Februari 14, 2016

KRIM KARAMEL TRIFLE PUDING


Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu..
Semalam atas permintaan suami minta buatkan dessert special untuk santai hujung minggu. Kebiasaan dessert beginilah yang dia suka tapi kali ini sue buat yang senang je dan menggunakan instant yang sedia di jual. Sebenarnya sue nak buat puding arab yang menggunakan kordial vemto tapi dah habis so beli jelly dan krim karamel sahaja. Saja nak simpan buat stok mana tahu ada tetamu datang mengejut. Bila suami dah minta buatkan sue buat ala trifle dan menggunakan kek yang dah sedia siap. Mudah dan jimat masa hihihi..


KRIM KARAMEL TRIFLE PUDING
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
1 kotak kek paun - Sue guna yang jenis bulat
1 tin sedang koktail - tapis dan asingkan jus dan buah
1 kotak instant krim karamel

(B)
3 sdm tepung kastad
300 (+/-) ml susu segar/ susu cair
3-4 sdm gula pasir -nak manis lebihkan
1 sdt esen vanilla

(C)
1 kotak instant jelly - terpulang nak guna perisa apa
Buah koktail

Cara
1) Bahan A- masukkan kek kedalam bekas kaca, siram sedikit jus koktail tadi supaya ianya lembab. Jangan terlalu banyak nanti lembik.
Kemudian bancuh instant krim karamel (Ikut cara yang tersedia dibelakang kotak) dan tuang keatas kek tadi. Biarkan ianya meresap ke dalam kek. Ketepikan dan biarkan sejuk seketika.
2) Satukan bahan B dan masak atas api sehingga adunan pekat dan naik wap. Tutup api dan tuang keatas adunan karamel tadi. Ratakan permukaannya dan sejukkan lagi dalam 20-30 minit.
3) Bahan C - Masak jelly ikut arahan di belakang kotak sehingga mendidih dan tutup api. Carik sikit permukaan kastad tadi dan tuang jelly yang telah dimasak. Tabur buah koktail dan sejukkan semalam di dalam peti sejuk. Bila dan sejuk sepenuhnya sedia untuk dimakan.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...