Kuih tradisi yang tak pernah jemu dimakan. Kali ni Sue menggunakan kacang hijau dan pati pandan yang membuatkan bila dibakar harum je baunya. Resepi memang dari ilham Sue sendiri. Try and error menjadikan sesuatu yang kita buat bila berhasil memang berpuas hati.
BINGKA PANDAN KACANG HIJAU
Resepi: Sue Norrman
Bahan-bahan
(A)
2 biji telur A
100g gula pasir
(B)
50g tepung gandum
30g tepung hoen kwee
1/3 tin susu manis
200ml santan pekat
100ml susu cair
2 sdm srikaya pandan/ original
60g marjerin - cairkan
Pewarna hijau jika perlu
(C)
200g kacang hijau yang sudah direbus empuk
100ml pati pandan (5 helai daun pandan dikisar bersama 100ml air)
150ml air panas mendidih
Cara
*Panaskan oven pada suhu 180 degrees. Sediakan loyang 7 inci dan sapu dengan marjerin serta lapik dengan kertas minyak*
1) Kacau sebati bahan (A) sehingga gula hancur sahaja.
2) Kemudian masukan bahan (B) dan sebatikan lagi.
3) Masukan bahan (C) satu persatu di akhiri dengan air panas. Sebatikan.
4) Tuang adunan ke dalam loyang dan
bakar 50 minit - 1 jam api bawah.10 minit terakhir menggunakan api atas
bawah sehingga keperangan. (bergantung pada oven masing-masing)
SELAMAT MENCUBA!
KRAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan