Memaparkan catatan dengan label BINGKA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BINGKA. Papar semua catatan

Julai 08, 2017

Bingka Ubi Sedap Dan Mudah



Selamat pagi!!

Assalamualaikum semua... alhamdulillah bertemu kembali setelah lama tak ke dapur hihihi. Lately SN sibuk sedikit memandangkan banyak urusan yang nak di uruskan. Lagi pun EN cuti summer selama 5 minggu makin sibuk lah kita macam macam yang EN nak buat. Nak tak nak kita pun terpaksa ikut membantu.

Bingka ubi sedap dan mudah!! Haaa... seriously memang sedap dan mudah nak buat. Rasanya cukup lemak dan tak manis. Resepi ni SN olah sendiri mengikut anak tekak manakala ubi tu SN beli yang dan di parut dan frozen. Walaupun duk beribu batu jauh dari tanahair tapi syukur juga dapat merasakan nikmat kuih tempatan kita orang Malaysia. Walaupun warnanya tak gah tapi rasanya sedap tau dan SN tak letak pewarna. Ianya merupakan warna asli dari gabungan susu dan santan.

Bila part membakar bingka ni kena sabar dan SN suka bakar sampai keperangan sikit dan yang tepi keperangan itulah menjadi rebutan lebih lagi kalau masih suam gitu. Bingka ni SN bakar dalam casserole aja untuk memudahkan dan tak melekat. Kalau nak guna loyang biasa pun ok juga. Kena sapu dengan mentega dan tabur sedikit tepung. Tak payah lapik dengan kertas minyak. Ok.. joim kita tengok resepinya.


BINGKA UBI SEDAP
Resepi: Sue Norrman

Bahan bahan
500g ubi yang telah di parut halus - jangan di tapis 
1/2 tin susu manis - tin saiz rendah
1/2 tin susu cair 
1/5 cawan gula pasir
200ml santan pekat - SN guna santan kotak
3 biji telur
Sedikit esen vanilla
Pewarna kuning jika suka

*Loyang 6 atau 7 inci juga boleh guna casserole*


Cara
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 160 celcius, tray rack di tengah tengah selama 10 minit terlebih dahulu.
  2. Satukan kesemua bahan bahan sehingga sebati.
  3. Sapukan loyang dengan sedikit mentega dan tabur sedikit tepung dan ratakan.
  4. Masukan adunan tadi ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam sehingga keperangan dan masak.
  5. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sepenuhnya dan boleh di potong.

SELAMAT MENCUBA!
 


April 18, 2016

BINGKA LABU SEDAP DAN LEMBUT


Resepi KIV yang menunggu giliran untuk di kemaskini. Alhamdulillah.. Bingka labu yang salah satu bingka kegemaraan sue. Bingka ni sue buat minggu kedua sue berada di kuching. Lama sebenarnya dah plan nak buat tapi kengkangan masa menjadikan ianya tertangguh. Resepi yang sama sue guna untuk membuat bingka kacang hijau cuma tukar kandungan isinya saja. Jom tengok resepi.


BINGKA LABU LEMBUT
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
2 biji telur A
100g gula pasir

(B)
50g tepung gandum
30g tepung hoen kwee
1/3 tin susu manis
300ml santan pekat
100ml susu cair
2 sdm srikaya pandan/ original
60g marjerin - cairkan
Pewarna kuning jika perlu

(C)
200g isi labu kuning - rebus empuk dan lenyek halus/kisar
150ml air panas mendidih

Cara
*Panaskan oven pada suhu 180 degrees. Sediakan loyang 7 inci dan sapu dengan marjerin serta lapik dengan kertas minyak*
1) Kacau sebati bahan (A) sehingga gula hancur sahaja.
2) Kemudian masukan bahan (B) dan sebatikan lagi.
3) Masukan bahan (C) satu persatu di akhiri dengan air panas. Sebatikan.
4)  Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar 50 minit - 1 jam api bawah.10 minit terakhir menggunakan api atas bawah sehingga keperangan. (bergantung pada oven masing-masing)
 SELAMAT MENCUBA! 
KRAM

September 11, 2015

BINGKA PANDAN KACANG HIJAU YANG SEDAP


Kuih tradisi yang tak pernah jemu dimakan. Kali ni Sue menggunakan kacang hijau dan pati pandan yang membuatkan bila dibakar harum  je baunya. Resepi memang dari ilham Sue sendiri. Try and error menjadikan sesuatu yang kita buat bila berhasil memang berpuas hati.



BINGKA PANDAN KACANG HIJAU
Resepi: Sue Norrman
Bahan-bahan
(A)
2 biji telur A
100g gula pasir

(B)
50g tepung gandum
30g tepung hoen kwee
1/3 tin susu manis
200ml santan pekat
100ml susu cair
2 sdm srikaya pandan/ original
60g marjerin - cairkan
Pewarna hijau jika perlu

(C)
200g kacang hijau yang sudah direbus empuk
100ml pati pandan (5 helai daun pandan dikisar bersama 100ml air)
150ml air panas mendidih

Cara
*Panaskan oven pada suhu 180 degrees. Sediakan loyang 7 inci dan sapu dengan marjerin serta lapik dengan kertas minyak*
1) Kacau sebati bahan (A) sehingga gula hancur sahaja.
2) Kemudian masukan bahan (B) dan sebatikan lagi.
3) Masukan bahan (C) satu persatu di akhiri dengan air panas. Sebatikan.
4)  Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar 50 minit - 1 jam api bawah.10 minit terakhir menggunakan api atas bawah sehingga keperangan. (bergantung pada oven masing-masing)



SELAMAT MENCUBA!


KRAM

September 06, 2015

BINGKA PISANG MARBLE YANG SANGAT SEDAP


Alhamdulillah.. semalam Sue bereksperimen lagi dengan bingka tapi kali ni menggunakan pisang. Mulanya terfikir juga kalau tak menjadi tapi tawakal. Walaupun pun tak menjadi fikir Sue tapi masih nak mencuba rasa mungklin dapat diperbaiki mana yang seharusnya kita ubah. 
Tak disangka eksperimen successful dan rasanya waalaa memang sedap!! Dengan kombinasi rasa coklat dan peanut butter membuatkan rasa lemak. Semalam punya dah habis Insyallah Sue nak buat lagi.



BINGKA PISANG MARBLE
Resepi: Sue Norrman


Bahan-bahan
(A)
2 biji telur A
100g gula perang

(B)
2 sdm peanut butter halus
1/2 sdt soda bicarbonate
8 sdm susu manis (nak lebih pun boleh)
4 sdm susu tepung
Secubit garam 

(C)Kisar halus
500g pisang berangan/ embun
50ml santan pekat

(D)Kisar halus
5-6 keping roti tawar (Tak payah buang tepi)
250ml santan pekat

(E)
1/3 cawan minyak jagung atau mentega cair

(F)
2-3 sdm milo+ coklat emulco

Cara
*Panaskan oven pada suhu 170-180 degress*
1) Pukul bahan (A) sampai kembang.
2) Masukan bahan (B) dan pukul sebati (Low speed).
3) Diikuti bahan (C) dan (D). Kacau sebati mengguna senduk sahaja.
4) Akhir sekali masukan bahan (E) dan sebatikan lagi. Bahagi kepada 2 bahagian  dan satu bahagian dicampur dengan bahan (F).
5) Sapu loyang 9 inci dengan mentega dan lapik dengan kertas kek. Tuang adunan coklat dulu berselang seli dengan adunan putih sehingga habis.
5) Bakar selama 1 jam (bergantung pada oven masing-masing. Cucuk bahagian tengah bingka dengan spegetti atau lidi satay untuk mempastikan kek dah masak ke belum. Kalau masih melekat sedikit lanjutkan masa membakar dalam 10 mimit api bawah). 50 minit pertama menggunakan api bawah sahaja dan 10 minit terakhir menggunaka api atas bawah untuk menggaring sedikit bahagian atas bingka.
6) Biarkan sejuk dan boleh dipotong.


SELAMAT MENCUBA!

KRAM



September 02, 2015

BINGKA TELUR KASTAD


Tak keruan dibuatnya bila dalam kepala duk fikir nak makan bingka. Untuk melepas hajat Sue buat bingka telur je untuk minum petang kami. Resepi hasil ilham Sue sendiri dan bertahun menggunakan resepi yang sama untuk semua jenis bingka cuma kalau ada tambahan puree, ianya menjadi semakin sedap.
Resepi ni dah jauh merantau dan menjadi feveret keluarga kawan Sue di Turkmenistan. Tiap kali menggadakan apa-apa keramaian dan jamuan dia tetap membuat bingka dengan berbagai jenis perasa. Alhamdulillah dan syukur.. Sini Sue panjangkan lagi ilmu semoga memberi manfaat kepada semua teman-teman..


BINGKA TELUR KASTAD
Resepi: Sue Norrman


Bahan-bahan
(A) 
4 biji telur ayam 'A'
150g gula pasir

(B)
180g tepung gandum
50g tepung kastad 
1/2 tin kecil susu pekat manis (kalau tak nak manis kurangkan gula)

(C)
400ml santan pekat
200ml susu cair
100g mentega- cairkan
Pewarna kuning sedikit

(D) 
200ml air panas mendidih

Cara
*Panaskan oven pada suhu 180 degrees*
1) Satukan bahan (A) dan kuar menggunakan senduk kayu sehingga gula hancur sahaja.
2) Kemudian masukan bahan (B) satu persatu dan kuar sebati.
3) Masukan bahan (C) dan sebatikan lagi dan akhir sekali masukan bahan (D). 
4) Sapu loyang 9 inci dengan mentega dan lapik dengan kertas mintak. Tuang adunan dan bakar selama 40-50 minit api bawah (bergantung pada oven masing-masing. Kalau nak lebih keperangan lebihkan lagi masa membakar). 10 minit terakhir guna api atas bawah sehingga permukaanya  keperangan.
5) Rehatkan sekejap dalam oven setelah masak baru keluarkan dan biarkan sejuk sepenuhnya.

*Adunan memang agak cair dan jangan tambah apa-apa tepung. Kalau di tambah tepung lagi ianya menjadi keras.*

SELAMAT MENCUBA!

KRAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...