September 11, 2015

DAGING KEBAB SIMPLE DAN SOS SEDAP


Daging kebab yang mudah dan pasti sedap. Boleh pelbagai ikut selera dan kali ni Sue makan bersama salad kobis DISINI dan sos kebab. bahan pun tak banyak digunakan dan cuma mengambil masa untuk masak dalam oven kerana menggunkan suhu yang rendah. Tapi ianya amat berbaloi bila dah masak.


DAGING KEBAB SIMPLE
Resepi: Sue Norrman


Bahan-bahan
400g daging cincang
2 ulas bawang putih - tumbuk halus
3/4 sdm serbuk jintan putih
1 sdt serbuk ketumbar
1/2 sdt serbuk kunyit
1 sdm serbuk bawang besar (Kalau tak ada abaikan)
1 biji telur
1/2 sdt serbuk cili
1/2 sdt serbuk lada hitam
Garam dan gula secukupnya
1-2 sdt madu

*Aluminium foil untuk membalut.

Cara
*Panaskan oven pada suhu 100 degrees*
1) Satukan semua bahan-bahan hingga sebati.(Kalau nak tekstur daging menjadi halus kisar menggunakan food processor).
2) Ambil Aluminium foil secukupnya untuk membalut dan sapu sedikit minyak.
3) Golong daging kisar secara memanjang (Ikut suka) dan letak atas foil. Kemudian golong lagi bersama foil sehingga menutupi keseluruhan daging tadi.
4) Gunting sedikit bahagian bawah foil untuk memudahkan air keluar bila dibakar.
5) Masukan kedalam oven dan bakar sekurang-kurang 2 jam sehingga masak.
6) Bila dan sejuk/suam bolehlah hiris atau dicincang terpulang pada cara masing-masing 


SOS KEBAB SEDAP
Resepi: Sue Norrman

Bahan-bahan
100g sour cream
50g creme fraiche (kalau tak ada abaikan)
11/2 sdm mayonis
15 ml air oren fanta/ pati sunquick tropikal/oren
172 sdm sos cili
1 ulas bawang putih-tumbuk halus
1/2 sdt cayenne pepper
1/3 serbuk cili (tak nak pun tak apa)
Garam dan gula secukup rasa

Cara
Satukan semua bahan dan sebati. Rasakan secukupnya dan bolehlah di sejuk atau digunakan segera.

SELAMAT MENCUBA!


 KRAM

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...