SELAMAT PAGI..
Berbalik pada cekodok pisang yang sue buat 3 hari lepas. Atas permintaan en.somi untuk sarapan sebelum pergi kerja. Kebiasaan cekodok ni kami suka makan dengan jem raspberry dan kombinasi yang ideal. Sedap sangat. Cekodok ini walaupun dan sejuk tapi luarannya tetap masih ranggup. Banyak kali dah buat tidak akan jemu menjamu mereka yang datang dan menjadi satu kesukaan dan habis terlebih dahulu dari yang lain..
Resepi sedia ada DISINI
CEKODOK PISANG
Resepi: Sue Norrman
Bahan-bahan
350g pisang embun/hotel/berangan
200g tepung gandum
100g gula
1 sdtsoda bicarbonate
1 sdm minyak
Sikit garam
Kelapa parut sedikit jika suka
Cara
1) Lenyek pisang hingga hancur kesemuanya dan masukan gula diikuti bahan-bahan yang lain.
2) Sebatikan rata dan tutup dengan plastik atau simpan dalam kontena dan sejukkan dalam peti sejuk dan sejukkan semalaman.
3) Keluarkan 10-15 minit sebelum menggoreng.
4) Panaskan minyak, bila minyak dah betul-betul panas turun ke api sederhana.
5) Cedok guna tangan sahaja ikut suka
saiznya supaya kejadiannya cantik dan bulat. Jangan terlalu besar kerana
ianya akan mengembang.
6) Balik-balikkan supaya masak sekata dan buat sampai habis.
SELAMAT MENCUBA!