Jun 30, 2017

Laksa Penang Tersangat Sedap


Selamat petang!!

SN kembali lagi selepas usai sarapan. Alhamdulillah craving satisfied setelah lama tak makan laksa. Sebenarnya tak lama mana pun rasanya 2 bulan kot tapi anak tekak memang nak makan laksa penang juga. Walaupun serba kekurangan bahan untuk membuat laksa yang menetapi citarasa tapi ianya bukan penghalang. Bunga kantan, pitis, asam gelugor, kiub bilis SN bawa dari Malaysia tempoh hari. Ikan kembung pula memang tak ada jual di sini ada pun hanya yang frozen dari Thailand.

Laksa Penang atau assam laksa mana mana pun ok merupakan laksa yang paling SN suka berbanding laksa yang lain. So SN masak mengikut anak tekak sendiri. Sepanjang 5 bulan berada di kuching tiap bulan SN akan buat dan lebih kuah SN frozen untuk makan kemudian. Terutama anak sedara SN yang suka sangat makan laksa ni. Kalau sebut pasal laksa memang dia tak akan makan nasi. 3-4 kali sehari pun dia boleh makan. Kalau dah lama dia tak makan mesti dia akan tanya SN kenapa tak buat kuah laksa lagi. Itulah kalau dah minat memang tak bosan makan lebih lagi kalau pedas dan masam.. hmmmm.. Sedap!!

SN nak cerita pasal ikan pula, di sebabkan tak ada ikan kembung so SN guna ikan sardin yang besar atau kami di sini panggil mackerel. Semalam SN beli yang fresh di supermarket memandangkan tempat yang SN selalu beli tu tutup. Ya Allah.. terkejut dengan harganya 139kr = RM70 sekilo berbanding dengan tempat yang SN selalu beli 70kr = RM35 sekilo. Di sebabkan nak makan SN ambil 2 ekor total 100.39kr = RM50 tak sampai 1 kg lagi. Tak apa lah nak baut macam mana memang dah sedia maklum barangan di sini semua mahal dan gst 12 - 25% bergantung pada barangan. Selebihnya SN campur Makerel dalam tin ayambrand dari Malaysia. Alhamdulillah.. Kuah yang menepati citarasa dan pekat seperti yang SN selalu buat. Resepi SN ambil dari dapur CHE MAT dan gerenti sedap!


LAKSA PENANG
By: Sue Norrman


Bahan bahan
500 g ikan kembong, siang, cuci bersih dan toskan - SN guna ikan mackerel
3 camca makan petis*
3 camca besar air*(*dibancuh rata)
2 liter air
4 - 5 keping asam gelugor
15 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan (mat guna 2)
2 camca besar gula
Garam secukup rasa
150 g bawang merah *
1 ulas bawang putih*
2 cm belacan*
15 tangkai cili kering, direndam*
3 batang serai, dihiris*
1 cm kunyit hidup*(*dikisar halus)

Bahan Lain
Mee laksa
Bwang besar, hiris halus
Daun pudina, hiris
Nenas, dihiris
Timun, dihiris
Hirisan cili merah
Belahan limau kasturi
Taugeh
Telur rebus dibelah 2

Cara
  1. Rebus ikan dengan asam gelugor hingga masak. Asingkan tuang dan isi, tumbuk isi ikan hingga hancur dan masukkan kembali dalam air rebusan. Kisar halus tulang ikan, tapis dan masukkan dalam air rebusan ikan tadi.
  2. Bubuh bahan2 kisar halus, daun kesum, bunga kantan, petis, gula pasir dan garam secukup rasa. Masak dengan api perlahan hingga kuah agak pekat.
  3. Isikan laksa dalam mangkuk sesuai, susun bahan2 lain dan tuangkan kuah panas tadi, perah jus limau kasturi sebelum dimakan...Sedappppppp!!!!!!!!
SELAMAT MENCUBA!

KRAM

Hokkaido Chiffon Cupcakes Sedap dan Mudah


Salam 6 Syawal!!

Assalamualaikum... Selamat pagi semua sahabat SN, apa khabar? Hari ni SN entri awal sebabnya  semua urusan sudah selesai dan time relax seawal pagi. Hari ni cuaca mendung selepas hujan semalanan dengan suhu 15 celcius. Kalau dah cuaca sejuk dan mendung begini memang boring lah jawabnya sebab nak duduk luar pun sejuk gilerr lebih lagi berangin. 

Hari ni SN sendiri lagi.. EN terbang ke Houston dan balik pada hari ahad Insyallah. Baru seminggu balik dah terbang lagi. Begitulah rutin EN. Juga berita gembira yang SN nak kongsikan.. yelah gembira dan terharu buat SN yang merantau. Semalam SN dapat kiriman kad raya dari geng blogger nun jauh di Malaysia. Menanggis bila dapat kad raya dan tak tahu macamana nak puitis rasa tu. Terima kasih pada yang sudi mengirim..

So.. bila dah dapat kad raya dengan senyum melebar kita buat cupcakes la pula. Lagipun EN nak makan dessert katanya. Alhamdulillah kejadian chiffon yang sangat memuas hati dan sedap. Resepi SN ambil dari dapur NASI LEMAK LOVER.
Memang best resepi ni dan mudah sekali nak membuatnya. Dengan krim kastad sejuk walla.. 3 biji tak terasa makannya. Walaupun hokkaido cupcakes ni dah lama tapi ianya tetap menang di hati SN. Rasanya yang cukup untuk di nikmati.. Jom!!


HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES
By: Sue Norrman

Bahan-bahan
(A)
3 kuning telur
20g gula kaster/ halus
35g minyak jagung
60g susu segar
70g tepung kek/ gandum - ayak halus

(B)
3 putih telur
25g gula kaster/ halus


Cara
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 170 celcius dan letak rack di tengah tengah.
  2. Sediakan dulang dan susun papercup dalam 9 biji.
  3. Bahan A - Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk sehingga bertukar warna (pucat) jangan kembang.
  4. Masukan minyak dan susu - kacau rata.
  5. Diikuti tepung dan sebatikan. Ketepikan seketika.
  6. Bahan B - Pukul putih telur sehingga berbuih dan masukan gula sedikit sedkit (anggaran 3 kali) dan pukul menggunakan high speed sehingga soft peak.
  7. Ambil 1/3 putih telur tadi dan masukan kedalam adunan A dan kaup balik. Ambil lagi putih telur dan kaup balik sehingga habis dan rata. jangan kacau terlalu lama cukup kaup balik dan rata sahaja.
  8. Kaup adunan kedaalam papercup  sehingga 3/4 paras dan bakar selama 20-25 minit. Bergantung pada oven masing masing.
  9. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sepenuhnya dan boleh di paip filling dan ayak sedikit gula aising pada permukaan cupcakes.
  10. Sedia untuk di nikmati dan enak untuk di jadikan dessert.

Custard Filling
60g whipping cream dairy
10g gula aising
1 tsp instant custard powder

Cara
  • Pukul krim dan gula sehingga pekat.
  • Kemudian masukkan instant custard dan kacau menggunakan spatula sehingga sebati.
  • sedia untuk di gunakan.

SELAMAT MENCUBA!

 KRAM

Kad Raya Dari Malaysia


Assalamualaikum!!

Syukur Alhamdulillah... Semalam merupakan hari yang amat terharu buat SN. Kedatangan kad hari raya dari geng blogger dari Malaysia. Jauh tu.. apa korang rasa kalau dapat kad raya macam yang SN dapat gini? Semestinya menanggis weii.

Ketika SN jemur baju di halaman belakang, EN balik kerja tengahari bawa kad terus bagi dan cakap "speciellt till dig" bermaksud special for you. Bila tengok setem dari Malaysia ya Allah.. kegembiraan tu nampak dengan linangan airmata. Terharu, hiba, gembira semua dapat di rasakan. Mungkin yang duduk jauh dan menjadi anak rantau tahu perasaan bila dapat sesuatu dari tanahair.
Apa pun terima kasih kerana sudi menjadi sahabat, geng blogger dan penghibur hati walaupun hanya dengan sekeping kad sebagai pengganti diri.

Jutaan terima kasih buat adinda  KAKLONG CHAN atas kiriman kad raya. Walaupun mengambil masa 2 minggu untuk sampai tapi SN amat berbesar hati. Yang pasti tarikh cop kat setem pada 16.06.2017 dan selamat sampai tanpa sebarang kerosakan. Thank again ya KakLong Chan. Semoga ukhwah kita berpanjangan dan Selamat hari Raya buat KakLong Chan sekeluarga dari kami di bumi sweden.

I LOVE MALAYSIA..

Jun 28, 2017

AYAM PERI PERI ala Nando's


Selamat Malam!!

Salam sayang sahabat SN semua dan semoga sihat hendaknya. Hari ni SN terlebih rajin pula bila dapat masak kuah kacang, satay ayam dan ayam peri peri ala nando's. Kuah kacang dan satay ayam SN buat cara salad DI SINI. Alhamdulillah rasa ayam peri peri yang amat memuas hati setelah di perap semalaman. Ini kali ke-3 SN buat ayam peri peri tapi kali ini SN guna isi dada tanpa tulang. Sedap juga tapi guna paha atau part ayam yang ada tulang lagi sedap rasanya. Kalau menggunakan boneless isi dada terasa muak sebab isi nya padat.

Di sebab kan EN tak nak makan nasi so SN goreng french fries dan buat sos epal favorit EN untuk di ganding bersama salad. Kali ni SN tak buat sos peri peri memandangkan kehabisan capsicum. Ianya pun sedap juga. Yang penting kena perap lama. Untuk bertukar menu ayam peri peri ni memang sedap sekali. Kalau nak pedas lebihkan cili ketika membuat sos cicah ayam. Rindu nak makan di nando's itulah menyebabkan SN buat ikut citarasa anak tekak. Alhamdulillah boleh di terima pakai.. Syukur.. Jom cuba!!


AYAM PERI PERI ALA NANDO'S
Resepi: Sue Norrman

Bahan bahan
4 ketul isi dada ayam tanpa tulang/ 1/2 ekor ayam - cuci dan toskan

Bahan kisar 
1/2 biji cili benggala kuning/ oren
1/2 biji cili benggala merah
2 biji cili padi - skip kalau tak nak pedas
3 ulas bawang putih
1 sdm oregano kering
1/3 sdt daun thyme kering
1 sdm serbuk paprika/ cayenne pepper
1 sdt serbuk cili
1/2 sdt serbuk lada hitam
2 sdm gula perang
1 sdm madu
3 sdm lemon jus
1 inci kunyit hidup/ 1/2 sdt serbuk kunyit
1/2 cawan minyak zaitun/ jagung/ sayur/ masak
Garam secukup rasa
Pewarna merah sedikit

Cara
  1. Sediakan bekas besar dan masukan ayam yang telah di cuci tadi.
  2. Tuang bahan kisar dan gaul sebati. kemudian masukan ke dalam plastik kedap udara atau kontena dan sejukan ke dalam peti sejuk semalaman atau sekurang kurangnya 4 jam.
  3. Panaskan ketuhar pada suhu 170 celcius api atas bawah.
  4. Sediakan casserole atau bekas tahan panas. Tuang sedikit minyak dan susun isi dada atau ayam di perap tadi.
  5. Tutup dengan aluminium foil dan bakar sehingga masak dan kering sedikit pada  permukaan ayam. Keluarkan dari oven dan sedia untuk di sajikan.
Pesanan:- Balik balikan ayam supaya ianya masak serata dan yama cantik dan tidak kering.

SELAMAT MENCUBA!

 KRAM

Satay Salad.. Sedap!!


Assalamualaikum!!

Selamat malam semua.. Tak terasa raya dah 4 hari berlalu kan? Tapi mood raya masih kian terasa bila masak menu raya lebih lagi satay dan kuah kacang. EN minta SN buatkan satay dan kuah kacang lagi sebab hari tu EN tak makan banyak katanya, hihihi. So Pepagi dah SN ke dapur nak perap ayam apa semua. Walaupun cuma kuantiti yang tak banyak tapi nak kopek bawang, goreng kacang itulah melambatkan kerja.

Kali ni SN buat satay ayam panggang dalam oven je sebab malas nak cucuk dan hirisan pun agak besar. Sedap juga tau sebabnya itu cara orang malas huhu. Bila tengok EN makan teringin pula nak buat cara salad dan ternyata tidak menghampakan. EN pun puji sedap lebih lagi di ganding dengan telur rebus tapi baru teringat selepas ambik foto. Kalau ada nasi himpit lagi sedap rasanya. Insyallah nanti kita try versi gitu pula. Pada yang nak mencuba boleh aje.. Mudah dan sedap Insyallah. Resepi satay dan kuah kacang SN guna resepi yang sedia ada. Nanti SN bagi link ye..



SATAY SALAD SEDAP
 Bahan sampingan 
  • Daun salad secukupnya
  • Buah tomato
  • Timun
  • Jagung tin manis (ligo dll) 
  • Kuah kacang
  • Satay ayam - potong kecil

SELAMAT MENCUBA!

Jun 27, 2017

Swedish Meatball Creamy Pasta


Selamat petang semua!!

Tentu semuanya masih berseronok menyambut hari raya kan? Tak terasa begitu cepat masa berlalu dan hari ni dah syawal ke-3. Tradisi berziarah dan open house kini masih panas lebih lebih  lagi cuti sekolah panjang sudah tentu ada yang mengambil kesempatan untuk bercuti juga. Kami di sini dah kembali seperti biasa dan tiada yang istimewa selepas syawal pertama.

Bila SN on Fb terasa sayu bila tengok rakan Fb semua update pasal raya. Lebih lagi kalau beraya di kampung memang merupakan kenangan terindah. Tradisi orang arab di sini pula mereka lebih menyambut aidil adha berbanding aidil fitri. Kalau raya haji mereka menyambut selama 4 hari dengan meriahnya. SN pernah menyambut bersama mereka dan berziarah ke 4 buah rumah rakan sekelas SN. Lain negara lain adat tapi SN suka berziarah rumah arab syrian. Masakan dan dessert mereka sedap semuanya. 

Untuk hari ini SN kembali ke dapur tapi dengan menu western atas permintaan EN. Katanya lama tak makan swedish meatball tapi kali ni SN buat sekali senang kerja lagipun kehabisan kentang itu sebabnya terpaksa di ganding dengan  pasta. Creamy pasta ni memang dah selalu SN buat dan memang sedap! Yang pasti memang kenyang. SN buat dalam 2 bekas kecil senang nak makan dan  cukup untuk seorang. Tak payah kongsi gitu hihi. So.. kita tengok resepinya.


SWEDISH MEATBALL CREAMY PASTA
Resepi: Sue Norrman

Bahan meatball 
300g daging kisar
2 sdm serbuk roti
1/2 sdt kryddpepper/  mixed spice
Secubit serbuk lada hitam
1 biji bawang putih - tumbuk halus
Sedikit bawang besar - cincang halus 
Garam dan gula secukup rasa
1 sdm mentega/ marjerin
1/2 ketul kiub ayam/ lembu

* 2 sdm mentega/ marjerin untuk menggoreng meatball

Cara
  1. Panaskan 1 sdm mentega dan tumis bawang besar sehingga kuning dan layu.
  2. Satukan semua bahan sehingga sebati.
  3. Ambik sedikit dan bulat sebesar duit 50 sen sehingga habis.
  4. Panaskan 2 sdm mentega dalm non stik pan dengan api sederhana dan masukkan meatball yang telah di bulat tadi.
  5. Masak sehingga meatball bertukar warna dan keperangan. Tutup api dan ketepikan seketika.



Bahan Creamy Pasta
1- 2 cawan penne atau pasta kesukaan sendiri
300ml fresh milk
200ml whipping cream/ cooking cream
Sedikit serbuk paprika/ ceyenne pepper - kalau tak ada boleh skip
Garam dan gula sedikit
1 ketul kiub lembu/ ayam
Air untuk merebus pasta

*Parutan cheedar dan mozzarella
*Sedikit parutan parmesan - skip kalau tak ada
*Daun parsley fresh - cincang atau boleh guna yang kering

Cara
  1. Rebus air dan masukkan sedikit minyak dan garam sehingga mendidih.
  2. Kemudian masukkan pasta dan rebus sehingga lembut (ikut arahan belakang plastik atau kotak)
  3. Bila pasta dan lembut tos dan ketepikan.
  4. Panaskan semula pan bersama meatball tadi dengan api sederhana.
  5. Masukan susu, krim, serbuk paprika, garam dan gula. Kacau sebati dan biarkan mendidih seketika.
  6. Masukkan pasta tadi dan kacau sebati lagi. Lanjutan mendidih sambil di kacau. Tutup api.
  7. Sediakan casserole dan masukan meatball bersama pasta tadi.
  8. Tabur parutan cheese, parmesan dan daun parsley. Bakar selama 20-30 minit pada suhu 180 sehingga kuning pada permukaan pasta.
  9. Keluarkan dari oven dan sedia untuk di nikmati.
SELAMAT MENCUBA!


KRAM

Jun 26, 2017

Chocolate- Dipped Fruits



Salam Aidil Fitri!!

Chocolate- dipped fruits untuk dessert lunch kami hari ni. Setelah penat semalam so hari ni SN tak masak. Alhamdulillah suami amat memahami. Tapi.. roti berpisah tiada walaupun hanya dengan butter spread dan cheese memang cukup memadai untuk EN.

Cerita semalam, Alhamdulillah semua lauk habis. Memang tak di jangka sahabat SN datang bawa geng yang lain pula. Pada mulanya SN cuma jemput untuk 20 orang termasuk anak tiri dan bff sahaja tapi lebih dari estimate. Syukur juga semua lauk cukup untuk tetamu. Walaupun berada di perantauan tapi tradisi kita saling berziarah dan bertandang masih di kekalkan. Juga semalam ada 3 keluarga yang asalnya pelarian syria ke sweden dan kini sudah menjadi citizen pun SN jemput. Suka sangat mereka dengan makanan kita lebih lebih lagi kita orang asia.

Semalam SN masak kuah kacang, rendang tok, ayam panggang satay, salad bersama sos, hair spegetti goreng mamak, caramelized baked potatoes dan carrot, paella rice manakala dessert SN buat raspberry cheese mouse, semolina moist cake, umm ali aka bread puding dan cookies. Panjang lebar kan tapi semua makanan dan dessert SN buat pada hari sabtu memandangkan suami SN baru balik pada jumaat malam. Jadinya terpaksa pagi awal keluar pergi beli barang basah dan barangan lain. Kepenatan hilang bila suasa riuh rendah dengan gelak ketawa tetamu. Tapi sayangnya SN langsung tak berkesempatan untuk snap photo. Kiranya bila dan set semua atas meja nak ambil foto simple gitu tapi tetamu dah datang dan apron masih bergantung lagi hihihi... itulah cerita semalam.

BTW... semuanya berjalan lancar dan meriah. Kini syawal ke-2 hampir berlalu dan mungkin ada yang akan mula bekerja esok. Begitu cepat masa berlalu kan? Semoga aidil fitri tahun ini meninggalkan kenangan terindah buat semua sahabat SN.

SELAMAT MALAM  SEMUA!

Salam Aidil Fitri dari Sweden


Assalamualaikum!!

Alhamdulillah.. apa khabar semua sahabat yang SN sayangi? Ramadhan sudah meninggalkan kita semoga semua amalan kita di terima disisi yang esa. Dan hari yang kita nanti nantikan telah tiba dengan meriahnya. Syukur ya Allah masih memberi kesempatan untuk menyambut aidil fitri pada tahun ini walaupun berada beribu jauh dari tanahair. Tapi itu bukan sebab untuk kita tidak menunaikan ibadah dan rukun yang wajib di lakukan.

Dari jauh ku pohon maaf andai ada silap dan terkasar bahasa yang menyingung hati dan perasaan pembaca blog "Sue's Kitchen Journey". Mohon maaf zahir dan batin dengan ikatan tulus ikhlas dari kami di Sweden. Walaupun kemeriahan menyambut syawal di sini tidak semeriah ketika berada di Malaysia tapi tetap di sambut bersama teman teman. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi di negeri sendiri.. ya betul dan memang tidak dapat di sangkal lagi tapi penghijrahan juga merupakan satu pengalaman baru bagi kami yang merantau. Insyallah suatu hari akan kembali juga ke tanahair. 

Doakan ku iringkan bersama salam rindu buat semua pembaca yang SN kasihi dan sayangi..

SELAMAT HARI RAYA
Ya Allah
Di bulan syawal yang berkah ini,
Muliakanlah saudara-saudaraku,
Bahagiakanlah keluarganya,
Sihati tubuh badanya,
Berkatilah rezekinya,
Kuatkanlah imannya,
Berikanlah kekuatan ibadah kepadanya,
Jauhkanlahnya dari fitnah,
Suburkanlah benih keislaman pada keturunannya,
Masukkan dia dalam syurga-mu tanpa hisap,
Taqabbalallahu minna wa min ka.

"SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI"

Jun 25, 2017

Strawberry Krim Manis - "Happy Midsummer Sweden"



Assalammualaikum!!


Alhamdulillah... hari ni SN berbuka dengan buah strawberry dan whipping cream. Salah satu dessert wajib ada semasa midsummer. Hari jumaat 23hb jun merupakan 'MIDSOMMARAFTON' di Sweden dan hari sabtu merupakan public holiday sempena midsummer.

Midsommarofton bermaksud midsummer eve dan ianya merupakan salah satu perayaan yang di sambut secara besaran di Sweden dan banyak aktiviti yang mereka lakukan. Ianya tiada kaitan dengan agama dan tiada acara keagamaan berlansung.
Sebenarnya SN dah plan nak pergi ke bandar melihat acara tapi memandangkan suami SN belum datang dan midsummer day pula hujan lebat. Cuma berkesempatan membeli barangan untuk masak hari raya. 

Tahun ini SN masak tak banyak memandangkan keadaan masih tak berapa sihat tapi memandangkan anak tiri nak datang beraya bersama so kita gagahi juga. Insyallah...

Berbalik pada cerita strawberry, pada musim midsummer ianya sangat laku dan banyak sekali di jual kerana ianya menjadi dessert trademark midsummer di sweden. Pada mulanya hairan juga tengok mereka makan dengan cara begini tapi bila dan cuba sedap weiii.. memang sedap!! so.... nak cuba tak?? SN share ye tapi tiada sukatan kerana ianya mengikut citarasa sendiri dengan kemanisan gula yang di perlukan.




STRAWBERRY KRIM MANIS
  • Buah strawberry
  • Whipping cream sejuk
  • Gula secukupnya
Sediakan mangkuk, masukan strawberry dan gula. Tuang whipping cream dan kacau sebentar.
Sedia untuk di nikmati.



SELAMAT MENCUBA!

Jun 21, 2017

Jus Kurma Susu



Salam 26 Ramadhan!!

Alhamdulillah.. Jus kurma susu untuk berbuka semalam. SN tak makan hanya dengan jus kurma sama buahan sahaja. Memang tak terasa lapar bila buntu idea nak makan apa. Sahur pula SN cuma makan oat campur yogurt dan strawberry tea. Menghitung hari detik demi detik.. untuk menyambut hari raya tapi mood raya tahun ni memang hambar dan terasa sunyi sekali. Semoga aidil adha nanti SN dapat menyambut bersama family di kampung.

Jus kurma susu pun pernah viral seketika pada awal ramadhan di FB. Sebenarnya SN dah lama tahu dari classmate SN dari syria. Adalah topik yang kami cerita sehingga timbul cerita jus kurma dan SN pernah di buat banyak kali tapi baru nak entri huhu.. bukan apa sebabnya SN selalu buat bila dah waktu nak berbuka So semalam SN buat awal sikit dan frozen sekejap nak jadikan kurma slush gitu. Sedap untuk berbuka kan? Dan kurma kita sedia maklum khasiatnya dan merupakan makan sunnah yang baik untuk di amalkan. Seeloknya kita makan dengan bilangan ganjil.

Kebiasaan SN guna almond milk untuk membuat jus kurma ni tapi kalau tak ada boleh juga guna full cream atau fresh milk. Semua sedap lebih lagi kalau sejuk. Resepi mudah sekali dan tiada alasan cakap tak pandai. Jom..


JUS KURMA SUSU
Resepi: Sue Norrman

1 cawan almond milk, full cream/ fresh milk
1/2 cawan air suam
7 biji kurma - buang biji (boleh letak lebih kalau suka)
1 sdm madu atau raw sugar 
Secubit gula vanilla

Cara
  • Rendam kurma bersama dengan air suam selama 20 minit. Biarkan kurma kembang seketika.
  • Kemudian sediakan blender dan masukkan kesuMUa bahan tadi  dan kisar sehingga kurma hancur.
  • Tapiskan jus dan sedia untuk di minum atau boleh sejukan dahulu.

SELAMAT MENCUBA!

KRAM


Jun 20, 2017

Creamy Crab Stick Ciabatta Sandwish



Salam 25 Ramadhan!

Selamat pagi dan semoga sahabat SN sihat hendaknya. Alhamdulillah kita menghampiri ke penghujung ramadhan dan menghitung detik untuk menyambut syawal tidak lama lagi. Syukur ya Allah kita dapat menunaikan ibadat puasa walaupun tidak penuh dan semoga dapat bertemu lagi pada ramadhan akan datang.

Semalam Sn sibuk membuat mee kuning tempahan kawan SN yang baru datang dari filipin bersama keluarganya. Tempahan tak banyak mana pun 2 kg tepung tapi yang lenguh tu tangan pasalnya mesin kita manual je huhu. Memang tak sempat nak snap gambar kalau dah 5 orang berjumpa memang riuh di buatnya. Mereka datang ke rumah SN dan kami buat bersama untuk memudahkan dan di jamin halal.

Bila dah selesai semua penat juga lebih lagi puasa kan so time berbuka SN makan sandwish simple je sama nescafe panas. SN guna ciabata bread yang beli frozen so panaskan semula dalam oven sekitar 15 minit  dengan suhu maximum. Spreadnya pula SN buat sendiri dan salah satu spread favourite suami SN dan sedap di ganding bersama smoked turkey sliced. Resepi mudah dan sedap untuk semua jenis sandwish. Jom!!


CREAMY CRAB STICK CIABATTA SANDWISH
Resepi: Sue Norrman


Bahan bahan
1 - 2 ciabatta bread - belah 2
Daun salad secukupnya
1 biji tomoto - potong nipis
Chicken sliced/ halal beef bacon


Creamy cheese
150g bream cheese 
2 sdm mayonis
2 sdm creme fraiche/ sour cream - kalau tak ada, skip.
1 sdt lemon jus/ limau nipis
2 ketul crab stick - cincang halus
Sedikit daun dill kering
Garam dan gula secukup rasa
1/2 sdt mustard


Cara
  • Satukan bahan cheese dan rasa secukupnya. 
  • Sejukan semalaman atau 1 jam sebelum digunakan.
  • Ambil ciabatta bread - belah 2 dan susun daun salad dan tomato.
  • Sapu creamy cheese dan letak chicken sliced kreativiti sendiri.

SELAMAT MENCUBA!

Jun 18, 2017

Roti Jala yang sangat lembut!



Salam 23 Ramadhan!

Alhamdulillah... melangsungkan hajat yang tertunda sekian lamanya. Roti jala sama kari daging juadah berbuka SN hari ni. 
Kombinasi yang cun dan mengidam roti jala ni dah lama. Rasanya lebih 4 bulan SN tak makan selepas buatkan untuk ayahanda SN yang teringin nak makan. 

Aidil fitri tahun lepas SN pernah buat untuk jamuan kawan kawan SN bertandang ke rumah tapi tak berkesempatan nak ambil foto. Roti jala ni mendapat pujian dari sahabat dan keluarga kecil SN di sweden. Kalau suami SN suka makan dengan jem dan whipping cream. Sedap juga dan sesuatu yang baru untuk di cuba. Roti jala ni SN olah sendiri dan ianya sangat lembut sehingga ke petang dan lebihan bancuhan boleh di frozen juga. Insyallah.

Roti jala sama kari daging memang makanan yang tidak asing bagi kita orang Malaysia kan? Kari daging pula SN guna yang frozen tinggal defrost dan panaskan semula. Kekal sedap dan enak hihihi.. Resepi kari daging boleh tengok DISINI yang SN masak tanpa santan. So... resepi roti jala pula mai tengok, jom!!


ROTI JALA LEMBUT
Resepi: Sue Norrman


Bahan bahan
250g tepung gandum
1 biji telur greb B
250ml susu segar/ susu cair
250ml air sejuk
1 1/2 sdm gula pasir
3/4 sdt garam halus
1 1/2 sdm minyak masak
Sedikit pewarna kuning


Cara
  1. Satukan kesemua bahan dan kisar halus kemudian tapiskan.
  2. Rehatkan 20 minit sebelum menjala dan sediakan non stik pan dan acuan roti jala atau botol yang sedia ada.
  3. Panaskan non stik pan dengan api sederhana dan sapu sedikit minyak menggunakan tisu dapur.
  4. Bila dah cukup panas boleh lah di kirai bancuhan roti jala dan pusing pusing mengikut corak yang di sukai.
  5. Biarkan seketika dalam 2-3 minit dan angakat pan, keluarkan roti jala dan letak dalam pinggan.
  6. Ulang sampai habis dan sementara menunggu roti jala seterusnya masak  boleh lah di lipat roti jala yang dah siap.
  7. Sedia untuk di sajikan bersama kari daging atau ayam juga rendang.

SELAMAT MENCUBA!



KRAM


MELON YOGURT SMOOTHIE



Assalamualaikum!!

Selamat bersahur pada yang tengah bersahur dan kami di sini baru lepas berbuka puasa. Malam ni SN entri awal pasalnya esok pagi SN ada urusan dan Insyallah semoga di permudahkan semuanya.

Hari ni kita bersmoothie lagi dan roti jala sama kari daging untuk berbuka. Menu simple teramat mudah nak buat cuma kari tu SN defrost dan panaskan sekali lagi. Kari frozen yang dah sedia di pack untuk memudahkan kerja.

Minum smoothie tak pernah bosan di buatnya. Nak dan nak lagi tapi kali ni SN guna 2 jenis melon dan vanilla yogurt. Sedap juga dan campur sedikit chia seeds kemudian sejukkan sementara menunggu waktu berbuka. Alhamdulillah...


MELON YOGURT SMOOTHIE
Resepi: Sue Norrman


Bahan bahan
1/2 cawan cantaloupe/ rockmelon - buang kulit dan  potong dadu
1/2 cawan galia melon - buang kulit dan potong dadu
1 cawan vanilla yogurt
1/2 cawan fresh milk
1 sdt raw sugar/ honey


Cara
  • Kisar kesemua bahan sehingga halus dengan kelajuan tinggi.
  • Kemudian masukkan ke dalam jad atau gelas sejukkan seketika.
  • Boleh tabur chis seed kalau suka dan sedia di nikmati.
SELAMAT MENCUBA!

Green Tea Banana Smoothie



Salam 23 Ramadhan!

Selamat pagi semua sahabat SN.. Semoga ceria hendaknya dan dah bersedia untuk menyambut Aidil fitri tidak lama lagi. Ye lah ramadhan hanya tinggal seminggu lagi dan semestinya sekarang sudah sibuk untuk menyediakan persiapan untuk hari raya pula. Tentu meriahkan?

Cerita semalam untuk berbuka.. Green tea banana smoothie the best ever hahaha... Sungguh! Sedap weiii tak caya sila cuba.
Pada pengemar green tea dan pisang macam SN memang syok menikmati smoothie ni. SN buat segelas dan instant oat untuk berbuka. Simple kan menu berbuka SN.

Lama tak buat smoothie bila terpandang pisang teringin pula tapiiiii... missing my matcha yang EN beli di Japan tahun lepas. Tak tahu mana SN letak di sebabkan bila renovation dapur, semua perkakas dapur dan baking tools segala EN pindah masuk kotak dan simpan di basement siap siap. Sayang oiii EN beli 1 kg gred 1.  Habis keliling kotak dalam rumah SN periksa tapi tak jumpa juga. Sedia maklum pasti dalam kotak di basement. Malas nak turun so SN guna yang dalam tin EN beli di duty free airport di Japan. Not bad tapi yang gred 1 lagi sedap. 

So.. ini lah hasilnya. Juga minuman sihat untuk yang berpuasa seperti  jus susu kurma yang viral tu.. Try lah sure nak lagi.


Green Tea Banana Smoothie
Resepi: Sue Norrman

Bahan bahan
1 cawan almond soya milk - kalau tak ada boleh guna fresh milk atau soya
1/2 cawan kale - cincang halus
1 ketul halia - besar ibu jari
1 sdt serbuk green tea
1 biji pisang embun 
1 sdm lime jus - boleh juga lemon jus
1 sdt raw sugar - boleh ganti honey


Cara
  • Kisar semua bahan bahan sehingga halus. Guna high speed.
  • Kemudian tuangkan kedalam gelas dan sedia untuk di minum atau boleh sejukkan sekejap atau masukkan seketul 2 ice cube.
SELAMAT MENCUBA!

Jun 17, 2017

Biskut Chocolate Chips rangup dan sedap!


Assalamualaikum!!

Bertemu kembali kita pada hari ni so SN nak kongsi resepi all time favourite cookies yang wajib ada pada hari raya.
Resepi yang sangat mudah dan my very own recipe yang dah di guna pakai lebih 10 tahun yang lalu. Cookies ni juga yang SN buat jualan raya, christmas dan tahun baru cina setiap tahun dan last SN ambik order pada tahun 2011 sebelum SN berhijrah ke Sweden.

Juga cookies yang paling anak anak SN suka dan anak SN yang ke 2 juga sulung perempuan yang selalu tolong SN buat bila tempahan. Sekarang Yazmeen menyambung minatnya dan mengambil diploma dalam bidang Pastry di Cilantro Culinary Acedemy, Subang. Tak terasa kan masa berlalu dan sekarang yazmeen dan berumur 20 tahun. Alhamdulillah sekarang Yazmeen berada di Kuching dan praktikal di Hilton Kuching selama 6 bulan, Insyallah habis pada bulan september. 

Cerita pasal cookies ni..1 balang anak anak SN boleh habis kan sehari je tau.. memang sangat rangup dan sedap. Buat apa biskut lain pun memang yang satu ni menjadi pilihan mereka. Kalau nak cuba sempat lagi ni sebelum hari raya. Insyallah menepati citarasa dan tak manis. Cookies ni SN buat semalam pasalnya boring sendirian di rumah so membaking lah jawabnya. Suami SN  travelling ke Houston pagi semalam dan balik pada hari Khamis minggu depan, Insyallah dan akan terbang kembali ke Myanmar pada hari selasa selepas hari raya. Begitulah rutin pekerjaan tapi apa nak buat kan itu dah tugas dan tanggungjawab. Bila EN tak ada di rumah memang tak masak sekadar masak yang simple lebih lagi bulan puasa memang malas teramat... 

Nak resepi tak??  Mai tengok..


BISKUT CHOCOLATE CHIPS
Resepi: Sue Norrman

Bahan bahan
(A)
160g mentega
50g icing sugar

(B)
200g tepung biskut/ tepung gandum - ayak halus
1 sdt serbuk penaik/ baking powder
1/3 sdt baking soda/ soda bicarbonate
1/3 sdt emplek - untuk merangup biskut
2 sdm milo/ vico/ coklat + 1/3 sdt serbuk nescafe - bancuh dengan 1 sdm air panas

(C)
100g coklat chips
1/2 cawan kismis hitam atau kuning
1/4 cawan kelapa kering 
Sedikit almond slices - bakar sekejap
Sedikit butter oil/ esen vanilla atau butterscotch paste - boleh guna mana yang suka.

Cara
  1. Pukul bahan A sehingga kembang dan putih.
  2. Kemudian masukkan bahan B sedikit demi sedikit satu persatu dan kacau guna senduk kayu sehingga sebati.
  3. Masukkan bahan C dan uli sebati lagi. Rehatkan 15 minit dan tutup bekas dengan kain.
  4. Panaskan ketuhar pada suhu 170 celcius api atas bawah selama 10 minit dan turunkan suhu pada 150 celcius.
  5. Sediakan loyang secukupnya dan lapik dengan kertas minyak. Ambil satu sudu teh doh biskut dan letakkan di atas loyang. Buat secukupnya dan jangan terlalu rapat.
  6. Bakar selalam 15 minit bergantung pada oven masing masing atau boleh lanjutkan lagi 5 minit sehingga keperangan.
  7. Keluarkan dan bakar selebihnya  sehingga habis.
  8. Sejuk sepenuhnya dan boleh di simpan ke dalam bekas kedap udara.
SELAMAT MENCUBA!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...