne atau pasta kesukaan sendiri
300ml fresh milk
200ml whipping cream/ cooking cream
Sedikit serbuk paprika/ ceyenne pepper - kalau tak ada boleh skip
Garam dan gula sedikit
1 ketul kiub lembu/ ayam
Air untuk merebus pasta

*Parutan cheedar dan mozzarella
*Sedikit parutan parmesan - skip kalau tak ada
*Daun parsley fresh - cincang atau boleh guna yang kering

Cara
  1. Rebus air dan masukkan sedikit minyak dan garam sehingga mendidih.
  2. Kemudian masukkan pasta dan rebus sehingga lembut (ikut arahan belakang plastik atau kotak)
  3. Bila pasta dan lembut tos dan ketepikan.
  4. Panaskan semula pan bersama meatball tadi dengan api sederhana.
  5. Masukan susu, krim, serbuk paprika, garam dan gula. Kacau sebati dan biarkan mendidih seketika.
  6. Masukkan pasta tadi dan kacau sebati lagi. Lanjutan mendidih sambil di kacau. Tutup api.
  7. Sediakan casserole dan masukan meatball bersama pasta tadi.
  8. Tabur parutan cheese, parmesan dan daun parsley. Bakar selama 20-30 minit pada suhu 180 sehingga kuning pada permukaan pasta.
  9. Keluarkan dari oven dan sedia untuk di nikmati.
SELAMAT MENCUBA!


KRAM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...